Antara kenangan manis saya di sini ialah bersama dgn Persatuan Siswa Siswi Pertahanan Awam ( SISPA ) UiTM Sarawak... Byk knangan manis terukir bersama persatuan ini.... Melalui persatuan ini, saya diberi peluang menjadi ahli Exco persatuan ini.... Ia merupakan saat yang takkan saya lupakan kerana saya diberi peluang memegang jawatan seawal semester 1 lg.... Namun, peluang yang diberikan itu perlu dibalas dengan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diberikan... Alhamdulillah.... Saya dapat melaksanakan tugas ini dengan baik.... Saya juga diberi peluang untuk mengikuti program Latihan Intensif Bakal Komander ( BK ) di bawah Kesatria.... Saya sendiri tak pernah duga saya diberi peluang yang tidak semua peroleh ini.... Ini merupakan penghormatan yang cukup besar untuk saya... Secara tidak langsung, saya dapat berkongsi pengalaman ini bersama semua kenalan di Klang, Selangor.... Terima kasih yang tidak terhingga di atas peluang & kepercayaan yang diberikan ini untuk saya...
Melalui persatuan ini juga, saya dapt mengenal erti kerjasama & kekeluargaan.... Kami mengharungi saat bersama sebagai satu keluarga.... Bagi saya, erti kekeluargaan perlu difahami & dibuktikan dengan jelas.... Kalau hanya sekadar menegaskan makna kekeluargaan melalui perkataan tanpa sebarang perbuatan untuk melaksanakannya, ia sekadar membuktikan perkara yang tidak akan berlaku.... Tetapi saya melihat kedua-duanya melaui persatuan ini... Walaupun kami berbeza kaum & anutan agama, tetapi kami memahami antara satu sama lain.... Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi khususnya untuk Tuan Putit Hj. Omar sebagai Penasihat SISPA yang bertanggungjawab memantau persatuan ini... Tidak dilupakan juga kepada Komander Mike & Komander Corn yg bertanggungjawab menjadi nadi penggerak persatuan ini.... Saya juga menggangap mereka seperti abang saya sendiri kerana mereka berdua memberi banyak kepercayaan & peluang untuk saya dalam aktiviti anjuran SISPA... Saya juga rapat dengan mereka berdua... Nyata jurang ' Senior & Junior ' tak pernah saya rasakan bersama mereka... Saya berharap mereka akan menjadi orang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi...
Bersama ahli - ahli SISPA.... |
We are One Family.... |
Bersama barisan komander Kesatria.... |