My QLicK3RZZZ!!!!

Wednesday, January 30, 2013

Kisah Pilu 2012, Mengharap Sinar 2013...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia buat semua.. Nampak begitu lama saya tidak menulis entry baru pada blog ini.. Boleh dikatakan agak ‘berhabuk’ jugak blog saya ini sebab tak dibersihkan... Hehe.. Baiklah.. Sebenarnya entry saya kali ini lebih kepada luahan perasaan & pengakuan tentang apa yang berlaku kepada saya pada penghujung tahun lepas & sekitar 2 minggu yang lepas... Ada yang tahu tentang apa yang berlaku terhadap saya kebelakangan ini.. Tapi kepada yang belum mengetahui apa yang saya maksudkan ini, entry kali ini saya akan menceritakan segala kisah yang berlaku terhadap diri saya... Ia berkisar tentang KEGAGALAN YANG MEMILUKAN....
·         PERMULAAN....
Ramai yang menyangka bahawa saya telah menamatkan pengajian Diploma saya pada penghujung semester yang lalu (Semester Jun - Oktober 2012) kerana semester yang lalu merupakan semester terakhir saya... TETAPI... Sebenarnya saya BELUM MENAMATKAN pengajian saya lagi... Kenapa?? Pada hari keputusan peperiksaan akhir diumumkan, saya GAGAL satu subjek iaitu ACC166 (Financial & Cost Accounting)... Apabila saya mengetahui keputusan tersebut, saya sedikit sedih pada waktu tersebut, tetapi saya mengetahui & sudah menjangka ia akan berlaku kerana pada peperiksaan akhir (Final Exam) bagi subjek tersebut, saya melakukan banyak kesilapan.. Kemudian, saya mengambil keputusan untuk mengambil keputusan untuk mengambil Peperiksaan Khas (Supplementary Exam) bagi subjek tersebut di kampus UiTM Shah Alam kerana pada waktu tersebut, saya ada urusan yang perlu dilaksanakan sekembalinya dari Sarawak pada waktu tersebut... Sepanjang tempoh seminggu sebelum peperiksaan khas tersebut, saya melakukan persiapan rapi dengan dibantu rakan saya, Muhamad Adam yang juga rakan sekelas saya ketika menuntut di UiTM Sarawak dulu.. Beliau membantu saya dengan mengajar saya berkaitan Accounting... Alhamdulillah.. Berkat tunjuk ajar beliau, saya lebih memahami apa yang perlu dilaksanakan dlm subjek tersebut & cara menjawab soalan yang sering kali keluar pada peperiksaan akhir... Tiba pada hari peperiksaan, saya melakukan sehabis baik pada subjek tersebut untuk memastikan saya tidak lagi tercicir & melakukan kesilapan yang sama.. Selepas tamat peperiksaan tersebut, saya rasa lega kerana saya melakukan yang lebih baik berbanding dulu, walaupun ada beberapa soalan yang saya tidak dapat sempurnakan dengan baik... Tetapi selepas peperiksaan tersebut, saya berserah & tawakal untuk mengharapkan segala usaha yang dilakukan kali ini berbaloi...
·         HARI KEPUTUSAN....
28 Disember 2012 merupakan hari keputusan peperiksaan khas dikeluarkan... Jujur saya katakan, saya sendiri TIDAK SUKA dengan perasaan berdebar menanti keputusan kerana setiap semester saya melalui perasaan yang tidak membuatkan saya selesa... Pada waktu tersebut, saya meminta adik saya untuk melihat keputusan yang saya peroleh... Berita gembira yang diharapkan bertukar menjadi KEDUKAAN... Adik saya memberitahu saya bahawa saya MASIH GAGAL selepas peperiksaan khas tersebut... Saya sendiri tidak percaya pada awalnya & saya terus melihat dengan mata saya sendiri... Perasaan TIDAK PERCAYA masih menebal di dalam diri saya pada waktu tersebut.. Pada malam hari tersebut, saya berhubung dengan Koordinator Kursus, En. Gordon berkaitan hal tersebut... Saya tidak berhenti berdoa agar apa yang saya lihat tidak betul... NAMUN, apa yang berlaku di depan mata saya adalah BETUL... Beliau mengesahkan bahawa saya GAGAL & perlu meneruskan pengajian Diploma saya sebagai pelajar Semester 6 (Extend)... Tidak lama kemudian, beliau meminta saya bertenang & fikir apa langkah yang perlu dilaksanakan seterusnya & beliau akan cuba membantu saya sebaik mungkin... Hari tersebut merupakan detik yang saya tidak dapat lupakan kerana ia merupakan HARI YANG PENUH KEKECEWAAN buat saya...

