My QLicK3RZZZ!!!!

Friday, May 27, 2011

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih....

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia saya ucapkan buat semua... Saya harap anda semua sihat sentiasa... Maklum sajalah, cuaca pada ketika ini tidak begitu menentu... Saya harap anda du luar sana sentiasa menjaga kesihatan... Diam tak diam, dah hampir sebulan cuti semester saya pada kali ini... Ini bermakna tidak lama lagi saya perlu pulang semula ke Sarawak untuk menyambung pengajian saya di sana... Baiklah... Kali ini tak banyak cerita yang saya dapat kongsi pada kali ini... Tetapi saya ingin kongsi kegembiraan saya dengan anda semua...

Kegembiraan yang saya maksudkan ialah mengenai “result” peperiksaan akhir semester yang lalu... Pertama sekali, saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, alhamdulillah, saya berjaya memperbaiki “pointer” saya pada semester yang lalu... Pada awalnya, saya cuma berharap tak ada subjek yang kena “repeat” lagi seperti semester 1 yang dulu & memperbaiki “pointer’ saya dengan lebih baik... Saya sendiri tak berani nak letakkan “target” yang terlalu tinggi sebab saya takut saya sendiri kecewa pada penghujungnya sebab tak berjaya mencapainya... Saya hanya dapat berharap secara realistik apa yang saya dapat capai pada peperiksaan kali ini... Jujur saya katakan, pada peperiksaan yang lalu, saya hanya lakukan sehabis baik supaya dapat “result”yang lebih baik pada kali ini... Alhamdulillah, hasrat saya akhirnya tercapai juga...

Cukup sekadar saya katakan, saya berjaya mendapat keputusan dalam lingkungan “3 pointer”... Bagi saya, itu satu bonus yang cukup besar untuk saya sebab saya melalui semester yang cukup sibuk & mencabar dengan pelbagai aktiviti & tugasan yang perlu dilaksanakan sehingga waktu rehat & waktu tidur saya tak pernah cukup... Tapi saya tak pernah mengeluh dengan semua itu sebab saya percaya, jika kita berusaha dengan bersungguh – sungguh, kita berhak mencapai kejayaan yang kita impikan... Akhirnya, kata – kata tersebut memang benar... Saya berjaya membuktikannya dengan kejayaan yang saya peroleh... Saya sendiri sehingga saat saya menulis entry ini, saya masih lagi tidak percaya dengan pencapaian yang saya peroleh pada semester kali ini... Seolah – olah mimpi saya menjadi realiti... Hehehe... Tapi saya tak boleh terus berpuas hati dengan tahap yang saya capai ketika ini kerana saya boleh lakukan yang lebih baik pada semester seterusnya... InsyaALLAH... Semester seterusnya, saya ingin mencapai “pointer” dalam lingkungan 3.5 ke atas untuk menggenggam “Anugerah Dekan” buat julung kalinya... Moga – moga impian saya ini terlaksana agar tahun 2011 ini akan menjadi tahun yang gemilang untuk diri saya... Amin...

Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih buat semua pihak yang menjadi ‘tulang belakang’ kejayaan saya untuk kali ini... Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga saya, iaitu mak & ayah saya, Pn. Norhashimah binti Selamat & En. Samiran bin Shahadi serta adik – adik saya, Myra, Alin, Liya & Peli yang tidak pernah jemu memberi dorongan & semangat untuk saya terus belajar bersungguh – sungguh... Mereka selalu mengingatkan saya bahawa mereka sentiasa berdiri teguh di belakang saya & sedia membantu apa saja walaupun berjauhan... Merekalah yang menjadi pembakar semangat buat diri saya sejak saya kecil... Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan...

Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada para pensyarah saya, iaitu Ketua Program & Koordinator Kursus bagi  Diploma Pengajian Sukan, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi UiTM Samarahan, Sarawak, En. Gordon Nicolaus Jemat Anchang & Pn. Asmalini binti Che Abu Shafie yang banyak memberikan ilmu kepada saya serta motivasi untuk saya, terutamanya Pn. Asmalini yang saya anggap seperti ibu saya sendiri kerana banyak memberi kepercayaan buat saya... Alhamdulillah... Saya berjaya balas kepercayaan beliau terhadap diri saya... Tidak dilupakan juga buat pensyarah saya yang lain di fakulti ini yang turut mengajar saya & rakan – rakan saya yang lain pada semester yang lalu, iaitu Cik Adjullea James bagi subjek Introduction To Kinesiology  & En. Kenny Basert Saol ( Sport Safety & Emergency Care )... Banyak input yang kami peroleh & kami dapat gunakannya bukan sahaja ketika peperiksaan, bahkan dapat dipraktikkan dalam kehidupan sebenar... Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat para pensyarah saya yang lain iaitu Dr. Sandra Sim ( Intermediate English ), Cik Dayang Atiqah ( Mathematics ) dan  Ustaz Ahmad Hisham Azizan ( Pemikiran Tamadun Islam ) yang turut menjadi sebahagian daripada kejayaan saya pada semester 2 yang lalu... Tiada apa yang saya mampu berikan selain jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana sentiasa memberi tunjuk ajar buat saya... Jasa kalian akan saya kenang sampai bila – bila...

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga buat para sahabat saya, iaitu rakan – rakan sekuliah saya di kumpulan SR1132A & juga SR1132B, di mana semester hadapan bertukar menjadi SR1133A & SR1133B kerana kalian semua banyak membantu saya pada semester saya yang lalu... Saya minta maaf sekiranya saya ada menyinggung perasaan kalian kerana saya sendiri tak dapat lari dari melakukan kesilapan... Ucapan ini juga ditujukan untuk sahabat – sahabat SR113 bagi seluruh UiTM & kolej – kolej yang menawarkan jurusan ini kerana anda juga banyak membantu saya, terutamanya berkongsi pendapat & ilmu yang diperoleh melalui Facebook... Terima kasih juga buat semua sahabat saya di fakulti yang lain & di mana sahaja serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan buat saya... Tiada kata yang saya mampu ucapkan selain TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH... Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa anda semua...

Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan untuk anda buat setakat ini... Saya harap anda gembira membaca entry kali ini... Hehehe... Semoga kita ketemu lagi pada entry yang akan datang... Jaga diri, hiasi peribadi... “Syukran Jazilan”... Sekian... Wassalam... (^_^)

Tuesday, May 24, 2011

Keunikan “fixie”...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia saya ucapkan buat semua... Kita bertemu lagi entry yang terkini daripada saya... Seperti yang saya janjikan, kali ini saya akan bercerita tentang “fixed-gear bicycle” atau lebih dikenali sebagai “fixie”... Hehehe... Sebelum itu, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat saya di Facebook & “followers” di blog saya yang memberi “feedback” yang cukup baik berkaitan topik ini... Ada yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan “fixie” secara lebih mendalam... Sememangnya, “fixie” telah menjadi satu “trend” yang cukup popular di kalangan remaja, khususnya di kawasan bandar... Di tempat saya sendiri di Klang, Selangor, ia telah menjadi satu gaya hidup atau “gadget” yang mesti dimiliki oleh para remaja di luar sana... Adik saya juga memaklumkan kepada saya, di sekolah beliau terdapat satu kumpulan yang membawa basikal “fixie” secara beramai – ramai ke sekolah... Siap bawa rantai besi yang sangat panjang untuk keselamatan bagi menggelakkan basikal mereka dicuri... Hehehe... Dapat dilihat di sini, betapa “fixie” kini menjadi salah satu barang yang sangat berharga... Mereka menjaganya ibarat menjaga nyawa mereka sendiri... Ini yang membuatkan saya sendiri tertarik untuk mengetahui keunikan di sebalik basikal yang cukup menarik ini...

