Assalamualaiukum & salam 1 Malaysia saya ucapkan untuk semua... Harap anda semua sihat sentiasa di samping keluarga tercinta mahupun yang teristimewa... Terlanjur saya menulis “yang teristimewa” tadi, memang ada kena – mengena dengan entry kali ini... Yang sebenarnya, “Bagaikan Bidadari” adalah salah satu lagu yang menjadi kegemaran saya... Lagu tersebut didendangkan oleh pemenang program realiti “One In A Million” bagi musim ke – 3, iaitu Tomok... Sebab saya suka lagu tersebut ialah bait liriknya yang cukup indah & cukup menyentuh perasaan di samping penyampaian lagu yang cukup berkesan oleh Tomok sendiri... Ramai yang tidak tahu sebenarnya, iaitu masa peperiksaan SPM dahulu, saya mengambil satu subjek tambahan... Subjek yang dimaksudkan ialah “Kesusasteraan Melayu”... Jadi, tidak hairanlah kalau saya memang digelar oleh kawan – kawan saya dengan gelaran “Mat Jiwang” disebabkan saya suka tulis ayat yang “berbunga – bunga” & layan lagu – lagu “jiwang” seperti lagu tersebut... Memang saya sangat meminati subjek tersebut kerana Bahasa Melayu mempunyai frasa & pelbagai elemen bahasa yang cukup unik untuk dipelajari... Alhamdulillah, saya dapat skor A- untuk subjek tersebut semasa SPM... Hehehe... Baiklah... Itu sedikit sebanyak cerita nostalgia dulu – dulu semasa zaman sekolah dahulu... Hehehe... Kali ini saya akan bercerita tentang “Bidadari” yang menyinari hidup anda semua...
Saya pasti setiap dari kita semua pernah melalui saat yang manis ketika dilamun cinta... Betul tak??? Tentu betul punya... Hehehe... Saya sendiri pernah melalui momen tersebut, tapi sayangnya hubungan kami tidak berpanjangan kerana tiada lagi persefahaman di antara kami berdua... Jujur saya katakan, pada peringkat awal perpisahan kami, saya sendiri sangat sedih & sering bertanya kepada diri saya sendiri di mana salah & silap saya terhadap dirinya... Tapi lama – kelamaan, saya sedar saya tak boleh terus hanyut dengan perasaan saya sendiri... Banyak lagi perkara yang lebih penting yang perlu dicapai dalam hidup kita seperti kerjaya & mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh... Saya sentiasa percaya sampai masanya, saya akan bertemu juga dengan “Bidadari” yang menjadi peneman kepada hidup saya...
Setiap lelaki mempunyai ciri wanita idaman yang tersendiri... Namun, paling penting ialah wanita tersebut mampu memahami diri kita & menerima diri kita seadanya walau apa sekali pun kekurangan pada diri kita sebagai lelaki... Memang sukar sebenarnya untuk mencari wanita yang berperwatakan seperti itu kerana ia boleh diibaratkan sebagai sebutir “permata” yang sukar untuk ditemui di dalam timbunan pasir yang sangat dalam... Saya sendiri tidak mahu menjadi lelaki yang terlalu “demand” dalam memilih wanita idaman saya kerana saya sendiri bukanlah insan yang sempurna & tidak mempunyai hak untuk menentukan wanita mana yang menjadi pilihan hati saya... Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah s.w.t...
