Assalamualaikum & salam 1 Malaysia buat semua para pembaca serta “followers” yang saya kasihi... Hehehe... Saya harapkan anda semua sihat sentiasa & gembira dalam menempuhi kehidupan seharian... Sebenarnya, topik entry kali ini dah banyak diperkatakan oleh para blogger lain... Saya sendiri sudah membaca entry yang disampaikan mengenai fenomena “Nur Kasih” yang kembali melanda seluruh Malaysia... Pelbagai ulasan serta perspektif mengenai filem tersebut... Saya juga terpanggil untuk turut serta memperkatakan tentang topik tersebut selepas dicadangkan oleh adik saya sendiri, iaitu Amira Fazira & rakan sekuliah saya di UiTM Sarawak, saudara Mohd Adam Roslan... Tapi bukan dia yang pegang watak Adam dalam filem itu... Jangan tersalah k??? Hehehe... Jadi, entry kali ini berkaitan khusus tentang filem “Nur Kasih The Movie” dengan “tagline” filem tersebut ialah ‘Perjalanan Menuju Abadi’... Fuhh... Dahsyat kan??? Hehehe...
Poster rasmi untuk filem ini... Tengok jangan tak tengok... Hehehe... |
OK... Seperti semua sedia maklum, filem ini merupakan kesinambungan daripada drama bersiri “Nur Kasih” yang mencatat sejarah tersendiri, apabila meraih 19 juta penonton seluruh Malaysia yang menyaksikan drama tersebut di TV3, sekitar tahun 2009 yang lalu... Ia merupakan kali pertama dalam sejarah penerbitan drama bersiri di Malaysia meraih jumlah rating penonton yang sangat tinggi... Saya sendiri ada kisah menarik tentang drama “Nur Kasih” tersebut... Ketika kali pertama ia disiarkan, saya tidak mengikuti drama tersebut sebab tak berapa minat... Nak dijadikan cerita, saya sendiri pelik dengan mak saya & adik – adik saya yang mesti dah “ready” terpacak depan TV setiap kali sebelum tersebut ditayangkan... Jadi, saya sendiri pun “join” tengok cerita tersebut... Tidak silap saya, drama tersebut dah masuk episod 19... Bila saya tengok, barulah saya faham kenapa keluarga saya & seluruh rakyat Malaysia teruja menantikan setiap kali drama tersebut diudarakan di kaca TV... Plot cerita tersebut digarap dengan cukup indah & sempurna serta dibantu dengan lakonan yang cukup berkesan oleh watak utama drama tersebut iaitu Remy Ishak sebagai Adam, Tiz Zaqyah ( Nur Amina ) & Fizz Fairuz ( Aidil ) serta watak pembantu yang lain... Drama tersebut seolah – olah mengheret & membuatkan penonton ternanti – nanti bagaimana perjalanan cerita itu bergerak sehingga kepenghujungnya... Selepas saya menonton episod tersebut, saya pun turut terheret menyaksikan “Nur Kasih” sehingga ke penghujungnya... Akhirnya, saya sendiri yang menyesal sebab tak tengok drama tersebut dari episod awal... Hehehe... Apabila TV3 menyiarkan semula drama tersebut, saya tak lepaskan peluang menonton dari awal... Memang “best”... Hehehe...
Filem ini masih mengekalkan Remy Ishak, Tiz Zaqyah & Fizz Fairuz sebagai tunjang utama dalam memanifestasikan jalan cerita untuk filem ini... Watak pembantu bagi menguatkan jalan cerita filem tersebut dijayakan oleh Syafie Naswip, Liza Othman, Ayu Raudhah, Munif Isa, Sara Ali serta pelakon cilik adik Mia Sara Nasuha & adik Ilyas Suhaimi yang memegang watak sebagai anak kepada Aidil & Aliya ( lakonan Ayu Raudhah )... Pengarah & penulis skrip juga masih kekal, iaitu gandingan suami isteri, Kabir Bhatia & Mira Mustaffa yang pernah mencipta fenomena menerusi filem “Cinta” sedikit masa lalu... “Nur Kasih The Movie” telah mula ditayangkan pada 19 Mei yang lalu di 70 pawagam seluruh negara... Ketika ini, ada khabar yang mengatakan kutipan hari pertama filem tersebut telah memecahkan rekod kutipan RM 1 juta pada hari pertama filem ditayangkan di pawagam yang dilakukan filem “Kongsi” yang menampilkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) 2010, Shaheizy Sam sebagai teraju utama filem tersebut... Ketika ini, kedua - dua filem tersebut sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara...
Sinopsis filem ini lebih menjurus kepada kesinambungan perjalanan kehidupan Adam, Nur Amina & Aidil selepas beberapa tahun... Aidil berdepan cabaran membesarkan anak – anaknya, Ilyas & Maryam sebagai ayah tunggal selepas isterinya, Alyah meninggal dunia... Manakala Adam & Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dengan menghabiskan masa mereka menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak – kanak bermasalah.. Tujuan mereka kerana untuk menghilangkan rasa rindu terhadap anak – anak, di mana mereka belum dikurniakan zuriat sejak mereka mendirikan rumah tangga... Apabila Nur Amina disahkan mengandung, kehidupan mereka berdua semakin bahagia... Namun, kebahagiaan yang diharapkan tidak berpanjangan apabila Nur Amina mengalami keguguran... Kejadian itu membuatkan Adam mula meninggalkan ajaran Allah s.w.t... Mujur Aidil berjaya membawa adiknya kembali ke pangkal jalan... Adam dan Nur Amina bercadang menjadi tetamu Allah s.w.t, iaitu melawat Mekah dan menyusul ke Jordan pula... Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri. Adam sering terbayang Nur Amina akan mati. Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi. Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku..
Tiz Zaqyah bersama adik Mia Sara Nasuha... |
Hah... Itu sedikit sebanyak sinopsis pasal “Nur Kasih The Movie”... Sebenarnya, saya “jealous” jugak tengok rakan – rakan blogger lain yang dah tengok filem tersebut.... Saya sendiri teringin nak tengok, tapi bajet tak ada lagi... Hehehe... InsyaALLAH... Kalau ada rezeki, mungkin saya dapat tengok sendiri di pawagam... Amin... Hehehe... Bagi semua peminat drama bersiri “Nur Kasih”, jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengetahui kesudahan perjalanan cinta epik ini... Bagi yang tidak menonton drama tersebut, masih belum terlambat untuk mengetahui jalan cerita tersebut... Tapi kalau nak lebih faham cerita tersebut dari awal, dapatkan DVD yang tulen... Jangan beli yang cetak rompak!!!... Hehehe...
Baiklah... Sampai disini sahaja pertemuan kita di entry kali ini... InsyaALLAH... Entry saya seterusnya akan mengupas topik yang menarik, berkaitan “trend” remaja masa kini, iaitu “fixie”... Nak tahu lebih lanjut berkaitan “fixie”??? Nantikan entry yang seterusnya ok??? Saya tinggalkan anda semua dengan lagu tema filem “Nur Kasih The Movie”, iaitu ‘Nur Kasih’ dendangan Tiz Zaqyah sendiri bersama Yassin... Semoga kita bertemu lagi di entry seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)
xrugi!! tgk la ^^
ReplyDeleteinsyaALLAH... ade rezeki & bajet, mmg saya tgk.. hehehe....
ReplyDelete