Mengenai sejarah awal, “fixie” telah berkembang sejak zaman awal penciptaan basikal, di mana basikal telah mengalami pelbagai revolusi dalam penciptaannya... Dari zaman roda hadapan yang berkali ganda lebih besar daripada roda belakang sehingga kepada basikal untuk kanak – kanak kecil, ia semua menyumbang kepada revolusi penciptaan basikal... Dari segi reka bentuk, kerangka atau “body frame” basikal ini tidak banyak beza dengan basikal yang digunakan bagi perlumbaan jelajah berbasikal seperti Le Tour de Langkawi, Tour de France, Giro d’Italia & banyak lagi serta perlumbaan tertutup yang diadakan velodrom seperti yang digunakan pelumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang... Ada di kalangan remaja yang membuat pengubahsuaian sendiri atau istilahnya “modified” dengan menggunakan “body frame” terpakai daripada basikal lain... Tapi, ia mengundang risiko kerana mungkin “body frame” tersebut tidak begitu kukuh & mudah bengkok sekiranya ia digunakan dengan agak ekstrem...

Ada yang mengatakan “fixie” tidak begitu kuat & tidak mampu digunakan dalam keadaan yang lasak... Bagi para remaja mahupun sesiapa yang berjinak – jinak untuk memiliki “fixie” peribadi, satu perkara yang anda patut ketahui bahawa basikal ini hanya sesuai untuk kegunaan bersifat riadah atau rekreasi sahaja... Bagi yang mempunyai kemampuan kewangan yang cukup baik, mereka boleh memiliki “fixie” yang mempunyai “body frame” yang sangat kukuh, di mana ia digunakan bagi perlumbaan berbasikal seperti yang saya sampaikan sebelum ini... Tapi yang mempunyai bajet yang ala kadar sahaja, terdapat juga “fixie” yang mampu dimiliki & dijual dengan harga yang berpatutan... Tapi dari aspek penjagaan, anda sendiri perlu menjaga dengan sebaik mungkin “fixie” anda dari sebarang kerosakan... Kalau rosak, kenalah “repair” nampaknya... Hehehe...



Antara "fixie" yang menjadi kegemaran para remaja...

Satu lagi keunikan “fixie” ialah basikal ini tidak mempunyai brek... Biar betul??? Ya, memang betul... Tiada brek!!!  Hehehe... Basikal ini juga merupakan sejenis basikal yang menggunakan sistem “freewheel”, iaitu bahagian “sprocket” di bahagian “paddle” basikal tersebut dikunci dan boleh dikayuh ke depan & ke belakang... Di sinilah yang dijadikan brek ketika berkayuh, di mana anda perlu mengayuh ke belakang sedikit untuk membrek... Saya sendiri pun belum pernah mencuba basikal “fixie” ini... Hehehe... Sahabat saya memberitahu, teknik tersebut perlukan masa untuk mahir menggunakannya... Kalau terjatuh tu, adat lah... Hehehe... Apa yang pasti, anda pasti teruja untuk memiliki basikal ini & mempraktikkan pelbagai skil yang digunakan...

Keunikan “fixie” juga ialah basikal ini penuh dengan warna – warni... Ada pelbagai warna yang dapat dilihat seperti kuning, merah, biru, putih & pelbagai lagi... Warna tersebut bukan di bahagian “body frame” sahaja, malah di bahagian yang lain seperti rim, “handle bar”, “paddle”, “seat” & lain – lain lagi... Pelbagai variasi warna yang dapat dilihat daripada setiap “fixie”... Setiap daripadanya mempunyai corak yang berbeza, bergantung kepada pemilik basikal tersebut memperindahkan hiasan basikalnya... Ia juga boleh diaktakan “trademark” kepada “fixie”, di mana orang ramai dapat melihat dari jauh kelibat basikal ini dengan melihat corak serta warna sahaja... Seperti yang katakan sebelum ini, kelazimannya pemilik “fixie” khususnya golongan muda pergi ke mana – mana sahaja secara berkumpulan dengan tujuan beriadah dan bersantai bersama rakan – rakan, di mana ia juga salah satu identiti bagi “fixie”... Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan persahabatan mahupun sesama komuniti...

"Seat"

"Sprocket" dengan pelbagai warna....

Rantai basikal pun ada warna biru jugak... Dahsyat giler lerr.... Hehehe...

Variasi warna "handle bar'...

Rim yang macam - macam warna jugak....

Saya panggil ini "Sepit Udang"... Betul ker??? Hehehe....

Ternyata, “fixie” mempunyai daya tarikan tersendiri... Daripada satu komuniti yang kecil, kini kebanyakkan daripada kita, khususnya golongan remaja memiliki basikal ini... Sekiranya anda di luar sana ingin turut serta, pastikan anda memiliki “fixie” mengikut kemampuan anda... Paling penting, ia dapat digunakan sebagai salah satu aktiviti riadah yang berguna untuk anda semua...

Baiklah... Itu sahaja yang saya mampu coretkan buat kali ini... Saya memohon ampun & maaf sekiranya terdapat kekurangan mahupun kesilapan sepanjang entry kali ini... Yang baik datangnya dari Allah s.w.t, yang kurang datang dari kelemahan diri saya sendiri... Semoga anda mendapat banyak maklumat yang berguna untuk entry kali ini... InsyaALLAH... Kita bertemu lagi pada entry seterusnya... Jaga diri, hiasi peribadi... Sekian... Wassalam... (^_^)

Sunday, May 22, 2011

Fenomena “Nur Kasih” kembali melanda!!!

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia buat semua para pembaca serta “followers” yang saya kasihi... Hehehe... Saya harapkan anda semua sihat sentiasa & gembira dalam menempuhi kehidupan seharian... Sebenarnya, topik entry kali ini dah banyak diperkatakan oleh para blogger lain... Saya sendiri sudah membaca entry yang disampaikan mengenai fenomena “Nur Kasih” yang kembali melanda seluruh Malaysia... Pelbagai ulasan serta perspektif mengenai filem tersebut... Saya juga terpanggil untuk turut serta memperkatakan tentang topik tersebut selepas dicadangkan oleh adik saya sendiri, iaitu Amira Fazira & rakan sekuliah saya di UiTM Sarawak, saudara Mohd Adam Roslan... Tapi bukan dia yang pegang watak Adam dalam filem itu... Jangan tersalah k??? Hehehe... Jadi, entry kali ini berkaitan khusus tentang filem “Nur Kasih The Movie” dengan “tagline” filem tersebut ialah ‘Perjalanan Menuju Abadi’... Fuhh... Dahsyat kan??? Hehehe...

Poster rasmi untuk filem ini... Tengok jangan tak tengok...  Hehehe...

