Assalamualaikum & salam 1 Malaysia sekali lagi saya ucapkan... Hah... Inilah yang saya maksudkan dengan sambungan sebentar tadi... Hehehe... Sebabnya untuk entry kali ini, saya pasti ceritanya sangat panjang... Kepada yang kurang gemar dengan entry yang panjang lebar, saya minta maaf banyak – banyak... Tapi kali ini memang banyak cerita yang menarik yang saya ingin sampaikan buat kali ini... Hehehe... OK... Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kemeriahan sepanjang Sambutan Hari Guru SMK Sungai Kapar Indah ( SMKSKI ) bagi tahun ini, pada 16 Mei ( Isnin ) yang lalu...
Ini merupakan kali pertama saya menyambut Hari Guru sebagai bekas pelajar sekolah... Tahun lepas tak dikira sebab saya masuk tingkatan 6 bawah buat sementara... Jadi, saya masih pelajar sekolah pada waktu itu... Hehehe... Memang perasaan untuk menyambut Hari Guru pada tahun ini lebih berkobar – kobar berbanding sebelumnya... Mungkin disebabkan ingin datang kembali ke sekolah & menyambut acara ini sebagai bekas pelajar SMKSKI buat julung kalinya... Hehehe... Saya tidak pergi keseorangan untuk menyambut acara yang diadakan untuk meraikan serta menghargai jasa guru yang memberi tunjuk ajar buat kita semua selama ini... Saya pergi bersama “senior” tingkatan 6 bagi sesi 2008/2009, iaitu Kak Zafirah & Kak Ruhaizah... Masing – masing sekarang ini melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Shah Alam & Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI ) di Tanjung Malim, Perak bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda... Kami bertiga masing – masing merancang untuk pergi ke sambutan tersebut sebab kami rindu untuk menyambut Hari Guru seperti zaman muda dulu – dulu... Cewahh... Hehehe... Kami tiba di sekolah sekitar 8.45 pagi... Kemudian, kami bertiga berjumpa dengan “ayahanda” kami, iaitu Cikgu Wazir... Selepas itu, kami disapa dengan cikgu – cikgu yang lain iaitu Cikgu Amir & Cikgu Zuhairi... Kenangan zaman persekolahan dahulu dengan serta – merta menyelubungi pemikiran saya pada waktu itu... Memang “best” pada waktu itu... Hehehe...
Tidak lama kemudian, barisan pelajar tingkatan 6 bagi sesi 2009/2010 turut hadir untuk memeriahkan sambutan tersebut... Antaranya ialah bekas Ketua Pelajar SMKSKI bagi sesi tersebut, Abg. Fazil dan barisan bekas pelajar yang lain seperti Abg. Syukri, Abg. Amy, Kak Mar, Kak Mai, Kak Noorma, Kak Aziatul & ramai lagi... Kami semua masing – masing bertanya khabar tentang perkembangan masing – masing... banyak yang kami bualkan... Rata – rata mereka sedang mempersiapkan diri untuk melangkah ke universiti bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti Kak Zafirah & Kak Ruhaizah pada bulan September ini... Paling menarik untuk diceritakan ialah ramai pelajar SMKSKI masih mengenali kami & tanya khabar tentang apa yang kami lakukan sekarang... Rasa macam artis popular sekejap sebab ramai yang mengambil gambar kami semua pada wak tu itu untuk dijadikan contoh... Saya juga turut tidak ketinggalan... Hehehe... Memang betul apa yang diperkatakan selama ini, ramai yang akan mengingati kita walaupun beribu batu melangkah ke hadapan sekiranya kita menyumbangkan sesuatu yang bermakna & diingati oleh semua... Saya sendiri berasa dihargai kerana masih diingati oleh para pelajar & warga pendidik SMKSKI sendiri walaupun saya bukan lagi bergelar pelajar sekolah...
Bersama Cikgu Zuhairi ( dua dari kiri ) & Kak Ruhaizah serta Kak Zafirah... |
Kak Mai ( tiga dari kanan )... |
Bersama dengan Cikgu Siti Hasma ( tengah. bercermin mata ) |
Barisan bekas pelajar ( Alumni ) SMK Sungai Kapar Indah, Klang... |
Antara acara yang menarik sepanjang sambutan tersebut ialah acara sukaneka di antara para guru... Acara tersebut dikelolakan oleh Majlis Tingkatan 6 ( MT6 ) SMKSKI... Banyak aktiviti yang menarik sepanjang acara tersebut... Banyak telatah serta ragam menarik para guru sendiri dalam melaksanakan setiap tugasan yang perlu dilaksanakan bagi acara tersebut... Para pelajar turut terhibur menyaksikan telatah guru kesayangan mereka sehingga tidak kering gusi... Hehehe... Acara sukaneka juga secara tidak langsung, dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta kerjasama sesama guru dalam melaksanakan tugas sebagai warga pendidik...