·         PERASAAN....
Perasaan saya pada waktu tersebut??? YA ALLAH.. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada waktu tersebut... Ia merupakan berita yang membuatkan hati saya betul-betul PILU,SEBAK, REMUK & PUTUS ASA kerana impian saya BERKECAI begitu sahaja... Perkara pertama yang membuatkan saya PALING SEDIH ialah saya tidak dapat MENUNAIKAN JANJI saya untuk menamatkan pengajian saya TEPAT PADA MASANYA (ON-TIME) kepada kedua ibu bapa saya... Wajah mereka jelas terpampang di minda saya pada waktu tersebut... Saya sendiri merasa diri saya TIDAK BERGUNA kerana tidak dapat melaksanakan pengajian saya sebaik mungkin sehingga menyebabkan perkara ini berlaku... Saya juga telah mengecewakan para pensyarah yang mengharapkan saya untuk menamatkan pengajian saya pada waktu yang sepatutnya... Yang pasti, impian saya untuk meneruskan pengajian saya di peringkat IJAZAH SARJANA MUDA musnah disebabkan kegagalan saya... Hampir sebulan saya begitu SUGUL & TIDAK BERSEMANGAT seperti kebiasaan.. Keluarga saya sendiri dapat melihat perubahan saya pada waktu tersebut... Jujur saya katakan, saya TIDAK MAHU balik semula ke kampus asal untuk meneruskan pengajian saya bagi tempoh tersebut kerana saya berasa MALU yang teramat sangat kerana terpaksa MENGULANG (REPEAT) & melanjutkan tempoh pengajian saya (EXTEND)... Saya pasti setiap orang tidak mahu situasi itu berlaku di dalam hidup mereka... Saya sendiri menganggap subjek ACC166 sebagai TIDAK RELEVAN & TIDAK BERKAITAN dengan kursus yang saya pelajari iaitu Diploma Pengajian Sukan kerana ia boleh MEMBUNUH para pelajar... Dan ternyata, saya yang menjadi KORBAN disebabkan subjek tersebut.. TETAPI, saya tidak boleh menuding jari sepenuhnya disebabkan alasan tersebut.. Mungkin saya sendiri yang tidak berusaha keras untuk melakukan yang terbaik... Dan saya harus akur dengan ketentuan ini kerana saya pasti, ini merupakan ujian daripada Allah s.w.t buat umatNya utk emjadi lebih kuat & tidak leka..
·         REFLEKSI DIRI....
Ketika ini, saya meneruskan pengajian saya untuk subjek tersebut sebagai PELAJAR MENUMPANG di kampus UiTM Shah Alam bersama rakan saya, Norazila Ahmad (Zell) bersama para pelajar Program Jarak Jauh (PJJ).. InsyaALLAH, pada peperiksaan akhir nanti saya akan pulang semula ke kampus UiTM Sarawak untuk mengambil peperiksaan tersebut & menyelesaikan tugas-tugas lain yang perlu dilaksanakan.. Saya sendiri bersyukur kerana ibu bapa saya betul-betul memahami situasi yang saya lalui & mereka tidak putus-putus memberi saya semangat untuk melakukan yang lebih baik lagi... Tanpa mereka, saya ibarat sebuah ‘rangka basikal’ yang tidak dapat bergerak tanpa roda & segala aksesori yang mampu membuatkan basikal itu bergerak ke hadapan.. Dengan semangat daripada mereka, saya dapat mara ke hadapan & tidak lagi menoleh ke belakang sejarah hitam tersebut.. ‘Kejayaan yang lebih baik menanti di hadapan sana berkat semengat & usaha yang tidak mengenal erti putus asa’... Begitulah kata-kata azimat yang diberikan oleh ayah saya sebagai bekalan untuk masa depan..
Kepada rakan-rakan yang mengambil berat tentang keadaan saya, saya mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH... Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas budi baik anda.. Nyata situasi tersebut membuka mata saya ketika itu terhadap ERTI PERSAHABATAN yang sebenar di mana sahabat sejati akan sentiasa bersama kita tidak kira susah mahupun senang... Nyata kawan ketika suka ramai, tapi kawan ketika susah begitu susah dicari... Renung-renungkan.. 
Begitulah coretan saya pada kali ini... Saya memohon maaf sekiranya entry kali ini sangat panjang untuk dibaca kerana seperti yang saya katakan awal tadi, ia merupakan luahan perasaan serta pengakuan yang saya dah lama simpan di sanubari saya selama ini... Saya juga ingin memohon AMPUN & MAAF buat semua insan yang terlibat iaitu KELUARGA, PARA PENSYARAH, RAKAN-RAKAN serta PARA KENALAN yang mengenali diri saya kerana saya TIDAK BERJAYA melunaskan tanggungjawab saya sebaik mungkin... InsyaALLAH, saya akan melakukan yang lebih baik untuk memastikan saya dapat menamatkan pengajian saya semester ini.. Doa dari kalian amat saya harapkan & untuk rakan seperjuangan saya juga, iaitu Zell.. Saya juga ingin mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada rakan-rakan yang bakal mengetahui keputusan tawaran kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Sesi Pengambilan Mac 2013 bermula ESOK (31 Januari 2013)... InsyaALLAH... Saya akan menyusul juga pada pengambilan September 2013 nanti.. Amin..  Semoga kita bertemu lagi pada entry yang akan datang.. SELAMAT TAHUN BARU 2013!!! Wassalam..

Wednesday, May 23, 2012

Pengertian Tentang Kehidupan...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia... Yorobun, ANYEONGHASEYO!!!! Hehehe... Itu adalah ucapan HELLO SEMUA dalam bahasa Korea... Maklumlah, memang diakui minat saya terhadap aspek berkaitan Korea bukan setakat lagu KPOP sahaja, tapi saya berminat untuk mengenali budaya & mempelajari bahasa mereka yang unik.. Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru, asalkan ia membawa kepada ke arah kebaikan.. Betul tak?? Hehe.. Ok lah.. Kita tinggalkan cerita itu... Saya harap kalian semua sihat sentiasa... Entry kali ini adalah lebih kepada apa yang ingin saya luahkan tentang pelajaran yang paling sukar diramal tetapi penuh dengan keunikan, iaitu pelajaran tentang ERTI KEHIDUPAN...

Saya pasti setiap orang melalui perjalanan hidup yang barangkali unik dan ada juga yang diulit dengan kesedihan mahupun kegembiraan... Pelbagai sebab mengapa kita berasa gembira atau sedih... Saya akan berkongsi dengan kalian semua mengenai definisi saya tentang ASPEK-ASPEK yang dilalui dalam kehidupan...
  • KELUARGA...

Saya dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana... Pernah juga kami sekeluarga melalui kehidupan yang sukar... Tetapi pada masa itu, saya masih lagi belum matang dan tidak memahami semua itu... Bila saya terfikir balik, saya merasakan saya terlalu banyak menyusahkan ibu bapa saya yang bertungkus lumus mencari rezeki buat kami adik-beradik... Apabila saya mula sedar tentang semua itu, pernah saya terfikir untuk membantu mereka mencari rezeki... Mungkin naluri seorang anak, apatah lagi sebagai anak sulung, tanggungjawab itu saya sendiri dapat rasa sebagai satu perkara yang saya perlu pikul... Bagi saya, kepentingan untuk diri saya sendiri saya tolak ke tepi.. Keluarga menjadi keutamaan saya... Tetapi ibu bapa saya selalu mengingatkan saya, PELAJARAN harus dijadikan keutamaan... Jangan terlalu fikirkan tentang keringat kami... Yang penting, belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya... Begitulah sikap ibu bapa kita... Mereka tidak mahu kita terlalu memikirkan tentang penat lelah mereka bekerja mencari rezeki.. Hanya kejayaan yang membanggakan pintaan mereka... Buat kedua ibu bapa saya, PUAN NORHASHIMAH BINTI SELAMAT & EN. SAMIRAN BIN SHAHADI, Faez akan berusaha sebaik mungkin demi keluarga & adik-adik.. InsyaALLAH.. Faez akan balas jasa mak dan ayah dengan kejayaan yang cemerlang... Terima kasih kerana sentiasa menjadi pendorong semangat buat Faez dari detik Faez dilahirkan sehingga sekarang... Mak & Ayah insan yang terbaik dalam hidup Faez....
Keluarga sentiasa menjadi tulang-belakang buat anak... 
  • PENCAPAIAN...