OK... Seperti semua sedia maklum, filem ini merupakan kesinambungan daripada drama bersiri “Nur Kasih” yang mencatat sejarah tersendiri, apabila meraih 19 juta penonton seluruh Malaysia yang menyaksikan drama tersebut di TV3, sekitar tahun 2009 yang lalu... Ia merupakan kali pertama dalam sejarah penerbitan drama bersiri di Malaysia meraih jumlah rating penonton yang sangat tinggi... Saya sendiri ada kisah menarik tentang drama “Nur Kasih” tersebut... Ketika kali pertama ia disiarkan, saya tidak mengikuti drama tersebut sebab tak berapa minat... Nak dijadikan cerita, saya sendiri pelik dengan mak saya & adik – adik saya yang mesti dah “ready” terpacak depan TV setiap kali sebelum tersebut ditayangkan... Jadi, saya sendiri pun “join” tengok cerita tersebut... Tidak silap saya, drama tersebut dah masuk episod 19... Bila saya tengok, barulah saya faham kenapa keluarga saya & seluruh rakyat Malaysia teruja menantikan setiap kali drama tersebut diudarakan di kaca TV... Plot cerita tersebut digarap dengan cukup indah & sempurna serta dibantu dengan lakonan yang cukup berkesan oleh watak utama drama tersebut iaitu Remy Ishak sebagai Adam, Tiz Zaqyah ( Nur Amina ) & Fizz Fairuz ( Aidil ) serta watak pembantu yang lain... Drama tersebut seolah – olah mengheret & membuatkan penonton ternanti – nanti bagaimana perjalanan cerita itu bergerak sehingga kepenghujungnya... Selepas saya menonton episod tersebut, saya pun turut terheret menyaksikan “Nur Kasih” sehingga ke penghujungnya... Akhirnya, saya sendiri yang menyesal sebab tak tengok drama tersebut dari episod awal... Hehehe... Apabila TV3 menyiarkan semula drama tersebut, saya tak lepaskan peluang menonton dari awal... Memang “best”... Hehehe...

Filem ini masih mengekalkan Remy Ishak, Tiz Zaqyah & Fizz Fairuz sebagai tunjang utama dalam memanifestasikan jalan cerita untuk filem ini... Watak pembantu bagi menguatkan jalan cerita filem tersebut dijayakan oleh Syafie Naswip, Liza Othman, Ayu Raudhah, Munif Isa, Sara Ali serta pelakon cilik adik Mia Sara Nasuha & adik Ilyas Suhaimi yang memegang watak sebagai anak kepada Aidil & Aliya ( lakonan Ayu Raudhah )... Pengarah & penulis skrip juga masih kekal, iaitu gandingan suami isteri, Kabir Bhatia & Mira Mustaffa yang pernah mencipta fenomena menerusi filem “Cinta” sedikit masa lalu... “Nur Kasih The Movie” telah mula ditayangkan pada 19 Mei yang lalu di 70 pawagam seluruh negara... Ketika ini, ada khabar yang mengatakan kutipan hari pertama filem tersebut telah memecahkan rekod kutipan RM 1 juta pada hari pertama filem ditayangkan di pawagam yang dilakukan filem “Kongsi” yang menampilkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) 2010, Shaheizy Sam sebagai teraju utama filem tersebut... Ketika ini, kedua  - dua filem tersebut sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara...

Sinopsis filem ini lebih menjurus kepada kesinambungan perjalanan kehidupan Adam, Nur Amina & Aidil selepas beberapa tahun... Aidil berdepan cabaran membesarkan anak – anaknya, Ilyas & Maryam sebagai ayah tunggal selepas isterinya, Alyah meninggal dunia... Manakala Adam & Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dengan menghabiskan masa mereka menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak – kanak bermasalah.. Tujuan mereka kerana untuk menghilangkan rasa rindu terhadap anak – anak, di mana mereka belum dikurniakan zuriat sejak mereka mendirikan rumah tangga... Apabila Nur Amina disahkan mengandung, kehidupan mereka berdua semakin bahagia... Namun, kebahagiaan yang diharapkan tidak berpanjangan apabila Nur Amina mengalami keguguran... Kejadian itu membuatkan Adam mula meninggalkan ajaran Allah s.w.t... Mujur Aidil berjaya membawa adiknya kembali ke pangkal jalan... Adam dan Nur Amina bercadang menjadi tetamu Allah s.w.t, iaitu melawat Mekah dan menyusul ke Jordan pula... Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri. Adam sering terbayang Nur Amina akan mati. Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi. Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku..

Tiz Zaqyah bersama adik Mia Sara Nasuha...

Hah... Itu sedikit sebanyak sinopsis pasal “Nur Kasih The Movie”... Sebenarnya, saya “jealous” jugak tengok rakan – rakan blogger lain yang dah tengok filem tersebut.... Saya sendiri teringin nak tengok, tapi bajet tak ada lagi... Hehehe... InsyaALLAH... Kalau ada rezeki, mungkin saya dapat tengok sendiri di pawagam... Amin... Hehehe... Bagi semua peminat drama bersiri “Nur Kasih”, jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengetahui kesudahan perjalanan cinta epik ini... Bagi yang tidak menonton drama tersebut, masih belum terlambat untuk mengetahui jalan cerita tersebut... Tapi kalau nak lebih faham cerita tersebut dari awal, dapatkan DVD yang tulen... Jangan beli yang cetak rompak!!!... Hehehe...

Baiklah... Sampai disini sahaja pertemuan kita di entry kali ini... InsyaALLAH... Entry saya seterusnya akan mengupas topik yang menarik, berkaitan “trend” remaja masa kini, iaitu “fixie”... Nak tahu lebih lanjut berkaitan “fixie”??? Nantikan entry yang seterusnya ok??? Saya tinggalkan anda semua dengan lagu tema filem “Nur Kasih The Movie”, iaitu ‘Nur Kasih’ dendangan Tiz Zaqyah sendiri bersama Yassin... Semoga kita bertemu lagi di entry seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)





Saturday, May 21, 2011

“Result” oh “Result”...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia saya ucapkan pada semua... Harap anda semua sentiasa ceria & gembira dalam menempuhi cabaran kehidupan seharian... Sebelum saya bercerita panjang lebar untuk entry kali ini, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua para sahabat yang telah menjadi “followers” dalam blog saya yang boleh dikatakan agak “simple” jugak... Hehehe... Alhamdulillah... Semakin banyak yang mengikuti perkembangan & jalan cerita yang menarik melalui blog ini... Saya harap “followers” untuk blog ini semakin bertambah & memberi semangat untuk saya menulis entry yang menarik untuk tatapan semua... Cewah... Ayat dah macam menang Pengarah Filem Terbaik pulak rasanya... Hahaha... OK... Untuk entry kali ini, topik tentang “result” kali ini merupakan sumbangan idea daripada Valarie, sahabat saya dari UiTM Sarawak... Beliau merupakan pelajar dari jurusan Diploma Perakaunan atau dalam Bahasa Inggeris, bunyinya lebih sedap lagi, iaitu “Diploma in Accountancy ( DIA )”... Hehehe... Terima kasih saya ucapkan atas topik yang menarik untuk saya kupas & ceritakan untuk kali ini...

