My QLicK3RZZZ!!!!

Sunday, January 9, 2011

AJL25 tiba ke kemuncaknya!!!!

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia utk. semua... Harap kalian semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Hari ini saya ingin bercerita di luar topik tentang kehidupan saya... Kali ini saya nak bercerita tentang anugerah muzik yang sangat dinanti - nantikan oleh penggiat muzik tanah air sejak tahun 1986, iaitu Anugerah Juara lagu ( AJL ) ke - 25 yang akan berlangsung pada malam ini, di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur... 14 lagu akan berentap untuk menentukan siapa yang akan menjulang gelaran tertinggi yang menjadi rebutan komposer, penulis lirik & penyanyi... Yang pasti, persaingan tahun ini sangat - sangat sengit & menjanjikan malam yang cukup hebat bagi semua peminat muzik tanah air....

14 lagu yang akan berentap pada AJL25 kali ini ialah ( mengikut giliran persembahan ) :


  1. Cinta Sempurna ( Yuna ) < Yuna / Yuna >
  2. Berlari ( Tomok ) < Shazee Ishak & Tomok / Tomok >
  3. Pelita ( A.P.I ) < Loque / Loque >
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan ( Shahir ) < Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim >
  5. Drama King ( Meet Uncle Hussain ft. Black ) < Taja / Tun Teja >
  6. Noktah Cinta ( Hafiz ) < Ajai / Sheikh Qalam >
  7. Tolong Ingatkan Aku ( Ana Raffali ) < Ana Raffali / Ana Raffali >
  8. Selamat Malam ( Faizal Tahir ) < Faizal Tahir & Audi Mok / Faizal Tahir & Audi Mok >
  9. Ku Ada Kamu ( Adira ) < Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim >
  10. Ekstravaganza ( Bunkface ) < Sam Bunkface / Bunkface >
  11. Sofea Jane ( Black ) < Iswandy / Farril >
  12. Hanyut ( Faizal Tahir ) < Faizal Tahir & Audi Mok / Faizal Tahir & Audi Mok >
  13. Jahat ( Stacy ) < Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim >
  14. Mencari Konklusi ( Hujan ) < Noh Hujan / Noh Hujan >

Berdasarkan senarai akhir lagu yang akan berentap malam ini, ramai yang sukar mengagak siapa yang akan menjadi juara pada tahun ini. Pelbagai ramalan telah dilakukan oleh ramai pihak, baik peminat setiap artis yang bertanding mahupun pemerhati muzik. Yang jelas, AJL25 boleh disifatkan sebagai ulangan aksi AJL24 tahun lalu apabila menyaksikan pertembungan artis dari rancangan realiti seperti Faizal Tahir & Tomok ( O.I.A.M ), Stacy, Adira, Shahir & Hafiz ( Akademi Fantasia ) serta Black ( Mentor ) bersama kumpulan pemuzik indie seperti Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussain, serta gabungan pemuzik indie yang diberi nama Angkatan Pemuzik Indie atau akronimnya A.P.I.... Tidak dilupakan artis wanita yang turut bertanding kali ini iaitu ratu indie, Yuna serta artis & komposer yang meningkat naik iaitu Ana Raffali....

Ada ramalan yang mengatakan AJL25 menyaksikan penantian Faizal Tahir untuk meraih gelaran unggul AJL akan berakhir pada malam ini... Kolaborasinya bersama gandingan yang tidak dapat dipisahkan iaitu Audi Mok menerusi Hanyut & Selamat Malam menghasilkan komposisi melodi yang cukup hebat, khususnya lagu Hanyut. Malah, Audi sendiri menyatakan melodi lagu Hanyut memang dicipta untuk skala pertandingan besar seperti AJL... Namun, lagu Selamat Malam juga tidak kurang hebatnya terutamanya pencapaian yang cukup cemerlang dalam carta Muzik - Muzik 25 apabila mengungguli tangga pertama selama 7 minggu berturut - turut sebelum dirampas oleh lagu Noktah Cinta dendangan Hafiz... Nyata, Faizal Tahir membuktikan kehadirannya pada AJL kali ini akan menjadi ancaman yang besar buat artis - artis yang lain kerana ini adalah penampilan buat kali ke - 4 berturut - turut ( kecuali AJL22 kerana berdepan kes di "gam" ) & pastinya beliau ingin melakukan sesuatu yang pasti akan diingati peminat fanatiknya iaitu Rockensteiners...


Mampukah kedua - dua lagu ini memberikan kejayaan buat Faizal Tahir??

