My QLicK3RZZZ!!!!

Wednesday, January 30, 2013

Kisah Pilu 2012, Mengharap Sinar 2013...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia buat semua.. Nampak begitu lama saya tidak menulis entry baru pada blog ini.. Boleh dikatakan agak ‘berhabuk’ jugak blog saya ini sebab tak dibersihkan... Hehe.. Baiklah.. Sebenarnya entry saya kali ini lebih kepada luahan perasaan & pengakuan tentang apa yang berlaku kepada saya pada penghujung tahun lepas & sekitar 2 minggu yang lepas... Ada yang tahu tentang apa yang berlaku terhadap saya kebelakangan ini.. Tapi kepada yang belum mengetahui apa yang saya maksudkan ini, entry kali ini saya akan menceritakan segala kisah yang berlaku terhadap diri saya... Ia berkisar tentang KEGAGALAN YANG MEMILUKAN....
·         PERMULAAN....
Ramai yang menyangka bahawa saya telah menamatkan pengajian Diploma saya pada penghujung semester yang lalu (Semester Jun - Oktober 2012) kerana semester yang lalu merupakan semester terakhir saya... TETAPI... Sebenarnya saya BELUM MENAMATKAN pengajian saya lagi... Kenapa?? Pada hari keputusan peperiksaan akhir diumumkan, saya GAGAL satu subjek iaitu ACC166 (Financial & Cost Accounting)... Apabila saya mengetahui keputusan tersebut, saya sedikit sedih pada waktu tersebut, tetapi saya mengetahui & sudah menjangka ia akan berlaku kerana pada peperiksaan akhir (Final Exam) bagi subjek tersebut, saya melakukan banyak kesilapan.. Kemudian, saya mengambil keputusan untuk mengambil keputusan untuk mengambil Peperiksaan Khas (Supplementary Exam) bagi subjek tersebut di kampus UiTM Shah Alam kerana pada waktu tersebut, saya ada urusan yang perlu dilaksanakan sekembalinya dari Sarawak pada waktu tersebut... Sepanjang tempoh seminggu sebelum peperiksaan khas tersebut, saya melakukan persiapan rapi dengan dibantu rakan saya, Muhamad Adam yang juga rakan sekelas saya ketika menuntut di UiTM Sarawak dulu.. Beliau membantu saya dengan mengajar saya berkaitan Accounting... Alhamdulillah.. Berkat tunjuk ajar beliau, saya lebih memahami apa yang perlu dilaksanakan dlm subjek tersebut & cara menjawab soalan yang sering kali keluar pada peperiksaan akhir... Tiba pada hari peperiksaan, saya melakukan sehabis baik pada subjek tersebut untuk memastikan saya tidak lagi tercicir & melakukan kesilapan yang sama.. Selepas tamat peperiksaan tersebut, saya rasa lega kerana saya melakukan yang lebih baik berbanding dulu, walaupun ada beberapa soalan yang saya tidak dapat sempurnakan dengan baik... Tetapi selepas peperiksaan tersebut, saya berserah & tawakal untuk mengharapkan segala usaha yang dilakukan kali ini berbaloi...
·         HARI KEPUTUSAN....
28 Disember 2012 merupakan hari keputusan peperiksaan khas dikeluarkan... Jujur saya katakan, saya sendiri TIDAK SUKA dengan perasaan berdebar menanti keputusan kerana setiap semester saya melalui perasaan yang tidak membuatkan saya selesa... Pada waktu tersebut, saya meminta adik saya untuk melihat keputusan yang saya peroleh... Berita gembira yang diharapkan bertukar menjadi KEDUKAAN... Adik saya memberitahu saya bahawa saya MASIH GAGAL selepas peperiksaan khas tersebut... Saya sendiri tidak percaya pada awalnya & saya terus melihat dengan mata saya sendiri... Perasaan TIDAK PERCAYA masih menebal di dalam diri saya pada waktu tersebut.. Pada malam hari tersebut, saya berhubung dengan Koordinator Kursus, En. Gordon berkaitan hal tersebut... Saya tidak berhenti berdoa agar apa yang saya lihat tidak betul... NAMUN, apa yang berlaku di depan mata saya adalah BETUL... Beliau mengesahkan bahawa saya GAGAL & perlu meneruskan pengajian Diploma saya sebagai pelajar Semester 6 (Extend)... Tidak lama kemudian, beliau meminta saya bertenang & fikir apa langkah yang perlu dilaksanakan seterusnya & beliau akan cuba membantu saya sebaik mungkin... Hari tersebut merupakan detik yang saya tidak dapat lupakan kerana ia merupakan HARI YANG PENUH KEKECEWAAN buat saya...