Saya pasti anda semua tahu & kenal dengan perkataan “result” kan??? Perkataan tersebut memberi banyak signifikan yang tersendiri & membawa kepada banyak pengertian buat semua... Kita selalu menanti “result” selepas perlawanan seperti sukan bola sepak khususnya Liga Perdana Inggeris ( EPL ) & menanti “result” selepas peperiksaan sama ada peperiksaan kecil di peringkat atau peperiksaan umum yang melibatkan seluruh negara... Saya sendiri pernah merasai debaran yang sangat hebat semasa menanti “result” bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) semasa darjah 6, Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) masa saya tingkatan 3, dan peperiksaan yang sangat penting, iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia ( SPM ) pada tingkatan 5... Saya pasti anda semua juga pernah melalui debaran yang sangat kuat ketika menanti & mengambil “result” bagi ketiga – tiga peperiksaan itu... Sebaik sahaja kita mengetahui penilaian yang diberikan pada slip “result” tersebut, pelbagai reaksi yang dapat kita lihat... Ada yang gembira sehingga menitiskan air mata, ada yang berpuas hati & ada juga yang menangis kekecewaan kerana tidak dapat mencapai “result” yang baik... Semua itu sudah menjadi lumrah & kelaziman setiap kali mengambil “result”... Kepada yang berjaya, sekalung tahniah diucapkan... Untuk yang kurang berjaya, jangan sesekali berputus asa... Teruskan berusaha kerana pasti kejayaan yang lain menanti anda di luar sana...

Gambar masa ambil result SPM, tahun lalu... Berapa A agaknya  yer??? Hehehe...

Untuk pengetahuan anda semua, pada waktu saya menulis entry kali ini, saya sedang berdebar menantikan “result” bagi peperiksaan akhir semester yang lalu bersama semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia bagi peringkat Diploma... Anda sendiri bayangkan betapa berdebarnya perasaan kami semua menanti “result” pada setiap semester yang boleh dikira perjuangan ‘hidup atau mati’ dalam meneruskan perjalanan menggapai destini kami untuk mengenggam segulung diploma... Jika kami gagal mencapai “pointer” yang ditetapkan, kami perlu mengucapkan selamat tinggal bukan sahaja kepada UiTM buat selama – lamanya, bahkan secara automatiknya kami perlu ucapkan “sayonara” kepada cita – cita & impian yang ingin digapai selama ini... Sudah pasti bukan perkara yang mudah untuk bermula dari bawah semula, namun itulah perkara yang perlu dilakukan sekiranya ‘tragedi’ tersebut menimpa kepada diri kita...

Sejujurnya, bukan perkara yang mudah dalam menggapai “result” yang cemerlang... Bagi penuntut institut pengajian tinggi seperti saya & para sahabat saya yang lain, banyak pengorbanan serta usaha yang tidak mengenal erti jemu dicurahkan sepenuhnya dalam mencapai hasrat tersebut... Kami harus sedar bahawa pada ketika ini, kami bukan lagi pelajar sekolah yang perlu disuruh ibarat ‘pahat dengan penukul’, iaitu baru disuruh, baru terhegeh – hegeh nak buat atau siapkan kerja yang diberikan... Pada peringkat ini, kami harus mengerakkan diri kami sendiri dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan... Yang pasti, kita dapat lihat sendiri di penghujungnya, orang yang berjaya merupakan insan yang berusaha bersungguh – sungguh dalam meneruskan “survival” mereka dalam menuju impian untuk direalisasikan... Mungkin kurang usaha menjadi faktor mengapa sesetengah daripada mereka kurang berjaya... Namun, musuh utama yang perlu kita semua atasi adalah sifat yang sering bermaharaja lela dalam diri kita, iaitu sikap ‘MALAS’!!!... Sifat seperti ini yang sering sahaja menghancurkan serta meranapkan impian sesiapa sahaja yang tidak mempunyai sifat rajin berusaha... Buat semua serta ingatan untuk diri saya sendiri juga, jangan biarkan sesekali “virus” kejam ini menguasai diri anda...

Natijahnya, walau apa pun status anda sama ada pelajar di peringkat sekolah mahupun di institut pengajian tinggi, setiap dari kita semua mempunyai matlamat tersendiri... Yang menjadi titik perbezaan ialah bagaimana kita mengatur langkah dalam menggapai visi yang ingin dicapai... Buat semua adik – adik yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR & SPM tahun ini, belajar bersungguh – sungguh daripada sekarang... Perjalanan adik – adik semua masih lagi panjang & banyak ranjau yang penuh berduri untuk ditempuhi dalam mencapai kejayaan... Bina impian & cita – cita bermula dari saat ini agar adik – adik tidak sesekali menyimpang dari landasan yang adik tuju... Paling penting, lakukan ini untuk membanggakan ibu bapa adik – adik serta semua yang lain... Tanpa pengorbanan & doa mereka, tidak mungkin kita berada di tahap sekarang... Merekalah insan yang bertanggungjawab mendidik, membesarkan & membiayai kos pendidikan kita sehingga ke menara gading... Jangan sesekali menghampakan mereka dengan tingkah laku yang mungkin membuatkan mereka berkecil hati... Buat mereka bangga dengan kejayaan yang membuatkan mereka bangga mempunyai anak seperti kita... Itulah harapan setiap ibu bapa terhadap diri kita & jadikan harapan mereka sebagai pembakar semangat untuk menjadikannya realiti...

Kejayaan meraih "result" yang cemerlang saat yang paling mengembirakan...

Ibu bapa merupakan insan yang paling gembira dengan kejayaan kita...

Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja coretan saya pada entry kali ini... Saya harap anda semua mendapat banyak manfaat serta iktibar daripada entry kali ini... Buat semua pelajar UiTM yang menantikan “result” ketika ini, saya mendoakan agar anda semua mendapat result yang terbaik buat semester kali ini & sentiasa berusaha bersungguh – sungguh... Saya juga harap anda semua mendoakan saya juga agar dapat “result’ yang terbaik kali ini... Semoga permintaan ini dimakbulkan oleh Yang Maha Esa... InsyaALLAH... Amin... Semoga kita ketemu lagi di entry seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)

Friday, May 20, 2011

Hadirmu “Bagaikan Bidadari”...

Assalamualaiukum & salam 1 Malaysia saya ucapkan untuk semua... Harap anda semua sihat sentiasa di samping keluarga tercinta mahupun yang teristimewa... Terlanjur saya menulis “yang teristimewa” tadi, memang ada kena – mengena dengan entry kali ini... Yang sebenarnya, “Bagaikan Bidadari” adalah salah satu lagu yang menjadi kegemaran saya... Lagu tersebut didendangkan oleh pemenang program realiti “One In A Million” bagi musim ke – 3, iaitu Tomok... Sebab saya suka lagu tersebut ialah bait liriknya yang cukup indah & cukup menyentuh perasaan di samping penyampaian lagu yang cukup berkesan oleh Tomok sendiri... Ramai yang tidak tahu sebenarnya, iaitu masa peperiksaan SPM dahulu, saya mengambil satu subjek tambahan... Subjek yang dimaksudkan ialah “Kesusasteraan Melayu”... Jadi, tidak hairanlah kalau saya memang digelar oleh kawan – kawan saya dengan gelaran “Mat Jiwang” disebabkan saya suka tulis ayat yang “berbunga – bunga” & layan lagu – lagu “jiwang” seperti lagu tersebut... Memang saya sangat meminati subjek tersebut kerana Bahasa Melayu mempunyai frasa & pelbagai elemen bahasa yang cukup unik untuk dipelajari... Alhamdulillah, saya dapat skor A- untuk subjek tersebut semasa SPM... Hehehe... Baiklah... Itu sedikit sebanyak cerita nostalgia dulu – dulu semasa zaman sekolah dahulu... Hehehe... Kali ini saya akan bercerita tentang “Bidadari” yang menyinari hidup anda semua...

