Assalamualaikum & salam 1 Malaysia saya ucapkan buat semua... Kita bertemu lagi dalam entry saya yang terbaru kali ini... Saya harap anda semua sihat sentiasa bersama keluarga tercinta mahupun yang teristimewa dalam hidup anda.... Hehehe... Ketika saya menulis entry ini, genap seminggu saya berada di rumah saya merangkap kampung halaman saya di Klang, Selangor... Hehehe... Banyak aktiviti saya lakukan sepanjang seminggu saya berada di sini... Untuk entry kali ini, saya akan ceritakan kepada semua aktiviti saya sepanjang minggu lepas...
1. Pertandingan Boling Suka – Suka... Hehehe...
Cerita menarik yang saya ingin kongsikan bersama ialah saya bermain boling di Klang Parade bersama cikgu saya yang lebih mesra dipanggil ayahanda di kalangan kami semua, iaitu Cikgu Wazir diikuti ahli – ahli yang lain iaitu Abg Farydzul ( Montel ), Abg Aril ( Gebu ), Abg Karim, Syafiq ( Lengkong ), Man & seorang lagi yang saya lupa namanya... Minta maaf sangat – sangat sebab saya lupa nama abang tu... Hehehe... Yang menariknya, ketika itu kami main boling pada hari Isnin ( 2 Mei )... Saya pula baru sampai dari Sarawak pada malam sebelumnya... Memang saya ada bagi tau kepada mereka yang saya nak ikut serta untuk main boling pada waktu itu, tapi masih ikut kemampuan kudrat sama ada saya boleh ikut atau tidak... Maklum sajalah, perjalanan jauh naik kapal terbang memang agak memenatkan walaupun hanya duduk sahaja dalam kapal terbang tu... Hehehe... Tiba – tiba, Abg Farydzul telefon saya dalam lingkungan 9 pagi macam tu untuk tanya sama ada saya boleh ikut sekali atau tidak... Saya apa lagi, memang ok jer walaupun baru sampai dari Sarawak... Bukan apa, dah lama saya tak main boling... Ini dikira sebagai sukan jugak ni... Hehehe...
Semasa Game pertama, corak permainan saya sangat – sangat teruk... Saya hanya dapat kutip 47 jatuhan pin & saya berada di tempat tercorot pada Game itu... Huhuhu... Tapi pada Game kedua, saya berjaya perbaiki permainan saya dengan berjaya kutip 3 kali “Strike” pada Game itu... Di penghujungnya, saya berjaya kutip 99 jatuhan pin, hanya satu sahaja lagi nak cecah 100... Tapi tak mengapa, jumlah tersebut boleh dikira cukup baik bagi orang yang dah lama tak main boling macam saya... Hehehe... Pemenang bagi acara boling tersebut, tidak lain & tidak bukan, ayahanda Wazir sendiri... Hehehe... sambil itu, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang memeriahkan acara boling tersebut... Memang seronok & meriah... Hehehe...
2. Kembali ke Sekolah!!!
Pada hari Rabu ( 4 Mei ) lepas, saya kembali ke sekolah dengan macam – macam tujuan... Sebenarnya, memang saya teringin sangat nak datang balik ke sekolah... Tapi saya tak ada tujuan yang pasti untuk pergi ke sana... Bila adik saya tertinggal barang di rumah, ibarat “pucuk dicita, ulam mendatang”, memang peluang keemasan saya pergi ke sana... Hehehe... Belum sempat saya sampai ke pintu kelas adik saya, kawan – kawannya mula memanggil nama saya... Kebanyakkan kawan – kawannya mengenali saya... Memang bukan sesuatu yang memeranjatkan pada waktu itu... Hehehe... Yang mungkin memeranjatkan mereka ialah saiz saya yang semakin kurus berbanding dahulu... Hehehe... Pada waktu itu juga, saya bertemu semula dengan salah seorang cikgu yang mengajar saya, iaitu Cikgu Mazlan... Kalau tidak salah saya, beliau merupakan Penyelaras Bidang Sains & Matematik di sekolah tersebut... Kenangan zaman sekolah dulu terus menyelubungi diri saya pada waktu itu... Hehehe...