Alhamdulillah... Ketika ini, saya bakal memasuki semester akhir bagi pengajian kursus Diploma Pengajian Sukan (SR113) di UiTM Samarahan, Sarawak... Bercerita tentang pencapaian, saya sendiri akui dari aspek pelajaran, ada pasang surutnya... Ada kalanya tinggi tetapi ada kalanya jatuh ke bawah... Saya sendiri pernah merasa TEKANAN yang cukup hebat dengan pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan... Tetapi saya gagahkan juga dan menerima cabaran tersebut sebagai pengalaman yang berguna untuk hidup saya... Dari aspek pencapaian lain, saya sendiri secara peribadi berasa saya dapat menggapai peluang yang tidak semua orang miliki... Menjadi wakil bagi Komander Kesatria UiTM Sarawak bagi Komander Kesatria Endurance Challenge ( KKEC ) 2011 di UiTM Arau,Perlis & Jambori Komander Kesatria 2011 di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah peluang yang cukup besar diberikan oleh pihak UiTM Sarawak kepada saya & rakan komander yang lain... Dari situ, saya sendiri dapat melihat di manakah kredibliti & kemampuan saya untuk menggalas amanat yang diberikan... Apa yang pasti, saya akan cuba berusaha untuk melakukan yang lebih baik dalam apa jua amanat & tugasan yang diberikan... Kemampuan diri sendiri yang bakal mencorakkan tahap pencapaian yang bakal kita peroleh.. Itu sesuatu yang pasti... J
  •  CINTA???

Hahaha... Saya pasti aspek ini yang menjadi perhatian kalian semua... Hehe... OK... Saya mengakui, saya sendiri pernah lalui fasa ini.. Tapi tak kekal lama... Sebabnya??? Tak perlu saya tulis di sini kerana ia agak peribadi dan biar saya seorang sahaja yang simpan... Jujur saya katakan, selepas apa yang berlaku, saya agak FOBIA untuk melalui fasa itu lagi... Memang benar apa yang orang selalu katakan, bila saat indah, ia sesuatu yang cukup manis... Tetapi apabila ianya bertukar menjadi sebaliknya, ia sesuatu yang cukup pahit untuk diterima... Buat masa ini, saya harus tolak semua perasaan sebegitu ke tepi kerana saya perlu tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan tugasan saya yang lebih penting... Apabila sampai masanya, baru saya fikirkan semua tu kembali... Ada yang bertanya kepada saya apa ciri-ciri wanita pilihan saya??? Jawapan saya??? Mudah saja.. Yang penting, hati mesti ikhlas, baik & sentiasa menerima saya seadanya serta sentiasa bersama saya tidak kira situasi yang senang mahupun sukar... Rupa paras adalah semua kurniaan Allah s.w.t.. Saya dapat  menerima dirinya seadanya, tidak lebih daripada itu... Tetapi buat masa sekarang, CINTA saya terhadap KELUARGA, PELAJARAN dan Maha Pencipta, Allah s.w.t menjadi keutamaan buat diri saya... 

Kegagalan dalam percintaan selalu mengundang kepada kesedihan & kemurungan...
Cinta kepada Maha Pencipta, Allah s.w.t....
Menerima diri saya seadanya.. Itu yang paling penting...

    Pelajaran menjadi keutamaan untuk berjaya dengan cemerlang di dalam kehidupan... 
  •  MASA DEPAN....

Saya selalu menetapkan perkara yang saya perlu capai dalam 5 tahun akan datang kerana kita mesti meletakkan matlamat untuk jangka masa panjang... InsyaALLAH.. Dalam tempoh 5 tahun akan datang, saya meletakkan sasaran untuk berjaya mengenggam segulung ijazah di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan di UiTM dan seterusnya mencari pekerjaan yang berkaitan dengan pembangunan belia & sukan secara khususnya... Mungkin terlalu awal untuk memikirkan semua itu, tetapi apabila kita merancang apa yang kita ingin capai, kita dapat merencanakan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan cita-cita yang ingin dicapai...  Sememangnya tanpa perancangan, kita tidak dapat capai apa yang kita impikan... InsyaALLAH... Saya juga berharap saya dapat memberi kehidupan yang lebih baik untuk keluarga saya... Sememangnya itu merupakan perancangan utama saya... Kahwin??? Mungkin.... Hehehe... Saya sendiri merasakan mungkin ianya mungkin berlaku lebih lama lagi daripada tempoh 5 tahun yang akan datang... Itu semua urusan daripada Allah s.w.t... Kita mampu merancang, tetapi segala yang berlaku atas ketentuan olehNya... Paling penting, saya akan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya untuk menjadi insan yang sentiasa berpegang kepada ajaran Allah s.w.t... Amin...

Segulung ijazah harus menjadi sasaran selepas tamat pengajian di peringkat Diploma
Kahwin??? Lama lagi tu... Belum masanya lagi... Hehe...
Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang mampu saya coretkan untuk entry kali ini... Semoga kalian semua dapat mengenali serba sedikit tentang sisi kehidupan insan yang bernama AMIRUL FAEZ BIN SAMIRAN ini... Saya mendoakan agar kalian semua diberikan kesihatan yang terbaik & berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi... Semoga kita ketemu lagi pada entry yang seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)

Tuesday, April 10, 2012

Coretan Pertama Tahun 2012!!!

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia buat semua.. Syukur.. Alhamdulillah... Kita semua masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus menjalani kehidupan kita di muka bumi ciptaanNya ini... Pertama sekali, saya ingin memohon ampun & maaf kerana dah lama tidak memasukkan entry baru ke dalam blog saya... Apa yang boleh saya katakan, saya terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan, terutamanya assignment, test, kuiz & aktiviti-aktiviti di universiti... Walaupun pada waktu ini sudah bermula cuti semester, tetapi saya sedang menjalani latihan praktikal di Pejabat Belia & Sukan Daerah Klang bermula dari 3 April 2012 yang lalu sehingga 25 Mei 2012 nanti.. Setidak-tidaknya, cuti semester kali ini saya melaksanakan tugas saya sebagai pelajar Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Sarawak & sebagai pelatih praktikal di Pejabat Belia & Sukan Daerah Klang...