Saya pasti setiap dari kita semua pernah melalui saat yang manis ketika dilamun cinta... Betul tak??? Tentu betul punya... Hehehe... Saya sendiri pernah melalui momen tersebut, tapi sayangnya hubungan kami tidak berpanjangan kerana tiada lagi persefahaman di antara kami berdua... Jujur saya katakan, pada peringkat awal perpisahan kami, saya sendiri sangat sedih & sering bertanya kepada diri saya sendiri di mana salah & silap saya terhadap dirinya... Tapi lama – kelamaan, saya sedar saya tak boleh terus hanyut dengan perasaan saya sendiri... Banyak lagi perkara yang lebih penting yang perlu dicapai dalam hidup kita seperti kerjaya & mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh... Saya sentiasa percaya sampai masanya, saya akan bertemu juga dengan “Bidadari” yang menjadi peneman kepada hidup saya...

Setiap lelaki mempunyai ciri wanita idaman yang tersendiri... Namun, paling penting ialah wanita tersebut mampu memahami diri kita & menerima diri kita seadanya walau apa sekali pun kekurangan pada diri kita sebagai lelaki... Memang sukar sebenarnya untuk mencari wanita yang berperwatakan seperti itu kerana ia boleh diibaratkan sebagai sebutir “permata” yang sukar untuk ditemui di dalam timbunan pasir yang sangat dalam... Saya sendiri tidak mahu menjadi lelaki yang terlalu “demand” dalam memilih wanita idaman saya kerana saya sendiri bukanlah insan yang sempurna & tidak mempunyai hak untuk menentukan wanita mana yang menjadi pilihan hati saya... Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah s.w.t...

Berbicara tentang rupa paras, saya pasti kebanyakan lelaki dambakan wanita rupawan nan jelita bak “Puteri Kayangan”... Pasti ramai lelaki yang termimpi – mimpi gadis jelita yang menjadi idaman mereka seperti Lisa Surihani, Tiz Zaqyah, Sharifah Amani & ramai lagi... Begitu juga dengan wanita yang mengimpikan lelaki sekacak para pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil, Aaron Aziz, Jehan Miskin & ramai lagi... Tidak dilupakan juga, golongan gadis terutamanya membayangkan lelaki se “jambu” & secomel jejaka dari Korea yang menjadi kegilaan masa kini... Bila direnungkan kembali, sebenarnya setiap dari kita semua mempunyai ciri – ciri pasangan hidup yang tersendiri... Namun, kita harus sedar bahawa kecantikan mahupun kelebihan rupa paras hanya bersifat “abstrak”, atau dalam erti kata yang lain iaitu bersifat sementara... Sekiranya kita tidak mensyukuri dengan pemberian yang diberikan olehNya, bila – bila masa sahaja kelebihan tersebut ditarik balik dengan apa jua cara sekalipun... Yang paling “afdal” sebenarnya ialah kesederhanaan dari pelbagai aspek seperti pemakaian, percakapan mahupun pergaulan adalah perkara yang sangat dituntut di dalam Islam & juga agama yang lain... Sifat tersebut akan kekal di dalam diri sekiranya kita sentiasa menjaga setiap aspek yang disebutkan tadi... Percayalah, walau secantik atau setampan mana seorang itu, tapi tidak mempunyai nilai murni & keperibadiaan yang baik, orang itu tidak akan dipandang mahupun dihormati oleh orang lain, mahupun segenap masyarakat... Sebaik – baiknya, bersederhanalah dalam kehidupan seharian kerana pasti orang lain akan menyenangi diri kita dengan sifat sedemikian...

Saya akui, setiap orang tidak kira remaja mahupun dewasa ingin merasai betapa manisnya “Cinta” dan bahagianya “dicintai” oleh “Yang teristimewa”... Namun, jangan sesekali biarkan perasaan tersebut menguasai diri kita sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lebih penting untuk dilaksanakan... Seperti yang saya katakan di awal tadi, bila sampai waktunya nanti, kita akan dipertemukan juga dengan “Bidadari” mahupun “Arjuna” yang menceriakan & membahagiakan hidup kita kelak... Jangan sesekali memaksa “Cinta” itu datang pada diri kita... Pasti, buruk padahnya bukan kepada diri kita seorang sahaja, tetapi akan melibatkan orang lain juga kerana semua ini berbalik kepada soal hati & perasaan... Kedua – duanya harus bersatu & saling melengkapi antara satu sama lain... InsyaALLAH... Hubungan kita akan diredhai oleh Allah s.w.t sekiranya ikatan yang terjalin di bina atas landasan berpaksikan kejujuran, keikhlasan & keteguhan iman di dalam diri masing – masing...

Keikhlasan, kejujuran & keteguhan iman tunjang  kekuatan ikatan  yg dibina...
Pasti kita mendambakan pasangan yang mampu membahagiakan diri kita buat selamanya....
Konklusinya, setiap insan telah diciptakan dengan pasangan hidup masing – masing... Kita sebagai umatNya harus berusaha untuk mencari “Cinta” yang diimpikan... Sesungguhnya, “Cinta’ yang paling agung ialah “Cinta kepada Maha Pencipta”... Kasih & sayangnya terhadap diri kita tiada tandingannya... CintaiNya lah dahulu kerana nescaya, “Cinta” sesama insan akan hadir untuk diri kita jua...

Baiklah... Panjang lebar coretan saya pada entry kali ini... Hehehe... Apa yang saya harapkan, anda semua dapat memahami apa yang saya sampaikan pada entry kali ini... Saya ingin memohon ampun & maaf sekiranya saya ada menguris hati mahupun perasaan anda pada entry kali ini... Ini cuma pengamatan saya sendiri sebagai seorang pemerhati & insan yang mencari kebahagiaan di dalam kehidupan di dunia & akhirat  kelak... Entry kali ini bukan hanya ingatan untuk semua, tetapi ingatan untuk diri saya sendiri juga... InsyaALLAH... Kita sama – sama mencari keredhaan di sisiNya... Saya tinggalkan anda semua dengan muzik video ( MV ) dari Tomok, iaitu “Bagaikan Bidadari”... Hayati bait – bait lirik indah yang disampaikan pada lagu ini... Semoga kita ketemu lagi di entry seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)


Wednesday, May 18, 2011

Warna – warni Sambutan Hari Guru SMK SUNGAI KAPAR INDAH 2011...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia sekali lagi saya ucapkan... Hah... Inilah yang saya maksudkan dengan sambungan sebentar tadi... Hehehe... Sebabnya untuk entry kali ini, saya pasti ceritanya sangat panjang... Kepada yang kurang gemar dengan entry yang panjang lebar, saya minta maaf banyak – banyak... Tapi kali ini memang banyak cerita yang menarik yang saya ingin sampaikan buat kali ini... Hehehe... OK... Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kemeriahan sepanjang Sambutan Hari Guru SMK Sungai Kapar Indah ( SMKSKI ) bagi tahun ini, pada 16 Mei ( Isnin ) yang lalu...