Alang – alang saya dah berada di sekolah, lebih baik saya ambil terus sijil rasmi SPM saya di pejabat kan??? Itu lah yang saya lakukan seterusnya pada waktu itu... Hehehe... Tapi pada waktu itu, saya pergi pada waktu yang salah, iaitu pada waktu kerani rehat pada jam 10.00 pagi... Kena tunggu lah... Lepas itu, saya tunggu di kantin sekolah... Saya dapat lihat sendiri ada perubahan dari segi dekorasi.. Dari segi saiz, masih sama macam dulu jugak... Hehehe... Tiba pada waktu rehat bagi pelajar tingkatan 4, 5 & 6 Atas, saya berjumpa semula dengan ramai kenalan... Saya berjumpa dengan Cikgu Din, Cikgu Hanafi & ramai lagi... Paling menarik, saya dapat bertemu semula dengan sahabat – sahabat saya dari tingkatan 6 Atas... Saya mengenali mereka ketika saya berada di Tingkatan 6 Bawah buat seketika sebelum saya melanjutkan pelajaran saya di UiTM Sarawak... Rasa seperti “reunion” pula pada waktu itu... Hehehe... Saya sendiri betul – betul terharu kerana mereka masih mengingati saya walaupun saya sekejap sahaja di tingkatan 6... Kami borak bersama – sama sehingga penghujung waktu rehat...
Selepas itu, saya terus ke pejabat bagi menyelesaikan urusan Sijil SPM saya... Di pejabat pula, saya berjumpa dengan cikgu Sains Sukan saya, iaitu Cikgu Mahendran... Banyak cerita yang kami kongsi bersama terutama sekali pengalaman saya di sana & silibus pengajian bagi jurusan Diploma Pengajian Sukan... Selepas selesai kami berdiskusi bersama, saya terus pergi ke “kelas lama” saya, iaitu kelas tingkatan 6 Atas 2... Saya pergi ke situ sebab sahabat saya, Fathi & Izhar memberitahu saya tiada guru pada 3 masa terakhir pada hari itu... Memang peluang keemasan bagi saya untuk bertemu mereka semua... Hehehe... Saya sendiri berbual & borak bersama – sama sahabat lama saya... Rata – rata mereka sedang sibuk menyiapkan kerja khusus bagi subjek Pendidikan Seni yang perlu disiapkan sebelum bulan Julai... Memang agak lama tempoh yang diberikan, tetapi kerja khusus tersebut bukan mudah untuk disiapkan kerana saya sendiri mengetahui pengalaman yang sama yang pernah dilalui pelajar tingkatan 6 Atas sebelumnya... Tapi saya percaya, mereka pasti dapat melaksanakan tugasan berikut dengan sempurna & berkualiti...
Paling menarik ialah saya berborak & berbual agak lama bersama sahabat saya, Atikah & Yuzian, atau lebih mesra disapa dengan nama panggilan Yuzie sahaja... Mereka ceritakan saya pelbagai cabaran yang mereka perlu tempuhi dari awal tahun ini sebaik melangkah ke tingkatan 6 Atas... Paling mencuri tumpuan saya ialah dugaan yang menimpa kepada Atikah sebelum menghadapi peperiksaan Malaysian University English Test ( MUET ), pada bulan April yang lalu... Banyak dugaan yang berlaku kepada dirinya seperti kemalangan sebelum ujian bertulis sehingga menyukarkan beliau untuk menulis dengan selesa & hilang suara pada ujian “Speaking’ pada waktu itu... Walaupun pelbagai dugaan yang berlaku, Alhamdulillah beliau masih mampu mencapai band 3 pada bagi keseluruhan ujian tersebut... Berkat usahanya yang bersungguh – sungguh & tidak mengenal erti putus asa, beliau mampu mencapai keputusan yang baik... Semangat beliau perlu dicontohi oleh semua & pada diri saya sendiri kerana kejayaan yang cemerlang datang dari usaha yang tidak berbelah bagi & ikhlas dalam merealisasikan impian yang ingin dicapai...
Baiklah... Nampaknya banyak cerita yang saya dah sampaikan buat entry kali ini... Setakat ini dulu yang saya mampu coretkan buat entry kali ini... Pada masa akan datang, saya akan ceritakan lagi pelbagai pengalaman menarik saya sepanjang cuti semester kali ini... Saya harap anda semua jaga kesihatan sebab cuaca pada ketika ini tak begitu menentu... Jadi, banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi & pelbagai penyakit yang kita ingini... Sememangnya, mencegah itu lebih baik dari mengubati... Semoga kita ketemu lagi pada entry seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)
No comments:
Post a Comment