Assalamualaikum & salam 1 Malaysia saya ucapkan pada semua... Harap anda semua sentiasa ceria & gembira dalam menempuhi cabaran kehidupan seharian... Sebelum saya bercerita panjang lebar untuk entry kali ini, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua para sahabat yang telah menjadi “followers” dalam blog saya yang boleh dikatakan agak “simple” jugak... Hehehe... Alhamdulillah... Semakin banyak yang mengikuti perkembangan & jalan cerita yang menarik melalui blog ini... Saya harap “followers” untuk blog ini semakin bertambah & memberi semangat untuk saya menulis entry yang menarik untuk tatapan semua... Cewah... Ayat dah macam menang Pengarah Filem Terbaik pulak rasanya... Hahaha... OK... Untuk entry kali ini, topik tentang “result” kali ini merupakan sumbangan idea daripada Valarie, sahabat saya dari UiTM Sarawak... Beliau merupakan pelajar dari jurusan Diploma Perakaunan atau dalam Bahasa Inggeris, bunyinya lebih sedap lagi, iaitu “Diploma in Accountancy ( DIA )”... Hehehe... Terima kasih saya ucapkan atas topik yang menarik untuk saya kupas & ceritakan untuk kali ini...
Saya pasti anda semua tahu & kenal dengan perkataan “result” kan??? Perkataan tersebut memberi banyak signifikan yang tersendiri & membawa kepada banyak pengertian buat semua... Kita selalu menanti “result” selepas perlawanan seperti sukan bola sepak khususnya Liga Perdana Inggeris ( EPL ) & menanti “result” selepas peperiksaan sama ada peperiksaan kecil di peringkat atau peperiksaan umum yang melibatkan seluruh negara... Saya sendiri pernah merasai debaran yang sangat hebat semasa menanti “result” bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) semasa darjah 6, Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) masa saya tingkatan 3, dan peperiksaan yang sangat penting, iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia ( SPM ) pada tingkatan 5... Saya pasti anda semua juga pernah melalui debaran yang sangat kuat ketika menanti & mengambil “result” bagi ketiga – tiga peperiksaan itu... Sebaik sahaja kita mengetahui penilaian yang diberikan pada slip “result” tersebut, pelbagai reaksi yang dapat kita lihat... Ada yang gembira sehingga menitiskan air mata, ada yang berpuas hati & ada juga yang menangis kekecewaan kerana tidak dapat mencapai “result” yang baik... Semua itu sudah menjadi lumrah & kelaziman setiap kali mengambil “result”... Kepada yang berjaya, sekalung tahniah diucapkan... Untuk yang kurang berjaya, jangan sesekali berputus asa... Teruskan berusaha kerana pasti kejayaan yang lain menanti anda di luar sana...
Gambar masa ambil result SPM, tahun lalu... Berapa A agaknya yer??? Hehehe... |
Untuk pengetahuan anda semua, pada waktu saya menulis entry kali ini, saya sedang berdebar menantikan “result” bagi peperiksaan akhir semester yang lalu bersama semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia bagi peringkat Diploma... Anda sendiri bayangkan betapa berdebarnya perasaan kami semua menanti “result” pada setiap semester yang boleh dikira perjuangan ‘hidup atau mati’ dalam meneruskan perjalanan menggapai destini kami untuk mengenggam segulung diploma... Jika kami gagal mencapai “pointer” yang ditetapkan, kami perlu mengucapkan selamat tinggal bukan sahaja kepada UiTM buat selama – lamanya, bahkan secara automatiknya kami perlu ucapkan “sayonara” kepada cita – cita & impian yang ingin digapai selama ini... Sudah pasti bukan perkara yang mudah untuk bermula dari bawah semula, namun itulah perkara yang perlu dilakukan sekiranya ‘tragedi’ tersebut menimpa kepada diri kita...
Sejujurnya, bukan perkara yang mudah dalam menggapai “result” yang cemerlang... Bagi penuntut institut pengajian tinggi seperti saya & para sahabat saya yang lain, banyak pengorbanan serta usaha yang tidak mengenal erti jemu dicurahkan sepenuhnya dalam mencapai hasrat tersebut... Kami harus sedar bahawa pada ketika ini, kami bukan lagi pelajar sekolah yang perlu disuruh ibarat ‘pahat dengan penukul’, iaitu baru disuruh, baru terhegeh – hegeh nak buat atau siapkan kerja yang diberikan... Pada peringkat ini, kami harus mengerakkan diri kami sendiri dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan... Yang pasti, kita dapat lihat sendiri di penghujungnya, orang yang berjaya merupakan insan yang berusaha bersungguh – sungguh dalam meneruskan “survival” mereka dalam menuju impian untuk direalisasikan... Mungkin kurang usaha menjadi faktor mengapa sesetengah daripada mereka kurang berjaya... Namun, musuh utama yang perlu kita semua atasi adalah sifat yang sering bermaharaja lela dalam diri kita, iaitu sikap ‘MALAS’!!!... Sifat seperti ini yang sering sahaja menghancurkan serta meranapkan impian sesiapa sahaja yang tidak mempunyai sifat rajin berusaha... Buat semua serta ingatan untuk diri saya sendiri juga, jangan biarkan sesekali “virus” kejam ini menguasai diri anda...
Natijahnya, walau apa pun status anda sama ada pelajar di peringkat sekolah mahupun di institut pengajian tinggi, setiap dari kita semua mempunyai matlamat tersendiri... Yang menjadi titik perbezaan ialah bagaimana kita mengatur langkah dalam menggapai visi yang ingin dicapai... Buat semua adik – adik yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR & SPM tahun ini, belajar bersungguh – sungguh daripada sekarang... Perjalanan adik – adik semua masih lagi panjang & banyak ranjau yang penuh berduri untuk ditempuhi dalam mencapai kejayaan... Bina impian & cita – cita bermula dari saat ini agar adik – adik tidak sesekali menyimpang dari landasan yang adik tuju... Paling penting, lakukan ini untuk membanggakan ibu bapa adik – adik serta semua yang lain... Tanpa pengorbanan & doa mereka, tidak mungkin kita berada di tahap sekarang... Merekalah insan yang bertanggungjawab mendidik, membesarkan & membiayai kos pendidikan kita sehingga ke menara gading... Jangan sesekali menghampakan mereka dengan tingkah laku yang mungkin membuatkan mereka berkecil hati... Buat mereka bangga dengan kejayaan yang membuatkan mereka bangga mempunyai anak seperti kita... Itulah harapan setiap ibu bapa terhadap diri kita & jadikan harapan mereka sebagai pembakar semangat untuk menjadikannya realiti...
Kejayaan meraih "result" yang cemerlang saat yang paling mengembirakan... |
Ibu bapa merupakan insan yang paling gembira dengan kejayaan kita... |
Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja coretan saya pada entry kali ini... Saya harap anda semua mendapat banyak manfaat serta iktibar daripada entry kali ini... Buat semua pelajar UiTM yang menantikan “result” ketika ini, saya mendoakan agar anda semua mendapat result yang terbaik buat semester kali ini & sentiasa berusaha bersungguh – sungguh... Saya juga harap anda semua mendoakan saya juga agar dapat “result’ yang terbaik kali ini... Semoga permintaan ini dimakbulkan oleh Yang Maha Esa... InsyaALLAH... Amin... Semoga kita ketemu lagi di entry seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)
No comments:
Post a Comment