Ini merupakan kali pertama saya menyambut Hari Guru sebagai bekas pelajar sekolah... Tahun lepas tak dikira sebab saya masuk tingkatan 6 bawah buat sementara... Jadi, saya masih pelajar sekolah pada waktu itu... Hehehe... Memang perasaan untuk menyambut Hari Guru pada tahun ini lebih berkobar – kobar berbanding sebelumnya... Mungkin disebabkan ingin datang kembali ke sekolah & menyambut acara ini sebagai bekas pelajar SMKSKI buat julung kalinya... Hehehe... Saya tidak pergi keseorangan untuk menyambut acara yang diadakan untuk meraikan serta menghargai jasa guru yang memberi tunjuk ajar buat kita semua selama ini... Saya pergi bersama “senior” tingkatan 6 bagi sesi 2008/2009, iaitu Kak Zafirah & Kak Ruhaizah... Masing – masing sekarang ini melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Shah Alam & Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI ) di Tanjung Malim, Perak bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda... Kami bertiga masing – masing merancang untuk pergi ke sambutan tersebut sebab kami rindu untuk menyambut Hari Guru seperti zaman muda dulu – dulu... Cewahh... Hehehe... Kami tiba di sekolah sekitar 8.45 pagi... Kemudian, kami bertiga berjumpa dengan “ayahanda” kami, iaitu Cikgu Wazir... Selepas itu, kami disapa dengan cikgu – cikgu yang lain iaitu Cikgu Amir & Cikgu Zuhairi... Kenangan zaman persekolahan dahulu dengan serta – merta menyelubungi pemikiran saya pada waktu itu... Memang “best” pada waktu itu... Hehehe...

Tidak lama kemudian, barisan pelajar tingkatan 6 bagi sesi 2009/2010 turut hadir untuk memeriahkan sambutan tersebut... Antaranya ialah bekas Ketua Pelajar SMKSKI bagi sesi tersebut, Abg. Fazil dan barisan bekas pelajar yang lain seperti Abg. Syukri, Abg. Amy, Kak Mar, Kak Mai, Kak Noorma, Kak Aziatul & ramai lagi... Kami semua masing – masing bertanya khabar tentang perkembangan masing – masing... banyak yang kami bualkan... Rata – rata mereka sedang mempersiapkan diri untuk melangkah ke universiti bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti Kak Zafirah & Kak Ruhaizah pada bulan September ini... Paling menarik untuk diceritakan ialah ramai pelajar SMKSKI masih mengenali kami & tanya khabar tentang apa yang kami lakukan sekarang... Rasa macam artis popular sekejap sebab ramai yang mengambil gambar kami semua pada wak tu itu untuk dijadikan contoh... Saya juga turut tidak ketinggalan... Hehehe... Memang betul apa yang diperkatakan selama ini, ramai yang akan mengingati kita walaupun beribu batu melangkah ke hadapan sekiranya kita menyumbangkan sesuatu yang bermakna & diingati oleh semua... Saya sendiri berasa dihargai kerana masih diingati oleh para pelajar & warga pendidik SMKSKI sendiri walaupun saya bukan lagi bergelar pelajar sekolah...

Bersama Cikgu Zuhairi ( dua dari kiri ) & Kak Ruhaizah serta Kak Zafirah...

Kak Mai ( tiga dari kanan )...

Bersama dengan Cikgu Siti Hasma ( tengah. bercermin mata )
Barisan bekas pelajar ( Alumni ) SMK Sungai Kapar Indah, Klang...

Antara acara yang menarik sepanjang sambutan tersebut ialah acara sukaneka di antara para guru... Acara tersebut dikelolakan oleh Majlis Tingkatan 6 ( MT6 ) SMKSKI... Banyak aktiviti yang menarik sepanjang acara tersebut... Banyak telatah serta ragam menarik para guru sendiri dalam melaksanakan setiap tugasan yang perlu dilaksanakan bagi acara tersebut... Para pelajar turut terhibur menyaksikan telatah guru kesayangan mereka sehingga tidak kering gusi... Hehehe... Acara sukaneka juga secara tidak langsung, dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta kerjasama sesama guru dalam melaksanakan tugas sebagai warga pendidik...




Gelagat para guru pada acara sukaneka...

Sementara acara sukaneka rancak dijalankan, saya bersama Kak Zafirah & Kak Ruhaizah membantu Cikgu Wazir melakukan persiapan terakhir untuk pelajar 3 KRK & 5 KRK bagi persembahan “Tribute” rangkaian lagu malar segar pasangan duet yang cukup popular pada era 70-an, iaitu Uji Rashid & Hail Amir... Saya sendiri terhibur & teruja menyaksikan persembahan mereka pada sesi raptai penuh pada hari Sabtu ( 14 Mei ) yang lalu... Saya membantu mereka dalam memperhiaskan kostum mereka untuk persembahan tersebut... Dalam pada waktu yang sama, pertemuan saya bersama mereka mempunyai signifikan yang tersendiri... Bagi para pelajar 5 KRK, mereka mengetahui & mengenali saya sebagai “abang” mereka kerana saya merupakan di antara kalangan perintis “batch” pertama KRK di SMKSKI... Tetapi para pelajar 3 KRK, mereka mungkin tidak mengenali saya kerana ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan mereka... Tapi yang paling penting bagi saya ialah saya dapat mengenali sendiri “adik – adik” saya... Mereka sangat “sporting’ dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi sesama mereka semua... Saya sendiri dapat meramalkan bahawa mereka mungkin akan menjadi “batch” terbaik bagi sepanjang peperiksaan penting seperti PMR pada tahun ini & SPM, 2 tahun berikutnya... Tiada yang mustahil sekiranya momentum & kesungguhan seperti ini dapat dikekalkan sampai bila – bila... Pada acara persembahan, mereka merupakan pembuka acara bagi slot persembahan pada Sambutan Hari Guru SMKSKI bagi tahun 2011...





Persiapan akhir sebelum persembahan para pelajar 3 KRK & 5 KRK...

Selepas selesai acara sukaneka melibatkan para guru, sambutan diteruskan dengan persembahan menarik yang dijayakan oleh para pelajar SMKSKI sendiri... Banyak persembahan yang menarik yang disajikan khas untuk tatapan para pelajar serta semua warga SMKSKi secara am nya... Selain persembahan koir dari pelajar KRK, persembahan yang menarik perhatian ialah persembahan kugiran “The Kunyit Boys”, persembahan pentomen dari filem Hindi “Bobby”, persembahan dari pelajar Pendidikan Khas, persembahan pentomen Pelajar Pra-U SMKSKI & banyak lagi yang menarik... Paling penting, komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar yang menjayakan persembahan tersebut sangat tinggi & wajar diberikan pujian kerana mereka semua menjayakan persembahan masing – masing dalam masa 1 minggu sahaja & pada waktu yang sama, perlu mengharungi Peperiksaan Pertengahan Tahun sebelum sambutan tersebut... Semangat yang ditunjukkan membuatkan saya sebagai penonton terhibur & gembira menyaksikan setiap persembahan mereka... Berikut merupakan gambar – gambar menarik sepanjang persembahan tersebut...








