Assalamualaikum & salam 1 Malaysia buat semua.. Syukur.. Alhamdulillah... Kita semua masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus menjalani kehidupan kita di muka bumi ciptaanNya ini... Pertama sekali, saya ingin memohon ampun & maaf kerana dah lama tidak memasukkan entry baru ke dalam blog saya... Apa yang boleh saya katakan, saya terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan, terutamanya assignment, test, kuiz & aktiviti-aktiviti di universiti... Walaupun pada waktu ini sudah bermula cuti semester, tetapi saya sedang menjalani latihan praktikal di Pejabat Belia & Sukan Daerah Klang bermula dari 3 April 2012 yang lalu sehingga 25 Mei 2012 nanti.. Setidak-tidaknya, cuti semester kali ini saya melaksanakan tugas saya sebagai pelajar Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Sarawak & sebagai pelatih praktikal di Pejabat Belia & Sukan Daerah Klang...
Baiklah.. Untuk coretan kali ini, saya ingin bercerita mengenai perjalanan kehidupan saya bermula Januari sehingga Mac untuk tahun 2012 kali ini... Sememangnya di dalam tempoh tersebut, tugasan tidak pernah putus memenuhi diari tugasan saya.. Selepas satu kerja diselesaikan, kerja lain pula yang datang.. Jujur saya katakan, pernah sampai ke satu tahap yang saya betul-betul rasa letih & tidak cukup rehat, bahkan saya seperti hilang semangat.. Tetapi bila memikirkan tentang kebaikan masa depan saya dan yang paling penting, memikirkan betapa besarnya pengorbanan kedua ibu bapa serta ahli keluarga saya selama ini, saya gagahkan juga untuk melakukan yang terbaik... Alhamdulillah.. Saya telah berjaya menempuhi semester yang diperkatakan oleh senior-senior saya sebagai “Semester yang paling sibuk” sepanjang peringkat diploma ini... Tetapi mereka mengingatkan kepada saya, semester 5 nanti lebih sukar & penuh dengan dugaan & cabaran... InsyaALLAH.. Saya akan cuba lakukan yang terbaik...
Bercerita tentang Peperiksaan Akhir ( Final Exam ) yang saya lalui sepanjang bulan Mac yang lalu, apa yang saya boleh simpulkan ialah bentuk soalan yang muncul sepanjang peperiksaan tersebut ialah ‘unpredictable’... Saya berkata begitu kerana banyak soalan yang keluar sepanjang peperiksaan tersebut ialah soalan yang tidak pernah dijangka akan keluar untuk kali ini... Saya sendiri dapat merasakan kesukaran yang terpaksa ditempuhi apabila terpaksa menghadapi situasi sedemikian bersama rakan-rakan saya yang lain... Usaha telah dilaksanakan... Pada waktu ini hanya mampu berserah & berdoa agar keputusan yang diperoleh nanti memberi kepuasan yang berbaloi atas usaha yang dilimpahkan selama ini... Moga ia akan menjadi kenyataan.. InsyaALLAH... Amin...
Sepanjang tempoh tersebut itu juga, saya melalui detik yang sukar secara peribadi.. Mungkin ada yang mengetahui apa yang saya maksudkan.. Jadi, tidak perlu saya bercerita lebih mendalam tentang hal tersebut... Cuma apa yang boleh saya katakan, perkara tersebut telah mendidik saya untuk menjadi lebih baik & menjadi insan yang lebih matang... Pada waktu ini, mungkin bukan waktu yang sesuai untuk melalui fasa tersebut... Saya percaya waktu tersebut akan tiba juga pada saya... Pasti ada hikmah yang terbaik di sebalik apa yang terjadi... Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan yang banyak memberi sokongan serta dorongan semangat buat saya untuk menempuhi detik sukar tersebut... Saya sendiri bukan insan yang kuat untuk melalui segala dugaan ini... Tetapi berkat sokongan dari semua, saya kembali menjadi insan bernama AMIRUL FAEZ BIN SAMIRAN yang sebenar... Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua...
Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan buat kali ini... Saya mendoakan agar anda semua terus ceria dan bersemangat dalam menempuhi hari-hari yang mendatang... Semoga kita bertemu lagi pada entry blog saya yang seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)