Berbicara tentang rupa paras, saya pasti kebanyakan lelaki dambakan wanita rupawan nan jelita bak “Puteri Kayangan”... Pasti ramai lelaki yang termimpi – mimpi gadis jelita yang menjadi idaman mereka seperti Lisa Surihani, Tiz Zaqyah, Sharifah Amani & ramai lagi... Begitu juga dengan wanita yang mengimpikan lelaki sekacak para pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil, Aaron Aziz, Jehan Miskin & ramai lagi... Tidak dilupakan juga, golongan gadis terutamanya membayangkan lelaki se “jambu” & secomel jejaka dari Korea yang menjadi kegilaan masa kini... Bila direnungkan kembali, sebenarnya setiap dari kita semua mempunyai ciri – ciri pasangan hidup yang tersendiri... Namun, kita harus sedar bahawa kecantikan mahupun kelebihan rupa paras hanya bersifat “abstrak”, atau dalam erti kata yang lain iaitu bersifat sementara... Sekiranya kita tidak mensyukuri dengan pemberian yang diberikan olehNya, bila – bila masa sahaja kelebihan tersebut ditarik balik dengan apa jua cara sekalipun... Yang paling “afdal” sebenarnya ialah kesederhanaan dari pelbagai aspek seperti pemakaian, percakapan mahupun pergaulan adalah perkara yang sangat dituntut di dalam Islam & juga agama yang lain... Sifat tersebut akan kekal di dalam diri sekiranya kita sentiasa menjaga setiap aspek yang disebutkan tadi... Percayalah, walau secantik atau setampan mana seorang itu, tapi tidak mempunyai nilai murni & keperibadiaan yang baik, orang itu tidak akan dipandang mahupun dihormati oleh orang lain, mahupun segenap masyarakat... Sebaik – baiknya, bersederhanalah dalam kehidupan seharian kerana pasti orang lain akan menyenangi diri kita dengan sifat sedemikian...
Saya akui, setiap orang tidak kira remaja mahupun dewasa ingin merasai betapa manisnya “Cinta” dan bahagianya “dicintai” oleh “Yang teristimewa”... Namun, jangan sesekali biarkan perasaan tersebut menguasai diri kita sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lebih penting untuk dilaksanakan... Seperti yang saya katakan di awal tadi, bila sampai waktunya nanti, kita akan dipertemukan juga dengan “Bidadari” mahupun “Arjuna” yang menceriakan & membahagiakan hidup kita kelak... Jangan sesekali memaksa “Cinta” itu datang pada diri kita... Pasti, buruk padahnya bukan kepada diri kita seorang sahaja, tetapi akan melibatkan orang lain juga kerana semua ini berbalik kepada soal hati & perasaan... Kedua – duanya harus bersatu & saling melengkapi antara satu sama lain... InsyaALLAH... Hubungan kita akan diredhai oleh Allah s.w.t sekiranya ikatan yang terjalin di bina atas landasan berpaksikan kejujuran, keikhlasan & keteguhan iman di dalam diri masing – masing...
Keikhlasan, kejujuran & keteguhan iman tunjang kekuatan ikatan yg dibina... |
Pasti kita mendambakan pasangan yang mampu membahagiakan diri kita buat selamanya.... |
Konklusinya, setiap insan telah diciptakan dengan pasangan hidup masing – masing... Kita sebagai umatNya harus berusaha untuk mencari “Cinta” yang diimpikan... Sesungguhnya, “Cinta’ yang paling agung ialah “Cinta kepada Maha Pencipta”... Kasih & sayangnya terhadap diri kita tiada tandingannya... CintaiNya lah dahulu kerana nescaya, “Cinta” sesama insan akan hadir untuk diri kita jua...
Baiklah... Panjang lebar coretan saya pada entry kali ini... Hehehe... Apa yang saya harapkan, anda semua dapat memahami apa yang saya sampaikan pada entry kali ini... Saya ingin memohon ampun & maaf sekiranya saya ada menguris hati mahupun perasaan anda pada entry kali ini... Ini cuma pengamatan saya sendiri sebagai seorang pemerhati & insan yang mencari kebahagiaan di dalam kehidupan di dunia & akhirat kelak... Entry kali ini bukan hanya ingatan untuk semua, tetapi ingatan untuk diri saya sendiri juga... InsyaALLAH... Kita sama – sama mencari keredhaan di sisiNya... Saya tinggalkan anda semua dengan muzik video ( MV ) dari Tomok, iaitu “Bagaikan Bidadari”... Hayati bait – bait lirik indah yang disampaikan pada lagu ini... Semoga kita ketemu lagi di entry seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)
No comments:
Post a Comment