Baiklah.. Untuk coretan kali ini, saya ingin bercerita mengenai perjalanan kehidupan saya bermula Januari sehingga Mac untuk tahun 2012 kali ini... Sememangnya di dalam tempoh tersebut, tugasan tidak pernah putus memenuhi diari tugasan saya.. Selepas satu kerja diselesaikan, kerja lain pula yang datang.. Jujur saya katakan, pernah sampai ke satu tahap yang saya betul-betul rasa letih & tidak cukup rehat, bahkan saya seperti hilang semangat.. Tetapi bila memikirkan tentang kebaikan masa depan saya dan yang paling penting, memikirkan betapa besarnya pengorbanan kedua ibu bapa serta ahli keluarga saya selama ini, saya gagahkan juga untuk melakukan yang terbaik... Alhamdulillah.. Saya telah berjaya menempuhi semester yang diperkatakan oleh senior-senior saya sebagai “Semester yang paling sibuk” sepanjang peringkat diploma ini... Tetapi mereka mengingatkan kepada saya, semester 5 nanti lebih sukar & penuh dengan dugaan & cabaran... InsyaALLAH.. Saya akan cuba lakukan yang terbaik...

Bercerita tentang Peperiksaan Akhir ( Final Exam ) yang saya lalui sepanjang bulan Mac yang lalu, apa yang saya boleh simpulkan ialah bentuk soalan yang muncul sepanjang peperiksaan tersebut ialah ‘unpredictable’... Saya berkata begitu kerana banyak soalan yang keluar sepanjang peperiksaan tersebut ialah soalan yang tidak pernah dijangka akan keluar untuk kali ini... Saya sendiri dapat merasakan kesukaran yang terpaksa ditempuhi apabila terpaksa menghadapi situasi sedemikian bersama rakan-rakan saya yang lain... Usaha telah dilaksanakan... Pada waktu ini hanya mampu berserah & berdoa agar keputusan yang diperoleh nanti memberi kepuasan yang berbaloi atas usaha yang dilimpahkan selama ini... Moga ia akan menjadi kenyataan.. InsyaALLAH... Amin...             

Sepanjang tempoh tersebut itu juga, saya melalui detik yang sukar secara peribadi.. Mungkin ada yang mengetahui apa yang saya maksudkan.. Jadi, tidak perlu saya bercerita lebih mendalam tentang hal tersebut... Cuma apa yang boleh saya katakan, perkara tersebut telah mendidik saya untuk menjadi lebih baik & menjadi insan yang lebih matang... Pada waktu ini, mungkin bukan waktu yang sesuai untuk melalui fasa tersebut... Saya percaya waktu tersebut akan tiba juga pada saya... Pasti ada hikmah yang terbaik di sebalik apa yang terjadi... Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan yang banyak memberi sokongan serta dorongan semangat buat saya untuk menempuhi detik sukar tersebut... Saya sendiri bukan insan yang kuat untuk melalui segala dugaan ini... Tetapi berkat sokongan dari semua, saya kembali menjadi insan bernama AMIRUL FAEZ BIN SAMIRAN yang sebenar... Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua...

Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan buat kali ini... Saya mendoakan agar anda semua terus ceria dan bersemangat dalam menempuhi hari-hari yang mendatang... Semoga kita bertemu lagi pada entry blog saya yang seterusnya... Sekian... Wassalam... (^_^)

Wednesday, November 9, 2011

Ceritera indah Jambori Komander Kesatria 2011

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia buat semua... Pertama sekali, saya ingin memohon ampun & maaf kepada semua kerana dah lama saya tak update entry terbaru di blog saya ini.. Maklum sajalah, jadual saya memang terlalu padat sepanjang semester 3 yang lalu... Alhamdulillah... Saya mempunyai waktu terluang untuk berkongsi cerita menarik sepanjang cuti semester kali ini... Berbanding rakan – rakan saya yang lain, saya hanya mempunyai cuti sekitar 3 minggu sahaja kerana pada awal cuti semester yang lalu, saya terlibat dengan latihan untuk menghadapi Jambori Komander Kesatria 2011 yang berlangsung pada 26 – 30 Oktober 2011 di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan...Entry kali ini, saya ingin berkongsi cerita menarik sepanjang saya menghadapi Jambori yang lalu bersama para Komander Kesatria dari seluruh kampus UiTM...

UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadi tuan rumah Jambori kali ini...

26 Oktober 2011 ( Rabu )

Kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ( KIA ) sekitar jam 10.30 pagi... Penerbangan kami menuju ke LCCT adalah pada jam 1.55 tgh hari... Ketika itu, kami hampir sahaja penerbangan kami kerana kami mempunyai sedikit masalah tentang ‘luggage’ di kaunter ‘drop-in luggage’... Alhamdulillah.. Kami berjaya juga menaiki ‘flight’ kami tepat pada waktu yang ditetapkan... Kami mendarat di LCCT pada sekitar jam 3.35 petang... Setibanya kami di sana, bas dari UiTM Negeri Sembilan sudah tiba untuk membawa kami ke kampus mereka... Penolong Ketua Unit Kokurikulum UiTM Negeri Sembilan, En. Jimmy & Ketua Urusetia Jambori Komander Kesatria 2011, Komander Syazwan turut serta untuk memberi penerangan tentang perjalanan kami menuju ke kampus UiTM Kuala Pilah...

Kami tiba di UiTM Kuala Pilah pada sekitar jam 8.00 malam.. Pada waktu itu, kami tak mempunyai banyak waktu kerana taklimat rasmi tentang perjalanan Jambori kali ini bermula pada jam 8.30 malam... Selepas kami selesai menyimpan barang – barang kami di bilik penginapan yang disediakan, kami terus bergegas ke Dewan Seminar untuk mendengar taklimat... Pada waktu itu, kami menerima kejutan terbesar, iaitu Pertandingan Kawad Kaki akan diadakan pada keesokan harinya ( 27 Oktober 2011, Khamis ) dan kampus UiTM Sarawak hanya dimaklumkan tentang perkara itu pada waktu itu juga.. Selepas selesai taklimat, kami terus bergegas ke Padang Kawad UiTM Kuala Pilah untuk mengadakan latihan terakhir.. Namun, jujur saya katakan, pada waktu itu, kami tak dapat memberikan yang terbaik sepanjang latihan terakhir kerana masing – masing kepenatan mengharungi perjalanan yang panjang menuju ke kampus Kuala Pilah... Saya sendiri tidak dapat memberikan 100% persembahan terbaik sepanjang waktu itu... Selepas latihan terakhir tersebut, kami terus pulang ke bilik penginapan masing – masing untuk berehat sebelum menghadapi pertandingan yang mencabar pada keesokannya...

