Assalamualaikum & salam 1 Malaysia utk semua... Memang lama saya tak post sebarang cerita baru melalui blog saya ini.... Maklum saja, saya perlu menghabiskan peperiksaan akhir semester & mengikuti Latihan Intensif Bakal Komander Kesatria UiTM Sarawak dari 22 - 30 November yg lalu.... Bezanya kali ini, saya sekarang berada di tanah tempat saya lahir, iaitu di Klang Bandar Diraja.... Hehehehe...
Saya tiba di LCCT pada lewat hari Jumaat, 3 Disember yg lalu, sekitar jam 12 tgh malam... Penerbangan saya tertunda selama 20 minit dri waktu yg asal.... Tetapi tidak mengapa kerana yg pnting saya tiba di sana untuk pulang ke rumah & berjumpa keluarga yang saya cintai..... Saat apabila kapal terbang mendarat di LCCT, hati saya betul - betul gembira & bersyukur kerana saya pulang dengan keadaan yang selamat.... Perkara pertama yang saya ingin lakukan sebaik sahaja saya tiba di sana ialah berjumpa dengan ahli kelurga saya.. Akhirnya, saya dapat bertemu & bertentang mata bersama setiap ahli keluarga saya yg hampir 5 bulan saya tidak berjumpa.... Perkara yg pling nyata dalam diri saya adalah perubahan dari segi saiz... Saya pulang ke sni dlm keadaan yg boleh dikatakan agak kurus berbanding dulu.... Hehehehe.... Tapi saya tetap Amirul Faez yg dahulu wlaupun berubah dri segi fizikal....
Pejam celik, sudah seminggu saya telah berada di sini, iaitu di rumah saya yang terletak di Taman Sementa Utama, Klang... Saya mengambil kputusan utk mnghabiskan cuti saya bersama keluarga & rakan - rakan kerana saya ingin meluangkan masa seberapa banyak yg boleh bersama mereka setelah sekian lama saya menuntut ilmu di Sarawak tanpa sekalipun pulang ke Klang.... Banyak cerita menarik serta pengalaman yang saya kongsikan sepanjang saya berada si Sarawak... Nak ikutkan, mmg tak akan habis 1 hari untuk cerita keseluruhan perjalanan kehidupan saya kt sana... Yang pling pnting, mereka gembira kerana saya tidak pernah lupa asal usul & sentiasa mngingati keluarga & rakan - rakan di Klang walaupun menyambung pelajaran jauh di negeri Sarawak.... Tak dilupakan, saya bawa pulang beberapa barangan menarik dari sana seperti kek lapis & T-shirt berlatar belakangkan Sarawak....
Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja saya boleh coretkan buat masa ini... InsyaALLAH.. Kita akan ketemu lg dalam coretan saya seterusnya.... Semoga anda semua sentiasa ceria-ceria selalu di samping yang tersayang... Sekian... Wassalam... (^_^)
No comments:
Post a Comment