Assalamualaikum & salam 1 Malaysia saya ucapkan buat semua... Saya harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta... Pertama sekali, saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf kerana dah lama saya tak update entry baru kat blog ini... Maklum sajalah, dah mula semester baru, kerja pun datang dengan mencurah – curah... Hehehe... Ok... Untuk entry kali ini, saya ingin bercerita tentang perjalanan kehidupan saya setakat ini sebagai pelajar semester 3 bagi jurusan Diploma Pengajian Sukan ( SR113 ) di UiTM Samarahan, Sarawak...
Saya tiba di Sarawak semula pada 7 Jun ( Selasa ) yang lalu... Saya sebenarnya lambat balik semula ke Sarawak kerana saya berdepan masalah untuk mendapatkan tiket sebelum bermula kuliah... Nak tak nak, saya terpaksa tunggu & balik pada tarikh yang saya nyatakan tadi... Keesokannya, saya mula menghadiri kuliah... Ketika itu, masih ada beberapa lagi rakan lain yang belum balik ke Sarawak kerana terlibat dengan Sukan Malaysia ( SUKMA ) ke-14 di Kuala Lumpur & menjalani latihan fasa terakhir bagi Sukan MASUM mewakili UiTM... Pada waktu itu juga, saya diberi amanat baru bermula semester ini iaitu dipilih sebagai “Class Rep ( Class Representative )” atau dalam Bahasa Melayu, wakil kelas... Hehehe... Saya sendiri berasa gembira kerana diberi kepercayaan menggalas tugas ini kerana saya betul – betul bersedia untuk memberi komitmen sebaik mungkin sebagai wakil kepada rakan – rakan kelas saya & menjadi penyampai maklumat daripada pensyarah kepada rakan – rakan... Saya anggap ini merupakan satu “advantage” yang perlu digunakan sebaik mungkin kerana saya berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih dekat dengan para pensyarah... Mereka akan menilai diri kita sejauh mana komitmen & “effort” yang kita berikan dalam menjalankan tugas yang diberikan... InsyaALLAH... Saya akan gunakan kesempatan yang diberikan ini dengan sebaik mungkin...
Dalam masa yang sama, saya diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas yang saya boleh katakan agak besar peranan yang saya perlu laksanakan dengan sebaik mungkin, iaitu saya dipilih sebagai Yang di-Pertua ( YDP ) atau Presiden bagi Persatuan/Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam ( SISPA ) UiTM Samarahan, Sarawak bagi sesi 2011/2012... Saya katakan sedemikian kerana tugas saya bukan lagi sesama ahli di fakulti saya, tetapi saya harus menjaga & melaksanakan tugas melibatkan seluruh UiTM, di mana ahli di dalam persaytuan tersebut datang dari pelbagai fakulti... Itulah cabaran yang saya perlu hadapi kerana mungkin corak pimpinan & cara kerja saya agak berbeza sedikit berbanding pemimpin sebelumnya... Tetapi, barisan Majlis Tertinggi ( MT ) khususnya memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas ini sebagai pemimpin mereka... Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya... Saya berharap anda dapat memberikan kerjasama & komitmen sebaik mungkin agar Persatuan SISPA berada di dalam kelas yang tersendiri sebagai persatuan yang kompetitif & berjaya...
Hari Isnin ( 20 Jun ) yang lalu, Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM ) Persatuan SISPA telah diadakan... Banyak agenda yang dibincangkan sepanjang mesyuarat tersebut, di mana intipati utama ialah pelantikan barisan Exco yang baru bagi sesi kali ini... Ini merupakan kali pertama saya melaksanakan mesyuarat AGM ini sebagai Presiden persatuan... Saya sendiri harus sedar yang saya perlu menggalas karakter sebagai seorang pemimpin kerana sekiranya saya bersikap sebaliknya, sudah pasti mereka akan mempertikaikan perlantikan saya bagi jawatan tertinggi ini... InsyaALLAH... Saya akan sentiasa cuba memperbaiki setiap kelemahan di dalam diri saya dengan sebaik mungkin... Saya gembira kerana saya mempunyai ahli MT & Exco yang menyatakan komitmen mereka untuk sama – sama bekerja dengan saya dengan sebaik mungkin... Semoga kita semua dapat terus bekerja sebagai satu unit & satu pasukan yang kukuh & jitu...
Barisan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan SISPA UiTM Samarahan, Sarawak Sesi 2011/2012 |
Simbolik serah tugas File Presiden Persatuan SISPA UiTM Samarahan, Sarawak... |
Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan untuk kali ini... Semoga kita ketemu lagi pada entry yang seterusnya... Sebelum saya memberi kalam yang terakhir, saya ingin berkongsi kata – kata pujangga kepada anda semua... “Kadang-kadang mimpi itu lebih indah dari realiti, namun mengubah mimpi itu menjadi realiti adalah lebih bermakna dari terus hanyut dibuai mimpi”... Renung – renungkan & fikir – fikirkan... Sekian... Wassalam... (^_^)