Antara persembahan menarik sepanjang Sambutan Hari Guru SMKSKI '11...

Hos bagi acara persembahan Sambutan Hari Guru SMKSKI '11, Ain, Hafiz & Faeza  ( tiada dalam gambar )

Saya juga di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru – guru yang pernah mendidik saya dari tadika sehingga saya tamat sekolah menengah... Saya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa tanpa usaha yang tidak mengenal jemu para guru dalam mendidik saya & anak bangsa yang lain, tidak mungkin saya berada di tahap saya sekarang... Insan yang bergelar “Guru” merupakan tonggak yang memainkan peranan dalam melahirkan insan yang berjaya & berguna untuk semua... Pasti setiap guru ingin melihat anak didik mereka berjaya di persada dunia dalam apa jua bidang yang diceburi... Sekali lagi, saya ingin ucapkan TERIMA KASIH, TERIMA KASIH & TERIMA KASIH buat semua insan yang bergelar “Guru”... Sememangnya “Guru Penjana Transformasi Negara”...

Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan buat kali ini... Harap anda semua seronok & suka dengan entry saya kali ini... Minta maaf sekali lagi sekiranya entry saya kali ini terlalu panjang untuk dibaca... Hehehe... Semoga kita ketemu lagi pada entry yang seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)

Corat – coret cuti semester ku... ( Bahagian 2 )

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia saya ucapkan buat semua... Saya harap anda semua sihat sentiasa bersama keluarga tercinta mahupun yang teristimewa dalam hidup anda.... Hehehe... Diam tak diam, genap 3 minggu sudah saya berada di tanah kelahiran saya... Ini bermakna, tinggal seminggu sahaja lagi saya bakal mengetahui keputusan peperiksaan akhir semester yang lalu... Jujur saya katakan, hati saya sangat berdebar & saya sangat berharap keputusan kali ini lebih baik dari keputusan pada semester pertama saya yang dahulu... Moga hajat ini dimakbulkan oleh Yang Maha Esa... InsyaALLAH... Amin... OK... Untuk entry kali ini, saya akan ceritakan aktiviti yang saya lakukan sepanjang minggu lalu...

1.       Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Tingkatan 6 SMKSKI...

Pada hari Rabu ( 11 Mei ) yang lalu, saya melibatkan diri dalam perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan Tingkatan 6 Atas menentang pasukan Tingkatan 6 Bawah... Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama para pelajar tingkatan 6 secara am nya... Saya sebenarnya walaupun bukan lagi pelajar tingkatan 6, tapi saya dipanggil untuk menganggotai pasukan tingkatan 6 atas... Iye lah, pelajar tingkatan 6 atas hanya tinggal tidak salah saya, hanya 8 orang sekarang ini... Memang tak cukup untuk satu pasukan yang lengkap... Tapi bukan saya seorang sahaja yang terlibat, tapi sahabat lain yang pernah masuk tingkatan 6 bersama – sama sebelum melanjutkan pelajaran ke tempat yang lain turut diundang untuk menganggotai pasukan tersebut...

Pada asalnya, pasukan Tingkatan 6 bawah dibahagikan kepada 2 pasukan, iaitu pasukan A & pasukan B disebabkan bilangan pelajar lelaki yang agak ramai pada kali ini... Hehehe... Saya bertindak sebagai pemain tengah, di posisi sayap kanan... Nak ikutkan, memang tak sangka sebenarnya dapat main di posisi tersebut sebab peranannya sangat besar... Tapi pada masa yang sama, ini boleh dijadikan peluang untuk saya menjaringkan gol... Hehehe... Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan kami banyak mengasak ke gol lawan... Hasilnya, kami dapat menjaringkan gol pertama melalui rembatan Murali Dharan... Kedudukan tersebut kekal sehingga penghujung babak pertama...

Bersambung pada babak kedua, kedua – dua pasukan melancarkan serangan ke kubu lawan... Saya juga mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol, tetapi tak mnuju ke sasaran... Huhuhu... Memang saya buat sehabis baik pada perlawanan tersebut, tapi pada satu ketika, rasa ‘pancit’ tu datang jugak... Maklumlah, saya punya keupayaan fizikal boleh tahan kat padang kecil macam padang futsal... Tapi bila main kat padang besar, barulah nampak sejauh mana kekuatan fizikal saya pada waktu itu... Memang kena rajin berlatih lagi selepas ini... Huhuhu... Akhirnya, gol kedua pasukan kami berjaya dihasilkan melalui pemain gantian, iaitu Ketua Pelajar SMKSKI, iaitu saudara Fathi... Hehehe... Tak lama selepas itu, pasukan tingkatan 6 bawah memperoleh gol sagu hati yang menyaksikan keputusan muktamad di akhir perlawanan tersebut ialah pasukan Tingkatan 6 Atas memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 2 – 1... Walaupun saya tak dapat menjaringkan gol, tetapi saya tetap berpuas hati dengan permainan saya pada perlawanan tersebut... Hehehe... Tetapi bukan kemenangan yang menjadi initipati utama... Semangat kerjasama & berpasukan adalah perkara paling penting dalam apa jua pekerjaan yang melibatkan anggota yang ramai kerana dengan semangat itulah, segala kerja yang ingin dilaksanakan dapat dilunaskan tanpa sebarang masalah...

Baiklah... Nampaknya sampai di sini coretan saya buat kali ini... Tapi tunggu dulu... Ada sambungan lagi untuk bahagian ini... Kenapa??? Tunggu.... Hehehe...

Tuesday, May 10, 2011

Corat – coret cuti semester ku... ( Bahagian 1 )

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia saya ucapkan buat semua... Kita bertemu lagi dalam entry saya yang terbaru kali ini... Saya harap anda semua sihat sentiasa bersama keluarga tercinta mahupun yang teristimewa dalam hidup anda.... Hehehe... Ketika saya menulis entry ini, genap seminggu saya berada di rumah saya merangkap kampung halaman saya di Klang, Selangor... Hehehe... Banyak aktiviti saya lakukan sepanjang seminggu saya berada di sini... Untuk entry kali ini, saya akan ceritakan kepada semua aktiviti saya sepanjang minggu lepas...

1.       Pertandingan Boling Suka – Suka... Hehehe...

Cerita menarik yang saya ingin kongsikan bersama ialah saya bermain boling di Klang Parade bersama cikgu saya yang lebih mesra dipanggil ayahanda di kalangan kami semua, iaitu Cikgu Wazir diikuti ahli – ahli yang lain iaitu Abg Farydzul ( Montel ), Abg Aril ( Gebu ), Abg Karim, Syafiq ( Lengkong ), Man & seorang lagi yang saya lupa namanya... Minta maaf sangat – sangat sebab saya lupa nama abang tu... Hehehe... Yang menariknya, ketika itu kami main boling pada hari Isnin ( 2 Mei )... Saya pula baru sampai dari Sarawak pada malam sebelumnya... Memang saya ada bagi tau kepada mereka yang saya nak ikut serta untuk main boling pada waktu itu, tapi masih ikut kemampuan kudrat sama ada saya boleh ikut atau tidak... Maklum sajalah, perjalanan jauh naik kapal terbang memang agak memenatkan walaupun hanya duduk sahaja dalam kapal terbang tu... Hehehe... Tiba – tiba, Abg Farydzul telefon saya dalam lingkungan 9 pagi macam tu untuk tanya sama ada saya boleh ikut sekali atau tidak... Saya apa lagi, memang ok jer walaupun baru sampai dari Sarawak... Bukan apa, dah lama saya tak main boling... Ini dikira sebagai sukan jugak ni... Hehehe...