27 Oktober 2011 ( Khamis )

Perjuangan pertama kami bermula pada hari tersebut.. Kami menghadapi Pertandingan Kawad Kaki pada pagi tersebut... Kami merupakan kontinjen ke-8 yang melakukan persembahan kawad kaki di hadapan para juri yang terdiri daripada pegawai 1 Briged... Saya sendiri pada waktu itu, memang gementar kerana sudah lama saya tak kawad kaki bagi pertandingan yang besar di khalayak ramai... Namun, saya sentiasa mengingati sepanjang pertandingan tersebut kerana inilah kali pertama saya menyertai pertandingan kawad kaki di peringkat tertinggi... Pencapaian tertinggi sebelum ini hanyalah mewakili peringkat sekolah sahaja... Kali ini, saya sudah mewakili bagi kampus UiTM Sarawak... Tambahan pula, kami semua dinilai oleh pihak Tentera, di mana sememangnya mereka lebih arif tentang hal – hal berkaitan kawad kaki ini... Alhamdulillah... Kami berjaya melakukan yang terbaik sepanjang persembahan kami diketuai oleh ketua platun kami , iaitu Komander Muda ( KM ) Syazmi bin Alias... Walaupun kami tidak mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan ‘venue’ bagi acara tersebut, tetapi kami telah melakukan sehabis baik... Sekalung tahniah buat semua rakan – rakan komander UiTM Sarawak yang lain di atas komitmen yang diberikan...

Tiba giliran kontingen UiTM Sarawak untuk melangakh ke Gelanggang Kawad Kaki...
Selepas pertandingan Kawad Kaki....
Pada sesi petang, semua para komander seluruh kampus UiTM terlibat untuk raptai Perasmian Jambori Komander Kesatria 2011 yang diadakan pada pagi keesokan harinya ( 28 Oktober 2011, Jumaat )... Pada waktu itu, kami semua terpaksa berhadapan dengan cuaca panas terik yang boleh saya katakan sememangnya itu merupakan bagaimana cuaca panas terik bagi kawasan Semenanjung Malaysia... Namun bagi rakan – rakan komander yang lain terutama dari Sabah & Sarawak, mereka menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sedemikian kerana keadaan cuaca di kawasan sana tidak begitu panas berbanding apa yang berlaku ketika itu di UiTM Kuala Pilah... Selesai sesi raptai tersebut, pada malamnya, kami menghadiri ceramah tentang Ketuanan Melayu & terus berehat di bilik penginapan masing – masing selepas selesai ceramah tersebut untuk menghadapi hari seterusnya...

28 Oktober 2011 ( Jumaat )

Perasmian Jambori Komander Kesatria 2011 telah selamat disempurnakan pada pagi hari tersebut, di mana perasmian tersebut dilaksanakan oleh YAB Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah, Dato Hassan Malek... Antara yang menarik sepanjang perasmian tersebut ialah pertunjukkan pancaragam oleh Kontingen Brass Band UiTM Shah Alam, pesembahan Tempur Tanpa Senjata dari para komander UiTM Pulau Pinang & persembahan tarian tradisional oleh komander UiTM Dungun, Terengganu...

Sekitar Majlis Perasmian Jambori Komander Kesatria 2011...
Selepas sembahyang Jumaat, pertandingan Extreme Outdoor Quest ( EOQ ) diadakan pada sekitar jam 3.00 ptg.... Saya turut menyertai acara tersebut sebagai peserta simpanan... Walaupun kami ketinggalan agak jauh selepas larian 10 km pertama oleh kumpulan pertama peserta larian, tetapi kami berjaya mengejar kembali pasukan di hadapan melalui disiplin berbasikal sepanjang 35 km... Pasukan berbasikal kami yang diketuai oleh Komander Muda ( KM ) Ehlid bersama KM Hugo, Komander Rendah Kanan ( KRK ) Ismail & Komander Rendah Muda ( KRM ) Shahfandy berjaya memintas 5 pasukan di hadapan... Namun sayangnya, pertandingan tersebut terpaksa dihentikan akibat cuaca yang tidak mengizinkan & begitu berbahaya untuk diteruskan... Para komander lain turut memuji kemampuan pelumba basikal pasukan kami kerana keupayaan fizikal yang ditunjukkan oleh para pelumba basikal kami berada pada tahap yang tertinggi.. Kalian memang terbaik!!!

Barisan pelumba basikal UiTM Sarawak bagi acara EOQ....
Pada sesi malam, kami menghadiri forum yang bertajuk “Komander Kesatria Menjana Transformasi Negara”... Tumpuan sebenar sepanjang forum tersebut adalah panel nya, iaitu sutradara yang terkenal melalui filem arahan beliau seperti ‘Jangan Pandang Belakang’, ‘Adnan Sempit’ serta yang terbaru, ‘Hantu Bonceng’, iaitu En. Ahmad Idham... Pada awalnya, saya sendiri tertanya – tanya mengapa beliau dijemput bagi forum tersebut.. Rupa – rupanya beliau merupakan Alumni Komander Kesatria, di mana beliau pernah memegang pangkat Komander Kanan ( KK ) sewaktu beliau menjadi pelajar di UiTM Arau, Perlis bagi jurusan Diploma Perakaunan... Beliau menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang komander & pesanan beliau untuk semua para komander... Beliau memberitahu bahawa sebagai seorang komander, kita harus berbangga dengan jawatan sebagai seorang komander kerana ia merupakan pencapaian yang tidak semua orang miliki... Namun, ia harus dibuktikan dengan pencapaian yang boleh dijadikan contoh & teladan untuk semua... Pesanan beliau menjadi pegangan untuk saya agar saya dapat menjadi insan berkaliber seperti beliau...

Ahmad Idham...
29 Oktober 2011 ( Sabtu )

Seawal jam 6.45 pagi, semua kontingen setiap kampus bergerak ke Kem Tentera Seremban, Negeri Sembilan bagi acara seterusnya, iaitu Lintas Halangan... Sepanjang acara tersebut, saya berada di ‘checkpoint’ bagi halangan tembok 12 kaki... Saya berpeluang melihat pelbagai skill & teknik bagi melepasi halangan tersebut... Kekurangan dari segi teknik menjadi salah satu faktor mengapa kami tidak mencatat masa yang baik bagi acara tersebut... Namun secara keseluruhannya, kami telah melakukan yang terbaik bagi acara tersebut...