Ramalan lain turut memperlihatkan Meet Uncle Hussain akan kembali merampas takhta Juara Lagu selepas melakukannya menerusi Lagu Untukmu pada AJL23... Faizal Tahir turut yakin mengatakan lagu tersebut mempunyai kekuatan tersendiri untuk dijulang sebagai pemenang pada kali ini... Menampilkan Black sebagai vokalis undangan yang juga merupakan penyandang bagi kategori Vokal Terbaik pada AJL24 meneusi lagu Aku Rindu Sayang Kamu... Harus diakui, sentuhan magis oleh Taja mampu meletakkan lagu ini berada di posisi yang cukup selesa... Namun cabaran dari kumpulan sealiran mereka tidak boleh dipandang ringan, khususnya kumpulan Hujan yang tampil buat kali kedua berturut - turut di pentas AJL menerusi Mencari Konklusi yang boleh disifatkan mempunyai kekuatan yang cukup kuat dari seluruh aspek... Begitu juga dengan lagu Pelita ( A.P.I ) & Ekstravaganza ( Bunkface ) yang juga mampu memberikan cabaran mereka tersendiri... Yang pasti, AJL25 menjanjikan persaingan yang cukup menarik...




Barisan pemuzik indie yang hadir memberikan cabaran tersendiri


Edry Abd. Halim hadir pada pentas AJL25 sebagai komposer yang cukup dominan apabila 3 lagu ciptaannya iaitu Ku Ada Kamu ( Adira ), Kebahagiaan Dalam Perpisahan ( Shahir ) & Jahat ( Stacy ) layak untuk AJL kali ini... Persoalannya, mampukah lagu - lagu tersebut memberikan kejayaan untuk Edry??? Ajai juga turut mempertaruhkan lagu yang boleh disifatkan antara persaing yang hebat untuk gelaran Juara Lagu kali ini menerusi Noktah Cinta ( Hafiz )... Dengan gaya penyampaian nyanyian Hafiz yang sentiasa meninggalkan kesan yang cukup mendalam untuk semua pendengar, pasti Ajai boleh mengharapkan sesuatu yang bermakna  dari Hafiz.. 




Pertembungan menarik bintang - bintang kelahiran Akademi Fantasia...

Tomok & Yuna tampil di pentas AJL buat kali kedua berturut - turut, masing - masing menerusi lagu Berlari & Cinta Sempurna... Pastinya Yuna ingin mengulangi kejayaan Dan Sebenarnya yang diangkat sebagai naib juara pada edisi AJL yang lalu, manakala Tomok menjanjikan persembahan yang cukup menyengat & lebih baik berbanding lagu Rindu Terhenti pada edisi yang lalu... Penyandang Vokal Terbaik AJL24, Black tampil mempertahankan gelaran tersebut menerusi lagu Sofea Jane, namun ramai yang mengatakan Black mampu mengulangi kejayaan tersebut menerusi Drama King kerana penyampaian vokal beliau melalui lagu tersebut lebih menyerlah berbanding Sofea Jane... AJL25 turut menyaksikan penampilan pertama artis & komposer muda, Ana Raffali menerusi Tolong Ingatkan Aku... Sudah pasti, beliau mampu memberikan cabaran tersendiri pada malam kemuncak AJL25 nanti... 




Barisan artis muda yang mewarnai pentas AJL25...

Persoalan serta ramalan yang dilakukan oleh semua pihak sebelum berlangsungnya AJL25 akan terjawab pada malam ini pada pukul 9 malam menerusi TV3 & stesen radio rasmi Hot FM.... Yang pasti, kesemua 14 lagu yang bertanding pada AJL25 kali ini merupakan lagu yang sememangnya terbaik untuk edisi kali ini... Hanya juri professional yang akan memberikan jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan untuk AJL kali ini, di mana untuk kategori Juara Lagu, naib juara & tempat ke-3, 70% keputusan telah dibuat sebelum malam AJL, manakala 30% lagi ditentukan menerusi persembahan pada malam kemuncak tersebut... Kategori lain iaitu Vokal Terbaik & Persembahan Terbaik bakal diputuskan pada malam yang sama... Semoga anda semua terhibur & gembira dengan persembahan artis kesayangan anda pada malam kemuncak AJL nanti... Dengan itu, setakat ini sahaja ulasan AJL25 menerusi entry kali ini... Semoga kita ketemu lagi di entry akan datang.. Sekian.. Wassalam... (^_^)



Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru 2011!!!!

