My QLicK3RZZZ!!!!

Wednesday, May 23, 2012

Pengertian Tentang Kehidupan...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia... Yorobun, ANYEONGHASEYO!!!! Hehehe... Itu adalah ucapan HELLO SEMUA dalam bahasa Korea... Maklumlah, memang diakui minat saya terhadap aspek berkaitan Korea bukan setakat lagu KPOP sahaja, tapi saya berminat untuk mengenali budaya & mempelajari bahasa mereka yang unik.. Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru, asalkan ia membawa kepada ke arah kebaikan.. Betul tak?? Hehe.. Ok lah.. Kita tinggalkan cerita itu... Saya harap kalian semua sihat sentiasa... Entry kali ini adalah lebih kepada apa yang ingin saya luahkan tentang pelajaran yang paling sukar diramal tetapi penuh dengan keunikan, iaitu pelajaran tentang ERTI KEHIDUPAN...

Saya pasti setiap orang melalui perjalanan hidup yang barangkali unik dan ada juga yang diulit dengan kesedihan mahupun kegembiraan... Pelbagai sebab mengapa kita berasa gembira atau sedih... Saya akan berkongsi dengan kalian semua mengenai definisi saya tentang ASPEK-ASPEK yang dilalui dalam kehidupan...
  • KELUARGA...

Saya dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana... Pernah juga kami sekeluarga melalui kehidupan yang sukar... Tetapi pada masa itu, saya masih lagi belum matang dan tidak memahami semua itu... Bila saya terfikir balik, saya merasakan saya terlalu banyak menyusahkan ibu bapa saya yang bertungkus lumus mencari rezeki buat kami adik-beradik... Apabila saya mula sedar tentang semua itu, pernah saya terfikir untuk membantu mereka mencari rezeki... Mungkin naluri seorang anak, apatah lagi sebagai anak sulung, tanggungjawab itu saya sendiri dapat rasa sebagai satu perkara yang saya perlu pikul... Bagi saya, kepentingan untuk diri saya sendiri saya tolak ke tepi.. Keluarga menjadi keutamaan saya... Tetapi ibu bapa saya selalu mengingatkan saya, PELAJARAN harus dijadikan keutamaan... Jangan terlalu fikirkan tentang keringat kami... Yang penting, belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya... Begitulah sikap ibu bapa kita... Mereka tidak mahu kita terlalu memikirkan tentang penat lelah mereka bekerja mencari rezeki.. Hanya kejayaan yang membanggakan pintaan mereka... Buat kedua ibu bapa saya, PUAN NORHASHIMAH BINTI SELAMAT & EN. SAMIRAN BIN SHAHADI, Faez akan berusaha sebaik mungkin demi keluarga & adik-adik.. InsyaALLAH.. Faez akan balas jasa mak dan ayah dengan kejayaan yang cemerlang... Terima kasih kerana sentiasa menjadi pendorong semangat buat Faez dari detik Faez dilahirkan sehingga sekarang... Mak & Ayah insan yang terbaik dalam hidup Faez....
Keluarga sentiasa menjadi tulang-belakang buat anak... 
  • PENCAPAIAN...

Alhamdulillah... Ketika ini, saya bakal memasuki semester akhir bagi pengajian kursus Diploma Pengajian Sukan (SR113) di UiTM Samarahan, Sarawak... Bercerita tentang pencapaian, saya sendiri akui dari aspek pelajaran, ada pasang surutnya... Ada kalanya tinggi tetapi ada kalanya jatuh ke bawah... Saya sendiri pernah merasa TEKANAN yang cukup hebat dengan pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan... Tetapi saya gagahkan juga dan menerima cabaran tersebut sebagai pengalaman yang berguna untuk hidup saya... Dari aspek pencapaian lain, saya sendiri secara peribadi berasa saya dapat menggapai peluang yang tidak semua orang miliki... Menjadi wakil bagi Komander Kesatria UiTM Sarawak bagi Komander Kesatria Endurance Challenge ( KKEC ) 2011 di UiTM Arau,Perlis & Jambori Komander Kesatria 2011 di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah peluang yang cukup besar diberikan oleh pihak UiTM Sarawak kepada saya & rakan komander yang lain... Dari situ, saya sendiri dapat melihat di manakah kredibliti & kemampuan saya untuk menggalas amanat yang diberikan... Apa yang pasti, saya akan cuba berusaha untuk melakukan yang lebih baik dalam apa jua amanat & tugasan yang diberikan... Kemampuan diri sendiri yang bakal mencorakkan tahap pencapaian yang bakal kita peroleh.. Itu sesuatu yang pasti... J
  •  CINTA???