Aksi para komander di halangan Tembok 12 Kaki...
Pada sesi petang, acara Operasi Khidmat Masyarakat ( OPKIM ) telah diadakan... Namun, saya bersama beberapa komander yang lain tidak turut serta kerana kami terlibat untuk persiapan terakhir bagi persembahan koir untuk bagi Pertandingan Koir pada sesi malam... Kami melakukan beberapa persiapan terakhir serta perubahan sedikit sebelum menghadapi pertandingan tersebut...

Gambar kontingen UiTM Sarawak & UiTM Shah Alam selepas tamat OPKIM...
Tiba pada sesi malam, Majlis Penutupan Jambori Komander Kesatria 2011 diadakan beserta Pertandingan Koir... Saya diamanahkan sebagai konduktor koir bagi kontingen UiTM Sarawak... Pada waktu itu, saya sendiri tidak meletakkan sebarang tekanan kepada diri saya kerana pada ketika itu, saya hanya ingin melakukan persembahan yang terbaik & menghiburkan untuk seluruh kampus yang lain... Selepas selesai persembahan kami, kami semua berpuas hati kerana kami berjaya menghiburkan semua penonton yang hadir kerana kami sendiri tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan persiapan yang terbaik bagi pertandingan koir tersebut... Selepas selesai acara penutup tersebut, saya sempat berborak – borak bersama para komander kampus lain & bertukar – tukar nombor telefon.. Inilah salah satu objektif bagi Jambori kali ini, iaitu dapat mengeratkan ukhuwah sesama para komander bagi seluruh kampus... Alhamdulillah... Jambori kali ini berjaya meninggalkan impak yang cukup berkesan buat semua para komander yang menyertai Jambori kali ini...

Sebelum pertandingan koir...
30 Oktober 2011 ( Ahad )

Hari terakhir bagi saya serta para komander yang lain... Begitu pantas masa berlalu sehingga tidak terasa berakhir sudah Jambori Komander Kesatria bagi edisi 2011... Sebelum saya pulang, saya sempat memberikan ole-ole buah tangan dari Sarawak kepada para komander yang sempat saya temui sebelum mereka pulang... Saya juga mengucapkan selamat tinggal kepada rakan seperjuangan saya dari UiTM Sarawak sebelum mereka pergi membuat lawatan serta jalan – jalan di kawasan sekitar Negeri Sembilan & Melaka...

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada Ketua Unit Kokurikulum UiTM Sarawak, En. Rasli Baki & Jurulatih Kesatria UiTM Sarawak, En. Ramie Jaritan kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai Jambori kali ini... Tidak dilupakan kepada seluruh anggota kontingen UiTM Sarawak yang melalui saat suka duka sepnjang Jambori kali ini... InsyaALLAH... Tahun depan kita lakukan yang lebih baik untuk edisi akan datang... Sekalung tahniah & terima kasih juga untuk pihak urusetia Jambori Komander Kesatria 2011 yang terdiri daripada para komander UiTM Negeri Sembilan kerana telah melakukan tugas dengan baik bagi melancarkan aturcara perjalanan majlis bagi Jambori kali ini... Akhir sekali, terima kasih buat semua para komander dari seluruh kampus UiTM yang menyertai Jambori kali ini kerana dapat berkenalan dengan anda semua... Walaupun hanya seketika, tetapi pertemuan ini amat bermakna buat diri saya...

Nampaknya itu sahaja coretan saya kali ini... Moga kita bertemu lagi pada entry yang seterusnya... di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA” buat semua.. Hayati erti pengorbanan sebenar & jadikan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s & Nabi Ismail a.s sebagai teladan untuk kita semua... Ceria – ceria selalu... Sekian.. Wassalam... (^_^)

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya AIdilfitri 1432 Hijriah/2011 Masihi,..


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia buat semua... Alhamdulillah.. Kita semua masih lagi diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk meneruskan perjuangan kehidupan yang penuh dengan cabaran ini... Moga anada semua sihat sentiasa di samping keluarga tercinta... Entry kali ini lebih kepada dedikasi saya untuk semua sempena Hari Raya Aidilfitri bagi 1432 Hjriah bersamaan 2011 Masihi pada tahun ini...

·         Keluarga & sanak saudara...

Pertama sekali saya ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada keluarga serta sanak saudara yang mengenali diri saya ini... Minta maaf sebab tak dapat balik beraya buat tahun kedua berturut – turut pada tahun ini... Buat mak & ayah, Faez mohon ampun & maaf sekiranya Faez banyak buat salah & silap mahupun menguris perasaan mak & ayah selama ini.. InsyaALLAH... Janji Faez untuk berjaya dalam hidup & mengubah kehidupan keluarga kita menjadi lebih baik akan dijadikan azimat yang Faez genggam sehingga Faez berjaya tunaikan janji Faez untuk mak & ayah...  Buat adik – adik saya, Amira Fazira ( Kakak ), Amira Fazlin ( Alin ), Amira Fazliyana ( Liya ) & Amirul Fazly ( Adik ), abang sentiasa doakan yang terbaik untuk adik – adik abang... Dengar kata mak & ayah & jadi anak yang baik... Buat kakak yang akan hadapi Peperiksaan Percubaan SPM & Alin yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR selepas cuti raya ini, buat yang terbaik,... Pasti adik –adik abang dapat buat yang lebih baik daripada abang...

Gambar raya keluarga saya pada tahun ni...

·         Warga pendidik ( Cikgu & Pensyarah )...

Ucapan ini ditujukan juga buat semua cikgu yang pernah mendidik saya dari saya tadika sehingga tamat Tingakatan 5 pada tahun 2009... Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada cikgu – cikgu saya di SK Kampung Jawa, Klang & di SMK Sungai Kapar Indah, Klang... Tanpa tunjuk ajar serta didikan daripada cikgu – cikgu sekalian, tak mungkin saya mampu jejakkan kaki ke menara gading sekarang ini... Tidak dilupakan juga buat para pensyarah di UiTM Samarahan, Sarawak kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya... Insya ALLAH...  Saya akan gunakan ilmu yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk masa depan saya kelak... Moga halalkan segala ilmu yang diberikan kepada saya & sahabat – sahabat saya yang lain... Moga Allah s.w.t sentiasa merahmati anda semua... Amin...

