My QLicK3RZZZ!!!!

Saturday, October 2, 2010

Apa yang ingin dicapai????

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia buat semua.... Ketemu kita sekali lagi slpas seminggu saya menulis post sblumnya.... Malam selasa lalu, saya bersama dengan coursemate saya dri semester 1 berjaya menganjurkan Majlis Malam Motivasi Bersama Pensyarah Fakulti Sains Sukan & Rekreasi UiTM Sarawak... Kami semua diberi tempoh seminggu untuk menyiapkan segala aspek bagi menjayakan majlis tersebut.... Saya pula diberi tugas yang cukup besar iaitu dilantik sebagai Ketua Biro Logistik bagi majlis tersebut... Sepanjang satu minggu sebelum majlis tersebut dijalankan, pelbagai cabaran yg kami terpaksa tempuhi... Bagi biro logistik sendiri, saya bersama ahli - ahli yang lain terpaksa menggunakan " back-up plan " kerana semua pelan asal yang dirancang tidak dapat dilaksanakan... Namun, berkat usaha dari semua ahli, akhirnya kami berjaya juga melaksanakan kerja kami... Terima kasih yang tidak terhingga buat semua ahli khususnya ahli - ahli biro logistik yang bertungkus lumus melaksanakan tugas mereka.... Sesungguhnya, kejayaan kita hasil usaha kita semua....

Berbalik kepada topik post kali nie, ade sebab tersendiri kenapa saya utarakan tentang perkara ini... Saya ada bertanya dengan rakan - rakan saya di UiTM Sarawak.... Apa yang membuatkan saya tertanya - tanya & terkejut ialah mereka berada di sini tanpa sebarang matlamat & tidak tahu apa yang mereka perjuangkan di sini.... Bukan saya ingin mengatakan saya seorang yang arif tentang perkara ini, tetapi pada pendapat saya, sebagai seorang insan yang telah bergelar mahasiswa atau mahasiswi, mereka telah menetapkan matlamat atau impian yang ingin dicapai sepanjang mereka mengharungi perjalanan sebagai pelajar universiti... Paling penting, tetapkan niat bahawa perjuangan kehidupan ini demi membahagiakan ibu bapa & seluruh ahli keluarga yang telah banyak berkorban demi kita semua... Inilah masanya kita berikan kegembiraan yang cukup indah buat mereka dengan mengenggam kejayaan yang cemerlang di dalam bidang yang kita ceburi... Itulah yang saya sedang cuba & berusaha dengan sebaik mungkin demi mencapai impian tersebut... Perjuangan hidup saya bukan untuk diri saya seorang sahaja, tetapi buat semua yang sentiasa memberi semangat buat saya....

Sememangnya, perjalanan kehidupan kita masih panjang.... Pelbagai onak & duri yang perlu kita tempuhi dalam mematangkan diri kita sebagai insan yang berjaya.... Seperti kata - kata pujangga menyatakan bahawa " Guru Terbaik Dalam Menjadikan Kita Berjaya ialah PENGALAMAN "... Dengan pengalaman itulah yang menjadi ilmu untuk kita melalui apa jua halangan yang terpaksa kita tempuhi.... Semoga kita semua mendapat manfaat & iktibar melalui post kali ini... Sebelum saya mengakhiri coretan saya buat kali ini, saya ingin memohon maaf sekiranya post saya kali ini menyinggung mana - mana pihak.... Coretan saya kali ini hanya sebagai pandangan & bimbingan buat semua termasuk diri saya juga kerana kita semua berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.... Semoga kita bertemu lagi pada coretan yang akan datang... Sekian... Wassalam... (^_^)