Assalamualaikum & salam 1 Malaysia utk semua.... Harap semua sihat sentiasa ek???? Erm.... Nak cerita ape ek hari ni??? Sebenarnya, saya post entry hari ni sebab saya tak tau nak buat apa awal pagi ini.... Hehehe... Tapi tak ape.... Saya terus dapatkan idea utk bercerita tentang ape yg saya lakukan sepanjang minggu ini.....
Minggu ini boleh dikatakan saya agak sibuk dengan pelbagai kerja.... Itu yang keluarga saya bagi tau kt saya " Orang bagi cuti sem rehat & rileks, tapi ko ade jer kerja nk wat... Ishh3... "... Hehehe... Tapi itulah diri saya.... Saya memang tak boleh duduk diam jer kt rumah.... Mesti saya cari ape jer kerja yang boleh dibuat.... Akhirnya, saya berjumpa juga kerja yang boleh dibuat & saya suka nk buat... Sepanjang minggu ini, saya terlibat dalam menyiapkan renovasi mural di sekolah yang saya cintai, iaitu SMK Sg. Kapar Indah ( SMKSKI ), Klang... Saya membantu cikgu - cikgu & rakan - rakan saya yang kini menuntut di kelas Tingkatan 6B2 ( tahun hadapan naik pangkat jadi 6A2... hehehehe.. ) menyiapkan projek tersebut.... Dalam masa yang sama, saya berjumpa kembali rakan - rakan 6B2 saya yang saya kenali sewaktu saya menuntut seketika di sana.... Banyak cerita yang kami kongsikan bersama.... Tetapi yang paling penting, kami semua rapat walaupun kami hanya berkenalan seketika sahaja... Itu yang dinamakan persahabatan & persaudaraan tidak akan pernah putus walaupun terpisah sejauh mana pun....
Satu lagi projek yang saya terlibat ialah jadi krew kompang untuk majlis perkahwinan kompang untuk tidak salah saya, saudara - mara kepada Cikgu Mazidah.... Saya memang betul - betul teruja dapat main kompang untuk majlis kahwin seperti ini.... Rasanya dah setahun lebih saya tak main kompang, tapi skill tak pernah hilang... Hehehehe... Yang menjadi sifu untuk krew kompang ini, tidak lain tidak bukan iaitu Cikgu Wazir yang saya panggil beliau ayahanda.... Sahabat - sahabat saya dari kelas 6B2 juga turut terlibat, iaitu Fathi, Farizuan, Afif & Izhar ( I-je ).. Seorang lagi sahabat saya, iaitu Fazlina akan jadi penanggah untuk majlis perkahwinan itu nanti... Banyak lagu yang kami akan sampaikan untuk majlis perkahwinan itu nanti ( rasa macam buat konsert pulak... Hehehe... ) Yang pasti, kami akan lakukan yang terbaik untuk memastikan persembahan kami berjalan dengan lancar.... Dalam masa yang sama, saya akan membantu ayahanda menyiapkan kerja - kerja lain untuk majlis perkahwinan tersebut yang akan diadakan pada 18 Disember 2010 ( hari Sabtu ) ini....
Ok lah... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan untuk kali ini.... Oo yer, untuk pengetahuan, insyaALLAH, saya akan wujudkan akaun Twitter saya sendiri dalam masa terdekat ini... Nanti saya akan sampaikan melalui Facebook saya dan blog ini.... Saya mendoakan hari - hari anda semua dipenuhi dengan keceriaan & ukiran senyuman yang penuh kemanisan... Semoga kita ketemu lagi di entry saya yang seterusnya.... Sekian... Wassalam.... (^_^)
My QLicK3RZZZ!!!!
Thursday, December 16, 2010
Saturday, December 11, 2010
Kembali ke kampung halaman.....
Assalamualaikum & salam 1 Malaysia utk semua... Memang lama saya tak post sebarang cerita baru melalui blog saya ini.... Maklum saja, saya perlu menghabiskan peperiksaan akhir semester & mengikuti Latihan Intensif Bakal Komander Kesatria UiTM Sarawak dari 22 - 30 November yg lalu.... Bezanya kali ini, saya sekarang berada di tanah tempat saya lahir, iaitu di Klang Bandar Diraja.... Hehehehe...
Saya tiba di LCCT pada lewat hari Jumaat, 3 Disember yg lalu, sekitar jam 12 tgh malam... Penerbangan saya tertunda selama 20 minit dri waktu yg asal.... Tetapi tidak mengapa kerana yg pnting saya tiba di sana untuk pulang ke rumah & berjumpa keluarga yang saya cintai..... Saat apabila kapal terbang mendarat di LCCT, hati saya betul - betul gembira & bersyukur kerana saya pulang dengan keadaan yang selamat.... Perkara pertama yang saya ingin lakukan sebaik sahaja saya tiba di sana ialah berjumpa dengan ahli kelurga saya.. Akhirnya, saya dapat bertemu & bertentang mata bersama setiap ahli keluarga saya yg hampir 5 bulan saya tidak berjumpa.... Perkara yg pling nyata dalam diri saya adalah perubahan dari segi saiz... Saya pulang ke sni dlm keadaan yg boleh dikatakan agak kurus berbanding dulu.... Hehehehe.... Tapi saya tetap Amirul Faez yg dahulu wlaupun berubah dri segi fizikal....
Pejam celik, sudah seminggu saya telah berada di sini, iaitu di rumah saya yang terletak di Taman Sementa Utama, Klang... Saya mengambil kputusan utk mnghabiskan cuti saya bersama keluarga & rakan - rakan kerana saya ingin meluangkan masa seberapa banyak yg boleh bersama mereka setelah sekian lama saya menuntut ilmu di Sarawak tanpa sekalipun pulang ke Klang.... Banyak cerita menarik serta pengalaman yang saya kongsikan sepanjang saya berada si Sarawak... Nak ikutkan, mmg tak akan habis 1 hari untuk cerita keseluruhan perjalanan kehidupan saya kt sana... Yang pling pnting, mereka gembira kerana saya tidak pernah lupa asal usul & sentiasa mngingati keluarga & rakan - rakan di Klang walaupun menyambung pelajaran jauh di negeri Sarawak.... Tak dilupakan, saya bawa pulang beberapa barangan menarik dari sana seperti kek lapis & T-shirt berlatar belakangkan Sarawak....
Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja saya boleh coretkan buat masa ini... InsyaALLAH.. Kita akan ketemu lg dalam coretan saya seterusnya.... Semoga anda semua sentiasa ceria-ceria selalu di samping yang tersayang... Sekian... Wassalam... (^_^)

Subscribe to:
Posts (Atom)