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia utk smua..... Kita berjumpa lg di tahun yg baru, iaitu tahun 2011.... Saya harap azam anda semua pada 2010 telah tercapai... Kalau tidak tercapai, tidak mengapa... Anda boleh meneruskan azam anda pada tahun yg lalu & membina azam yang baru pada tahun 2011 ini.... Entry kali ini lebih kepada imbasan perjalanan saya sepanjang 2010 yang penuh dengan kenangan suka & duka.....

Tahun 2010 merupakan tahun yang menyaksikan saya tidak lagi bergelar pelajar sekolah.... Sebaik sahaja saya habis peperiksaan SPM pada 16 Disember 2009, saya bukan lagi pelajar sekolah.... Di hati, memang berat juga untuk meninggalkan sekolah kerana banyak kenangan indah yang saya tidak lupakan, khususnya ketika menuntut di SMK Sg. Kapar Indah, Klang.... Tetapi perjalanan harus diteruskan.. Selepas itu, saya bekerja di Pizza Hut di Kapar... Tapi hanya bertahan selama seminggu sahaja sebab saya tak dapat terus bekerja di situ & saya tak gembira bekerja di sana... Kemudiannya saya bekerja di pasaraya Econsave di Meru... Tapi itu lebih teruk, hanya bertahan sehari sahaja.... Hehehe.... Akhirnya, saya bekerja selama 2 bulan setengah di kilang percetakan Tiong Tat di Sg. Kapar Indah.... Di kilang tersebut, saya dapat merasa mempunyai pendapatan sendiri pada waktu itu... Memang satu kepuasan yang tidak terhingga apabila dapat merasa duit gaji hasil titik peluh sendiri.....

Tahun 2010 juga menjadi tahun saya berjaya menunaikan azam saya... Alhamdulillah... Saya memperoleh kputusan yang baik untuk peperiksaan SPM.... Saya memperoleh 4A.... Bagi saya, keputusan itu sudah membuatkan saya & ahli keluarga gembira..... Yang paling penting, saya sentiasa ingin buat ibu bapa saya gembira dengan pencapaian saya.... Sekitar awal bulan Mei tahun itu juga, saya berjaya capai satu lagi azam yang saya ingin capai, iaitu ingin melanjutkan pengajian di menara gading.... Alhamdulillah.... Saya dapat melnjutkan peljaran bagi jurusan Diploma Pengajian Sukan di Universiti Teknologi MARA ( Kampus Samarahan, Sarawak ).... Memang saya akui saya agak berat untuk meninggalkan keluarga saya, apatah lagi untuk tempoh masa yg lama & melanjutkan pelajaran merentasi Laut China Selatan, iaitu di Kota Samarahan, Sarawak.... Tetapi ahli keluarga saya & semua kenalan saya memberikan sokongan moral yang tidak terhingga untuk saya meneruskan langkah ini kerana ini adalah peluang yang tidak semua peroleh.... Apa yang ingin saya katakan, kerana mereka lah saya masih meneruskan perjuangan saya di jurusan ini & ketika ini, saya baru melangkah ke semester 2.....

Saya juga diberi kepercayaan sebagai salah seorang komander bagi kor Kesatria Negara UiTM Sarawak.... Peringkat permulaan, saya memperoleh pangkat Komander Rendah Muda ( KRM ) selepas saya mengikuti Latihan Intensif Bakal Komander Siri 19 pada 22- 30 November 2010..... Mulai semester ini, saya diberi mandat untuk menjalankan tugas sebagai komander bagi kedua - dua kor iaitu Kesatria & Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam ( SISPA ) UiTM Sarawak.... Walaupun banyak tugas yang perlu saya laksanakan, tapi itu bukan alasan untuk saya tidak berusaha di dunia realiti, pasti lebih banyak tugasan yang lebih mencabar yang perlu dilalui & tidak ada ruang untuk kita melepaskan tanggungjawab kita kepada orang lain.... Itulah prinsip yang selalu dipesan oleh ayah saya.....

Kesimpulannya, tahun 2010 merupakan tahun yang membuatkan saya akan mengingati sepanjang tahun tersebut untuk selamanya.... InsyaALLAH... Tahun 2011 juga akan menjadi tahun yang memberi pelbagai kenangan yang indah dalam kehidupan saya.... Semuanya terpulang kepada diri kita untuk mencorakkan perjalanan kehidupan kita ini.... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan melalui entry ini.... Semoga kita ketemu lagi di masa akan datang.... Sekian.... Wassalam.... (^_^)