Semasa Game pertama, corak permainan saya sangat – sangat teruk... Saya hanya dapat kutip 47 jatuhan pin & saya berada di tempat tercorot pada Game itu... Huhuhu... Tapi pada Game kedua, saya berjaya perbaiki permainan saya dengan berjaya kutip 3 kali “Strike” pada Game itu... Di penghujungnya, saya berjaya kutip 99 jatuhan pin, hanya satu sahaja lagi nak cecah 100... Tapi tak mengapa, jumlah tersebut boleh dikira cukup baik bagi orang yang dah lama tak main boling macam saya... Hehehe... Pemenang bagi acara boling tersebut, tidak lain & tidak bukan, ayahanda Wazir sendiri... Hehehe... sambil itu, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang memeriahkan acara boling tersebut... Memang seronok & meriah... Hehehe...

2.       Kembali ke Sekolah!!!

Pada hari Rabu ( 4 Mei ) lepas, saya kembali ke sekolah dengan macam – macam tujuan... Sebenarnya, memang saya teringin sangat nak datang balik ke sekolah... Tapi saya tak ada tujuan yang pasti untuk pergi ke sana... Bila adik saya tertinggal barang di rumah, ibarat “pucuk dicita, ulam mendatang”, memang peluang keemasan saya pergi ke sana... Hehehe... Belum sempat saya sampai ke pintu kelas adik saya, kawan – kawannya mula memanggil nama saya... Kebanyakkan kawan – kawannya mengenali saya... Memang bukan sesuatu yang memeranjatkan pada waktu itu... Hehehe... Yang mungkin memeranjatkan mereka ialah saiz saya yang semakin kurus berbanding dahulu... Hehehe... Pada waktu itu juga, saya bertemu semula dengan salah seorang cikgu yang mengajar saya, iaitu Cikgu Mazlan... Kalau tidak salah saya, beliau merupakan Penyelaras Bidang Sains & Matematik di sekolah tersebut... Kenangan zaman sekolah dulu terus menyelubungi diri saya pada waktu itu... Hehehe...


Alang – alang saya dah berada di sekolah, lebih baik saya ambil terus sijil rasmi SPM saya di pejabat kan??? Itu lah yang saya lakukan seterusnya pada waktu itu... Hehehe... Tapi pada waktu itu, saya pergi pada waktu yang salah, iaitu pada waktu kerani rehat pada jam 10.00 pagi... Kena tunggu lah... Lepas itu, saya tunggu di kantin sekolah... Saya dapat lihat sendiri ada perubahan dari segi dekorasi.. Dari segi saiz, masih sama macam dulu jugak... Hehehe... Tiba pada waktu rehat bagi pelajar tingkatan 4, 5 & 6 Atas, saya berjumpa semula dengan ramai kenalan... Saya berjumpa dengan Cikgu Din, Cikgu Hanafi & ramai lagi... Paling menarik, saya dapat bertemu semula dengan sahabat – sahabat saya dari tingkatan 6 Atas... Saya mengenali mereka ketika saya berada di Tingkatan 6 Bawah buat seketika sebelum saya melanjutkan pelajaran saya di UiTM Sarawak... Rasa seperti “reunion” pula pada waktu itu... Hehehe... Saya sendiri betul – betul terharu kerana mereka masih mengingati saya walaupun saya sekejap sahaja di tingkatan 6... Kami borak bersama – sama sehingga penghujung waktu rehat...

Selepas itu, saya terus ke pejabat bagi menyelesaikan urusan Sijil SPM saya... Di pejabat pula, saya berjumpa dengan cikgu Sains Sukan saya, iaitu Cikgu Mahendran... Banyak cerita yang kami kongsi bersama terutama sekali pengalaman saya di sana & silibus pengajian bagi jurusan Diploma Pengajian Sukan... Selepas selesai kami berdiskusi bersama, saya terus pergi ke “kelas lama” saya, iaitu kelas tingkatan 6 Atas 2... Saya pergi ke situ sebab sahabat saya, Fathi & Izhar memberitahu saya tiada guru pada 3 masa terakhir pada hari itu... Memang peluang keemasan bagi saya untuk bertemu mereka semua... Hehehe... Saya sendiri berbual & borak bersama – sama sahabat lama saya... Rata – rata mereka sedang sibuk menyiapkan kerja khusus bagi subjek Pendidikan Seni yang perlu disiapkan sebelum bulan Julai... Memang agak lama tempoh yang diberikan, tetapi kerja khusus tersebut bukan mudah untuk disiapkan kerana saya sendiri mengetahui pengalaman yang sama yang pernah dilalui pelajar tingkatan 6 Atas sebelumnya... Tapi saya percaya, mereka pasti dapat melaksanakan tugasan berikut dengan sempurna & berkualiti...

Paling menarik ialah saya berborak & berbual agak lama bersama sahabat saya, Atikah & Yuzian, atau lebih mesra disapa dengan nama panggilan Yuzie sahaja... Mereka ceritakan saya pelbagai cabaran yang mereka perlu tempuhi dari awal tahun ini sebaik melangkah ke tingkatan 6 Atas... Paling mencuri tumpuan saya ialah dugaan yang menimpa kepada Atikah sebelum menghadapi peperiksaan Malaysian University English Test ( MUET ), pada bulan April yang lalu... Banyak dugaan yang berlaku kepada dirinya seperti kemalangan sebelum ujian bertulis sehingga menyukarkan beliau untuk menulis dengan selesa & hilang suara pada ujian “Speaking’ pada waktu itu... Walaupun pelbagai dugaan yang berlaku, Alhamdulillah beliau masih mampu mencapai band 3 pada bagi keseluruhan ujian tersebut... Berkat usahanya yang bersungguh – sungguh & tidak mengenal erti putus asa, beliau mampu mencapai keputusan yang baik... Semangat beliau perlu dicontohi oleh semua & pada diri saya sendiri kerana kejayaan yang cemerlang datang dari usaha yang tidak berbelah bagi & ikhlas dalam merealisasikan impian yang ingin dicapai...

Baiklah... Nampaknya banyak cerita yang saya dah sampaikan buat entry kali ini... Setakat ini dulu yang saya mampu coretkan buat entry kali ini... Pada masa akan datang, saya akan ceritakan lagi pelbagai pengalaman menarik saya sepanjang cuti semester kali ini... Saya harap anda semua jaga kesihatan sebab cuaca pada ketika ini tak begitu menentu... Jadi, banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi & pelbagai penyakit yang kita ingini... Sememangnya, mencegah itu lebih baik dari mengubati... Semoga kita ketemu lagi pada entry seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)