·         Sahabat & kenalan...

Fuhh... Kalau nak ucap satu – satu kat sahabat saya, memang berhari – hari tak akan habis... Hehehe... Selamat Hari Raya buat semua sahabat handai serta kenalan yang mengenali saya dari SK Kampung Jawa, Klang & SMK Sungai Kapar Indah, Klang... Tidak ketinggalan, semua para sahabat saya dari Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Samarahan, Sarawak serta dari kampus – kampus lain yang mengenali saya... Keseluruhannya, ucapan ini ditujukan buat semua sahabat saya dari pelbagai fakulti dan pelbagai universiti mahupun kolej di seluruh negara... Moga Aidilfitri kali ini memberi lembaran yang bermakna buat anda semua... (^_^)

Sahabat - sahabat saya tingkatan 4 & 5 Sains 2 2008/2009...

Sahabat - sahabat kumpulan A SR113 Intake July 2011 UiTM Samarahan, Sarawak... 
Baiklah... Itu sahaja dedikasi raya saya pada kali ini... Buat semua yang telah menjadi follower di blog saya, terima kasih saya ucapkan... Ampun & maaf sekiranya banyak kekurangan dalam penulisan saya... InsyaALLAH.. Saya akan memperbaikinya dari semasa ke semasa... Akhir sekali, saya ingin ucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54 untuk semua... Hayati erti kemerdekaan yang sebenar & cintailah negara kita dengan sepenuh jiwa & raga... Moga kita ketemu lagi pada entry yang seterusnya... Sekian,.. Wassalam... (^_^)



Saturday, June 25, 2011

Perjalanan diteruskan....

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia saya ucapkan buat semua... Saya harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta... Pertama sekali, saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf kerana dah lama saya tak update entry baru kat blog ini... Maklum sajalah, dah mula semester baru, kerja pun datang dengan mencurah – curah... Hehehe... Ok... Untuk entry kali ini, saya ingin bercerita tentang perjalanan kehidupan saya setakat ini sebagai pelajar semester 3 bagi jurusan Diploma Pengajian Sukan ( SR113 ) di UiTM Samarahan, Sarawak...

Saya tiba di Sarawak semula pada 7 Jun ( Selasa ) yang lalu... Saya sebenarnya lambat balik semula ke Sarawak kerana saya berdepan masalah untuk mendapatkan tiket sebelum bermula kuliah... Nak tak nak, saya terpaksa tunggu & balik pada tarikh yang saya nyatakan tadi... Keesokannya, saya mula menghadiri kuliah... Ketika itu, masih ada beberapa lagi rakan lain yang belum balik ke Sarawak kerana terlibat dengan Sukan Malaysia ( SUKMA ) ke-14 di Kuala Lumpur & menjalani latihan fasa terakhir bagi Sukan MASUM mewakili UiTM... Pada waktu itu juga, saya diberi amanat baru bermula semester ini iaitu dipilih sebagai “Class Rep ( Class Representative )” atau dalam Bahasa Melayu, wakil kelas... Hehehe... Saya sendiri berasa gembira kerana diberi kepercayaan menggalas tugas ini kerana saya betul – betul bersedia untuk memberi komitmen sebaik mungkin sebagai wakil kepada rakan – rakan kelas saya & menjadi penyampai maklumat daripada pensyarah kepada rakan – rakan... Saya anggap ini merupakan satu “advantage” yang perlu digunakan sebaik mungkin kerana saya berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih dekat dengan para pensyarah... Mereka akan menilai diri kita sejauh mana komitmen & “effort” yang kita berikan dalam menjalankan tugas yang diberikan... InsyaALLAH... Saya akan gunakan kesempatan yang diberikan ini dengan sebaik mungkin...

Dalam masa yang sama, saya diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas yang saya boleh katakan agak besar peranan yang saya perlu laksanakan dengan sebaik mungkin, iaitu saya dipilih sebagai Yang di-Pertua ( YDP ) atau Presiden bagi Persatuan/Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam ( SISPA ) UiTM Samarahan, Sarawak bagi sesi 2011/2012... Saya katakan sedemikian kerana tugas saya bukan lagi sesama ahli di fakulti saya, tetapi saya harus menjaga & melaksanakan tugas melibatkan seluruh UiTM, di mana ahli di dalam persaytuan tersebut datang dari pelbagai fakulti... Itulah cabaran yang saya perlu hadapi kerana mungkin corak pimpinan & cara kerja saya agak berbeza sedikit berbanding pemimpin sebelumnya... Tetapi, barisan Majlis Tertinggi ( MT ) khususnya memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas ini sebagai pemimpin mereka... Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya... Saya berharap anda dapat memberikan kerjasama & komitmen sebaik mungkin agar Persatuan SISPA berada di dalam kelas yang tersendiri sebagai persatuan yang kompetitif & berjaya...

Hari Isnin ( 20 Jun ) yang lalu, Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM ) Persatuan SISPA telah diadakan... Banyak agenda yang dibincangkan sepanjang mesyuarat tersebut, di mana intipati utama ialah pelantikan barisan Exco yang baru bagi sesi kali ini... Ini merupakan kali pertama saya melaksanakan mesyuarat AGM ini sebagai Presiden persatuan... Saya sendiri harus sedar yang saya perlu menggalas karakter sebagai seorang pemimpin kerana sekiranya saya bersikap sebaliknya, sudah pasti mereka akan mempertikaikan perlantikan saya bagi jawatan tertinggi ini... InsyaALLAH... Saya akan sentiasa cuba memperbaiki setiap kelemahan di dalam diri saya dengan sebaik mungkin... Saya gembira kerana saya mempunyai ahli MT & Exco yang menyatakan komitmen mereka untuk sama – sama bekerja dengan saya dengan sebaik mungkin... Semoga kita semua dapat terus bekerja sebagai satu unit & satu pasukan yang kukuh & jitu...

Barisan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan SISPA UiTM Samarahan, Sarawak Sesi 2011/2012
Simbolik serah tugas File Presiden Persatuan SISPA UiTM Samarahan, Sarawak...
Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan untuk kali ini... Semoga kita ketemu lagi pada entry yang seterusnya... Sebelum saya memberi kalam yang terakhir, saya ingin berkongsi kata – kata pujangga kepada anda semua... “Kadang-kadang mimpi itu lebih indah dari realiti, namun mengubah mimpi itu menjadi realiti adalah lebih bermakna dari terus hanyut dibuai mimpi”... Renung – renungkan & fikir – fikirkan... Sekian... Wassalam... (^_^)

Friday, May 27, 2011

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih....