Gelagat para guru pada acara sukaneka... |
Sementara acara sukaneka rancak dijalankan, saya bersama Kak Zafirah & Kak Ruhaizah membantu Cikgu Wazir melakukan persiapan terakhir untuk pelajar 3 KRK & 5 KRK bagi persembahan “Tribute” rangkaian lagu malar segar pasangan duet yang cukup popular pada era 70-an, iaitu Uji Rashid & Hail Amir... Saya sendiri terhibur & teruja menyaksikan persembahan mereka pada sesi raptai penuh pada hari Sabtu ( 14 Mei ) yang lalu... Saya membantu mereka dalam memperhiaskan kostum mereka untuk persembahan tersebut... Dalam pada waktu yang sama, pertemuan saya bersama mereka mempunyai signifikan yang tersendiri... Bagi para pelajar 5 KRK, mereka mengetahui & mengenali saya sebagai “abang” mereka kerana saya merupakan di antara kalangan perintis “batch” pertama KRK di SMKSKI... Tetapi para pelajar 3 KRK, mereka mungkin tidak mengenali saya kerana ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan mereka... Tapi yang paling penting bagi saya ialah saya dapat mengenali sendiri “adik – adik” saya... Mereka sangat “sporting’ dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi sesama mereka semua... Saya sendiri dapat meramalkan bahawa mereka mungkin akan menjadi “batch” terbaik bagi sepanjang peperiksaan penting seperti PMR pada tahun ini & SPM, 2 tahun berikutnya... Tiada yang mustahil sekiranya momentum & kesungguhan seperti ini dapat dikekalkan sampai bila – bila... Pada acara persembahan, mereka merupakan pembuka acara bagi slot persembahan pada Sambutan Hari Guru SMKSKI bagi tahun 2011...
Persiapan akhir sebelum persembahan para pelajar 3 KRK & 5 KRK... |
Selepas selesai acara sukaneka melibatkan para guru, sambutan diteruskan dengan persembahan menarik yang dijayakan oleh para pelajar SMKSKI sendiri... Banyak persembahan yang menarik yang disajikan khas untuk tatapan para pelajar serta semua warga SMKSKi secara am nya... Selain persembahan koir dari pelajar KRK, persembahan yang menarik perhatian ialah persembahan kugiran “The Kunyit Boys”, persembahan pentomen dari filem Hindi “Bobby”, persembahan dari pelajar Pendidikan Khas, persembahan pentomen Pelajar Pra-U SMKSKI & banyak lagi yang menarik... Paling penting, komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar yang menjayakan persembahan tersebut sangat tinggi & wajar diberikan pujian kerana mereka semua menjayakan persembahan masing – masing dalam masa 1 minggu sahaja & pada waktu yang sama, perlu mengharungi Peperiksaan Pertengahan Tahun sebelum sambutan tersebut... Semangat yang ditunjukkan membuatkan saya sebagai penonton terhibur & gembira menyaksikan setiap persembahan mereka... Berikut merupakan gambar – gambar menarik sepanjang persembahan tersebut...
Antara persembahan menarik sepanjang Sambutan Hari Guru SMKSKI '11... |
Hos bagi acara persembahan Sambutan Hari Guru SMKSKI '11, Ain, Hafiz & Faeza ( tiada dalam gambar ) |
Saya juga di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru – guru yang pernah mendidik saya dari tadika sehingga saya tamat sekolah menengah... Saya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa tanpa usaha yang tidak mengenal jemu para guru dalam mendidik saya & anak bangsa yang lain, tidak mungkin saya berada di tahap saya sekarang... Insan yang bergelar “Guru” merupakan tonggak yang memainkan peranan dalam melahirkan insan yang berjaya & berguna untuk semua... Pasti setiap guru ingin melihat anak didik mereka berjaya di persada dunia dalam apa jua bidang yang diceburi... Sekali lagi, saya ingin ucapkan TERIMA KASIH, TERIMA KASIH & TERIMA KASIH buat semua insan yang bergelar “Guru”... Sememangnya “Guru Penjana Transformasi Negara”...
Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan buat kali ini... Harap anda semua seronok & suka dengan entry saya kali ini... Minta maaf sekali lagi sekiranya entry saya kali ini terlalu panjang untuk dibaca... Hehehe... Semoga kita ketemu lagi pada entry yang seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)
No comments:
Post a Comment