Hahaha... Saya pasti aspek ini yang menjadi perhatian kalian semua... Hehe... OK... Saya mengakui, saya sendiri pernah lalui fasa ini.. Tapi tak kekal lama... Sebabnya??? Tak perlu saya tulis di sini kerana ia agak peribadi dan biar saya seorang sahaja yang simpan... Jujur saya katakan, selepas apa yang berlaku, saya agak FOBIA untuk melalui fasa itu lagi... Memang benar apa yang orang selalu katakan, bila saat indah, ia sesuatu yang cukup manis... Tetapi apabila ianya bertukar menjadi sebaliknya, ia sesuatu yang cukup pahit untuk diterima... Buat masa ini, saya harus tolak semua perasaan sebegitu ke tepi kerana saya perlu tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan tugasan saya yang lebih penting... Apabila sampai masanya, baru saya fikirkan semua tu kembali... Ada yang bertanya kepada saya apa ciri-ciri wanita pilihan saya??? Jawapan saya??? Mudah saja.. Yang penting, hati mesti ikhlas, baik & sentiasa menerima saya seadanya serta sentiasa bersama saya tidak kira situasi yang senang mahupun sukar... Rupa paras adalah semua kurniaan Allah s.w.t.. Saya dapat  menerima dirinya seadanya, tidak lebih daripada itu... Tetapi buat masa sekarang, CINTA saya terhadap KELUARGA, PELAJARAN dan Maha Pencipta, Allah s.w.t menjadi keutamaan buat diri saya... 

Kegagalan dalam percintaan selalu mengundang kepada kesedihan & kemurungan...
Cinta kepada Maha Pencipta, Allah s.w.t....
Menerima diri saya seadanya.. Itu yang paling penting...

    Pelajaran menjadi keutamaan untuk berjaya dengan cemerlang di dalam kehidupan... 
  •  MASA DEPAN....

Saya selalu menetapkan perkara yang saya perlu capai dalam 5 tahun akan datang kerana kita mesti meletakkan matlamat untuk jangka masa panjang... InsyaALLAH.. Dalam tempoh 5 tahun akan datang, saya meletakkan sasaran untuk berjaya mengenggam segulung ijazah di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan di UiTM dan seterusnya mencari pekerjaan yang berkaitan dengan pembangunan belia & sukan secara khususnya... Mungkin terlalu awal untuk memikirkan semua itu, tetapi apabila kita merancang apa yang kita ingin capai, kita dapat merencanakan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan cita-cita yang ingin dicapai...  Sememangnya tanpa perancangan, kita tidak dapat capai apa yang kita impikan... InsyaALLAH... Saya juga berharap saya dapat memberi kehidupan yang lebih baik untuk keluarga saya... Sememangnya itu merupakan perancangan utama saya... Kahwin??? Mungkin.... Hehehe... Saya sendiri merasakan mungkin ianya mungkin berlaku lebih lama lagi daripada tempoh 5 tahun yang akan datang... Itu semua urusan daripada Allah s.w.t... Kita mampu merancang, tetapi segala yang berlaku atas ketentuan olehNya... Paling penting, saya akan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya untuk menjadi insan yang sentiasa berpegang kepada ajaran Allah s.w.t... Amin...

Segulung ijazah harus menjadi sasaran selepas tamat pengajian di peringkat Diploma
Kahwin??? Lama lagi tu... Belum masanya lagi... Hehe...
Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang mampu saya coretkan untuk entry kali ini... Semoga kalian semua dapat mengenali serba sedikit tentang sisi kehidupan insan yang bernama AMIRUL FAEZ BIN SAMIRAN ini... Saya mendoakan agar kalian semua diberikan kesihatan yang terbaik & berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi... Semoga kita ketemu lagi pada entry yang seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)

Tuesday, April 10, 2012

Coretan Pertama Tahun 2012!!!