·         PERASAAN....
Perasaan saya pada waktu tersebut??? YA ALLAH.. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada waktu tersebut... Ia merupakan berita yang membuatkan hati saya betul-betul PILU,SEBAK, REMUK & PUTUS ASA kerana impian saya BERKECAI begitu sahaja... Perkara pertama yang membuatkan saya PALING SEDIH ialah saya tidak dapat MENUNAIKAN JANJI saya untuk menamatkan pengajian saya TEPAT PADA MASANYA (ON-TIME) kepada kedua ibu bapa saya... Wajah mereka jelas terpampang di minda saya pada waktu tersebut... Saya sendiri merasa diri saya TIDAK BERGUNA kerana tidak dapat melaksanakan pengajian saya sebaik mungkin sehingga menyebabkan perkara ini berlaku... Saya juga telah mengecewakan para pensyarah yang mengharapkan saya untuk menamatkan pengajian saya pada waktu yang sepatutnya... Yang pasti, impian saya untuk meneruskan pengajian saya di peringkat IJAZAH SARJANA MUDA musnah disebabkan kegagalan saya... Hampir sebulan saya begitu SUGUL & TIDAK BERSEMANGAT seperti kebiasaan.. Keluarga saya sendiri dapat melihat perubahan saya pada waktu tersebut... Jujur saya katakan, saya TIDAK MAHU balik semula ke kampus asal untuk meneruskan pengajian saya bagi tempoh tersebut kerana saya berasa MALU yang teramat sangat kerana terpaksa MENGULANG (REPEAT) & melanjutkan tempoh pengajian saya (EXTEND)... Saya pasti setiap orang tidak mahu situasi itu berlaku di dalam hidup mereka... Saya sendiri menganggap subjek ACC166 sebagai TIDAK RELEVAN & TIDAK BERKAITAN dengan kursus yang saya pelajari iaitu Diploma Pengajian Sukan kerana ia boleh MEMBUNUH para pelajar... Dan ternyata, saya yang menjadi KORBAN disebabkan subjek tersebut.. TETAPI, saya tidak boleh menuding jari sepenuhnya disebabkan alasan tersebut.. Mungkin saya sendiri yang tidak berusaha keras untuk melakukan yang terbaik... Dan saya harus akur dengan ketentuan ini kerana saya pasti, ini merupakan ujian daripada Allah s.w.t buat umatNya utk emjadi lebih kuat & tidak leka..
·         REFLEKSI DIRI....
Ketika ini, saya meneruskan pengajian saya untuk subjek tersebut sebagai PELAJAR MENUMPANG di kampus UiTM Shah Alam bersama rakan saya, Norazila Ahmad (Zell) bersama para pelajar Program Jarak Jauh (PJJ).. InsyaALLAH, pada peperiksaan akhir nanti saya akan pulang semula ke kampus UiTM Sarawak untuk mengambil peperiksaan tersebut & menyelesaikan tugas-tugas lain yang perlu dilaksanakan.. Saya sendiri bersyukur kerana ibu bapa saya betul-betul memahami situasi yang saya lalui & mereka tidak putus-putus memberi saya semangat untuk melakukan yang lebih baik lagi... Tanpa mereka, saya ibarat sebuah ‘rangka basikal’ yang tidak dapat bergerak tanpa roda & segala aksesori yang mampu membuatkan basikal itu bergerak ke hadapan.. Dengan semangat daripada mereka, saya dapat mara ke hadapan & tidak lagi menoleh ke belakang sejarah hitam tersebut.. ‘Kejayaan yang lebih baik menanti di hadapan sana berkat semengat & usaha yang tidak mengenal erti putus asa’... Begitulah kata-kata azimat yang diberikan oleh ayah saya sebagai bekalan untuk masa depan..
Kepada rakan-rakan yang mengambil berat tentang keadaan saya, saya mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH... Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas budi baik anda.. Nyata situasi tersebut membuka mata saya ketika itu terhadap ERTI PERSAHABATAN yang sebenar di mana sahabat sejati akan sentiasa bersama kita tidak kira susah mahupun senang... Nyata kawan ketika suka ramai, tapi kawan ketika susah begitu susah dicari... Renung-renungkan.. 
Begitulah coretan saya pada kali ini... Saya memohon maaf sekiranya entry kali ini sangat panjang untuk dibaca kerana seperti yang saya katakan awal tadi, ia merupakan luahan perasaan serta pengakuan yang saya dah lama simpan di sanubari saya selama ini... Saya juga ingin memohon AMPUN & MAAF buat semua insan yang terlibat iaitu KELUARGA, PARA PENSYARAH, RAKAN-RAKAN serta PARA KENALAN yang mengenali diri saya kerana saya TIDAK BERJAYA melunaskan tanggungjawab saya sebaik mungkin... InsyaALLAH, saya akan melakukan yang lebih baik untuk memastikan saya dapat menamatkan pengajian saya semester ini.. Doa dari kalian amat saya harapkan & untuk rakan seperjuangan saya juga, iaitu Zell.. Saya juga ingin mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada rakan-rakan yang bakal mengetahui keputusan tawaran kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Sesi Pengambilan Mac 2013 bermula ESOK (31 Januari 2013)... InsyaALLAH... Saya akan menyusul juga pada pengambilan September 2013 nanti.. Amin..  Semoga kita bertemu lagi pada entry yang akan datang.. SELAMAT TAHUN BARU 2013!!! Wassalam..