Assalamualaikukm & salam 1 Malaysia untuk semua.... Agak lama saya tak post entry yang terkini di blog saya. Boleh dikira agak berhabuk blog saya tanpa cerita - cerita terkini... Hehehe.. Bukan ape.... Saya boleh katakan yang sepanjang bulan Februari ini, saya tersangat - sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti serta projek yang perlu dilaksanakan. Bohong saya katakan yang saya tak lelah melakukan banyak kerja pada satu masa. Tapi ini adalah salah satu cara ataupun langkah yang memang akan kita tempuhi sebagai manusia, di mana sikap tanggungjawab itu yang akan membawa diri kita melaksanakan amanah yang telah diberikan....
Sepanjang Februari ini, antara aktiviti yang saya ikuti ialah Intro Camp pada 10 -13 Februari yang lalu.... Banyak pengalaman menarik yang saya timba sepanjang perkhemahan tersebut. Walaupun ada kelemahan sepanjang perjalanan aktiviti tersebut, tapi itu adalah lumrah.... Mendapatkan kesempurnaan itu pasti agak sukar dalam mencapai ekspektasi yang terlalu tinggi untuk dicapai... Hujung bulan Mac ni pula, Final Camp pula akan menyusul... Apa yang pasti, saya & rakan - rakan yang lain akan melakukan yang lebih baik dalam melaksanakan aktiviti tersebut....
Hujung minggu lalu pula, saya mengikuti perkhemahan Team Building bersama para pelajar semester 1 fakulti saya. Ternyata, banyak cabaran yang kami tempuhi sepanjang kem tersebut... Namun objektif utama perkhemahan tersebut ialah untyk membina pasukan yang mantap & memupuk nilai - nilai kerjasama yang kukuh di kalangan para pelajar.... Walaupun saya hanya pelajar semester 2 & sama umur dengan mereka, tetapi mereka semua menghormati saya sebagai abang mereka.... Itu yang membuatkan saya betul - betul dihargai kerana mereka mempercayai serta menyenangi diri saya yang serba kelurangan ini.... Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelajar semester 1 FSR UiTM Sarawak kerana berjaya melalui Team Building dengan jayanya... Banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi & tempuhinya dengan penuh ketenangan serta keyakinan untuk mengatasi apa sahaja cabaran yang dihadapi.. Buktikan diri kalian terbaik antara yang terbaik...
Baiklah.. Setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan buat kali ini,... InsyaALLAH... Kita ketemu lagi pada entry yang seterusnya... Sekian.. Wassalam... (^_^)