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia saya ucapkan buat semua... Saya harap anda semua sihat sentiasa... Maklum sajalah, cuaca pada ketika ini tidak begitu menentu... Saya harap anda du luar sana sentiasa menjaga kesihatan... Diam tak diam, dah hampir sebulan cuti semester saya pada kali ini... Ini bermakna tidak lama lagi saya perlu pulang semula ke Sarawak untuk menyambung pengajian saya di sana... Baiklah... Kali ini tak banyak cerita yang saya dapat kongsi pada kali ini... Tetapi saya ingin kongsi kegembiraan saya dengan anda semua...

Kegembiraan yang saya maksudkan ialah mengenai “result” peperiksaan akhir semester yang lalu... Pertama sekali, saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, alhamdulillah, saya berjaya memperbaiki “pointer” saya pada semester yang lalu... Pada awalnya, saya cuma berharap tak ada subjek yang kena “repeat” lagi seperti semester 1 yang dulu & memperbaiki “pointer’ saya dengan lebih baik... Saya sendiri tak berani nak letakkan “target” yang terlalu tinggi sebab saya takut saya sendiri kecewa pada penghujungnya sebab tak berjaya mencapainya... Saya hanya dapat berharap secara realistik apa yang saya dapat capai pada peperiksaan kali ini... Jujur saya katakan, pada peperiksaan yang lalu, saya hanya lakukan sehabis baik supaya dapat “result”yang lebih baik pada kali ini... Alhamdulillah, hasrat saya akhirnya tercapai juga...

Cukup sekadar saya katakan, saya berjaya mendapat keputusan dalam lingkungan “3 pointer”... Bagi saya, itu satu bonus yang cukup besar untuk saya sebab saya melalui semester yang cukup sibuk & mencabar dengan pelbagai aktiviti & tugasan yang perlu dilaksanakan sehingga waktu rehat & waktu tidur saya tak pernah cukup... Tapi saya tak pernah mengeluh dengan semua itu sebab saya percaya, jika kita berusaha dengan bersungguh – sungguh, kita berhak mencapai kejayaan yang kita impikan... Akhirnya, kata – kata tersebut memang benar... Saya berjaya membuktikannya dengan kejayaan yang saya peroleh... Saya sendiri sehingga saat saya menulis entry ini, saya masih lagi tidak percaya dengan pencapaian yang saya peroleh pada semester kali ini... Seolah – olah mimpi saya menjadi realiti... Hehehe... Tapi saya tak boleh terus berpuas hati dengan tahap yang saya capai ketika ini kerana saya boleh lakukan yang lebih baik pada semester seterusnya... InsyaALLAH... Semester seterusnya, saya ingin mencapai “pointer” dalam lingkungan 3.5 ke atas untuk menggenggam “Anugerah Dekan” buat julung kalinya... Moga – moga impian saya ini terlaksana agar tahun 2011 ini akan menjadi tahun yang gemilang untuk diri saya... Amin...

Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih buat semua pihak yang menjadi ‘tulang belakang’ kejayaan saya untuk kali ini... Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga saya, iaitu mak & ayah saya, Pn. Norhashimah binti Selamat & En. Samiran bin Shahadi serta adik – adik saya, Myra, Alin, Liya & Peli yang tidak pernah jemu memberi dorongan & semangat untuk saya terus belajar bersungguh – sungguh... Mereka selalu mengingatkan saya bahawa mereka sentiasa berdiri teguh di belakang saya & sedia membantu apa saja walaupun berjauhan... Merekalah yang menjadi pembakar semangat buat diri saya sejak saya kecil... Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan...

Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada para pensyarah saya, iaitu Ketua Program & Koordinator Kursus bagi  Diploma Pengajian Sukan, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi UiTM Samarahan, Sarawak, En. Gordon Nicolaus Jemat Anchang & Pn. Asmalini binti Che Abu Shafie yang banyak memberikan ilmu kepada saya serta motivasi untuk saya, terutamanya Pn. Asmalini yang saya anggap seperti ibu saya sendiri kerana banyak memberi kepercayaan buat saya... Alhamdulillah... Saya berjaya balas kepercayaan beliau terhadap diri saya... Tidak dilupakan juga buat pensyarah saya yang lain di fakulti ini yang turut mengajar saya & rakan – rakan saya yang lain pada semester yang lalu, iaitu Cik Adjullea James bagi subjek Introduction To Kinesiology  & En. Kenny Basert Saol ( Sport Safety & Emergency Care )... Banyak input yang kami peroleh & kami dapat gunakannya bukan sahaja ketika peperiksaan, bahkan dapat dipraktikkan dalam kehidupan sebenar... Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat para pensyarah saya yang lain iaitu Dr. Sandra Sim ( Intermediate English ), Cik Dayang Atiqah ( Mathematics ) dan  Ustaz Ahmad Hisham Azizan ( Pemikiran Tamadun Islam ) yang turut menjadi sebahagian daripada kejayaan saya pada semester 2 yang lalu... Tiada apa yang saya mampu berikan selain jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana sentiasa memberi tunjuk ajar buat saya... Jasa kalian akan saya kenang sampai bila – bila...

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga buat para sahabat saya, iaitu rakan – rakan sekuliah saya di kumpulan SR1132A & juga SR1132B, di mana semester hadapan bertukar menjadi SR1133A & SR1133B kerana kalian semua banyak membantu saya pada semester saya yang lalu... Saya minta maaf sekiranya saya ada menyinggung perasaan kalian kerana saya sendiri tak dapat lari dari melakukan kesilapan... Ucapan ini juga ditujukan untuk sahabat – sahabat SR113 bagi seluruh UiTM & kolej – kolej yang menawarkan jurusan ini kerana anda juga banyak membantu saya, terutamanya berkongsi pendapat & ilmu yang diperoleh melalui Facebook... Terima kasih juga buat semua sahabat saya di fakulti yang lain & di mana sahaja serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan buat saya... Tiada kata yang saya mampu ucapkan selain TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH... Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa anda semua...

Baiklah... Nampaknya setakat ini sahaja yang saya mampu coretkan untuk anda buat setakat ini... Saya harap anda gembira membaca entry kali ini... Hehehe... Semoga kita ketemu lagi pada entry yang akan datang... Jaga diri, hiasi peribadi... “Syukran Jazilan”... Sekian... Wassalam... (^_^)