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia buat semua.. Syukur.. Alhamdulillah... Kita semua masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus menjalani kehidupan kita di muka bumi ciptaanNya ini... Pertama sekali, saya ingin memohon ampun & maaf kerana dah lama tidak memasukkan entry baru ke dalam blog saya... Apa yang boleh saya katakan, saya terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan, terutamanya assignment, test, kuiz & aktiviti-aktiviti di universiti... Walaupun pada waktu ini sudah bermula cuti semester, tetapi saya sedang menjalani latihan praktikal di Pejabat Belia & Sukan Daerah Klang bermula dari 3 April 2012 yang lalu sehingga 25 Mei 2012 nanti.. Setidak-tidaknya, cuti semester kali ini saya melaksanakan tugas saya sebagai pelajar Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Sarawak & sebagai pelatih praktikal di Pejabat Belia & Sukan Daerah Klang...

Baiklah.. Untuk coretan kali ini, saya ingin bercerita mengenai perjalanan kehidupan saya bermula Januari sehingga Mac untuk tahun 2012 kali ini... Sememangnya di dalam tempoh tersebut, tugasan tidak pernah putus memenuhi diari tugasan saya.. Selepas satu kerja diselesaikan, kerja lain pula yang datang.. Jujur saya katakan, pernah sampai ke satu tahap yang saya betul-betul rasa letih & tidak cukup rehat, bahkan saya seperti hilang semangat.. Tetapi bila memikirkan tentang kebaikan masa depan saya dan yang paling penting, memikirkan betapa besarnya pengorbanan kedua ibu bapa serta ahli keluarga saya selama ini, saya gagahkan juga untuk melakukan yang terbaik... Alhamdulillah.. Saya telah berjaya menempuhi semester yang diperkatakan oleh senior-senior saya sebagai “Semester yang paling sibuk” sepanjang peringkat diploma ini... Tetapi mereka mengingatkan kepada saya, semester 5 nanti lebih sukar & penuh dengan dugaan & cabaran... InsyaALLAH.. Saya akan cuba lakukan yang terbaik...

Bercerita tentang Peperiksaan Akhir ( Final Exam ) yang saya lalui sepanjang bulan Mac yang lalu, apa yang saya boleh simpulkan ialah bentuk soalan yang muncul sepanjang peperiksaan tersebut ialah ‘unpredictable’... Saya berkata begitu kerana banyak soalan yang keluar sepanjang peperiksaan tersebut ialah soalan yang tidak pernah dijangka akan keluar untuk kali ini... Saya sendiri dapat merasakan kesukaran yang terpaksa ditempuhi apabila terpaksa menghadapi situasi sedemikian bersama rakan-rakan saya yang lain... Usaha telah dilaksanakan... Pada waktu ini hanya mampu berserah & berdoa agar keputusan yang diperoleh nanti memberi kepuasan yang berbaloi atas usaha yang dilimpahkan selama ini... Moga ia akan menjadi kenyataan.. InsyaALLAH... Amin...             

Sepanjang tempoh tersebut itu juga, saya melalui detik yang sukar secara peribadi.. Mungkin ada yang mengetahui apa yang saya maksudkan.. Jadi, tidak perlu saya bercerita lebih mendalam tentang hal tersebut... Cuma apa yang boleh saya katakan, perkara tersebut telah mendidik saya untuk menjadi lebih baik & menjadi insan yang lebih matang... Pada waktu ini, mungkin bukan waktu yang sesuai untuk melalui fasa tersebut... Saya percaya waktu tersebut akan tiba juga pada saya... Pasti ada hikmah yang terbaik di sebalik apa yang terjadi... Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan yang banyak memberi sokongan serta dorongan semangat buat saya untuk menempuhi detik sukar tersebut... Saya sendiri bukan insan yang kuat untuk melalui segala dugaan ini... Tetapi berkat sokongan dari semua, saya kembali menjadi insan bernama AMIRUL FAEZ BIN SAMIRAN yang sebenar... Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua...

Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan buat kali ini... Saya mendoakan agar anda semua terus ceria dan bersemangat dalam menempuhi hari-hari yang mendatang... Semoga kita bertemu lagi pada entry blog saya yang seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)