My QLicK3RZZZ!!!!

Saturday, April 23, 2011

Begitu pantas masa berlalu....

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia buat semua... Akhirnya, setelah sekian lama hajat di hati untuk menulis entry baru di blog ni tergendala, hari ini saya berjaya juga untuk mencari masa bagi menulis entry baru... Hehehehe.... Sekarang ini saya sedang menghadapi Peperiksaan akhir bagi semester Januari - April 2011... Ketika saya sedang menulis entry ini, ada 5 subjek lagi yang perlu dihadapi sebelum saya dapat melangkah pulang ke rumah tercinta di Klang, Selangor pada 1 Mei 2011, hari Ahad... Ikutkan hati, memang tak sabar nak balik sebab rindu yang teramat sangat kat keluarga tercinta.... Hehehe....

Diam tak diam, sekarang ini dah masuk penghujung bulan April bagi tahun 2011.... Semakin hampir bagi melabuhkan tirai bagi awal tahun ini.... Untuk diri saya, memang banyak yang boleh dikatakan & diceritakan sepanjang tempoh tersebut.... Tapi kalau nak diceritakan secara terperinci, mungkin seminggu pun belum tentu habis.... Hehehehe..... Saya akan ceritakan perkara yang memang jadi ingatan pada diri saya sepanjang tempoh tersebut....

Awal bulan Januari, saya terlibat dengan Majlis Suai Kenal FSR bagi semester kali ini.... Yang menariknya, saya menawarkan diri sebagai ketua projek bagi acara tersebut.... Saya ambil cabaran tersebut kerana saya yakin saya mampu melakukannya.... Alhamdulillah.... Acara tersebut berjaya dilaksanakan walaupun banyak perubahan saat akhir yang terpaksa dilakukan... Tapi berkat kerjasama serta hubungan komunikasi yang baik, semuanya berjaya dilaksanakan dengan cukup baik... Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini.... Segala kekurangan datang dari diri saya sendiri sebagai ketua projek bagi acara tersebut....

Bulan Februari sehingga Mac merupakan bulan saya teramat sibuk dengan pelbagai kerja.... Bulan Februari saya terlibat dengan dua perkhemahan, iaitu Intro Camp & Team Building.. Nak ikutkan penat, hanya Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasakan pada waktu itu.... Tapi cabaran di dunia realiti lebih besar berbanding ini... Semester ini saya mengharungi 3 perkhemahan yang cukup besar & mencabar, iaitu Intro & Final Camp serta Team Building.... Bagi Final Camp, nyata cabarannya sangat besar & menguji ketahanan mental & fizikal.... Sebaik selesai sahaja perkhemahan tersebut, memang satu kepuasan yang tidak terhingga kerana saya berjaya melalui apa yang dikatakan sebagai cabaran paling besar bagi pelajar semester 2 seperti saya....

Wajah ceria selepas tamat Final Camp '11@Kg. Sibu Laut....
Aktiviti bagi Kor SISPA juga rancak diadakan bagi semester ini.... Saya juga merupakan Ketua Projek bagi acara Selangkah Eksplorasi Menyelamat@Family Day pada 5 Mac yang lalu, bertempat di Lundu, Sarawak... Kali ini, saya memainkan peranan penuh dalam acara tersebut... Nyata bukan sesuatu tugas yang mudah bagi menguruskan sesuatu acara, tapi saya bersungguh - sungguh menguruskannya sehingga penat lelah   tidak sikit pun saya rasakan kerana kepuasannya sukar untuk digambarkan.... Memang seronok berurusan dengan pelbagai pihak.... Sekurang - kurangnya, ini boleh dikatakan sebagai pengalaman & pencapaian hidup saya kerana berjaya menguruskan acara tersebut dengan baik...

Tahun ini juga merupakan tahun pertama saya menyambut hari lahir saya tanpa di sisi keluarga tercinta.... Hanya panggilan telefon, SMS serta Facebook yang menjadi penghubung kami ketika saya berada di Sarawak.... Walaupun tidak bersama mereka, tapi ucapan dari mereka sudah cukup membuatkan saya sangat - sangat gembira.... Terima kasih juga diucapkan untuk sahabat - sahabat saya yang ucapkan hari jadi untuk saya... Tidak terkira ucapan yang saya terima di Wall Facebook saya & saya balas kesemuanya kerana saya betul - betul menghargai ucapan dari mereka.... Terima kasih sekali lagi saya ucapkan....

Begitu banyak yang menarik yang berlaku dalam perjalanan kehidupan saya sepanjang tempoh tersebut.... Semoga kehidupan saya & juga kalian semua menjadi lebih baik dari sebelumnya.... InsyaALLAH.. Moga ia dipermudahkan oleh Allah s.w.t... Amin.... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan buat kali ini... Semoga kita ketemu lagi di entry akan datang.... Sekian... Wassalam... (^_^)

Semoga anda semua menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik... (^_^)